in , ,

Akhmal Nazri Selamat Bergelar Suami Kepada Alyssa Joanne

Penutup tirai 2020 menyaksikan pengacara dan pelakon Akhmal Nazri, 29, selamat bergelar suami kepada wanita pilihannya, Alyssa Joanne, 28, pada Khamis lalu.

Akhmal berkata, dia bersyukur proses pernikahan berjalan dengan lancar di Pejabat Agama Islam Daerah Sepang.

“Alhamdulillah, semuanya berjalan seperti yang dirancang. Kami bersepakat untuk bernikah di pejabat agama, kemudian mengadakan majlis doa selamat bersama 30 orang ahli keluarga terdekat sahaja di Cyberjaya.

“Insya-Allah, majlis resepsi akan diadakan di Sarawak dan Perak selepas sambutan Aidilfitri, tetapi semuanya mengikut ketetapan prosedur operasi standard (SOP),”

– Akhmal Nazri

Menurut Akhmal, selepas hampir empat tahun mengenali hati budi dia akhirnya mengambil keputusan untuk memperisterikan tunangnya itu.

“Kami mula berkenalan ketika saya mengacarakan sebuah program di sebuah stesen TV berbayar.

“Waktu itu dia menjadi tetamu untuk program berkenaan. Tak sangka hubungan kami mula menjadi serius sehingga saya melamarnya pada hujung November 2019 dan melangsungkan pertunangan pada 25 Disember 2019.

“Biarpun negara diuji dengan pandemik Covid-19, tapi segalanya dipermudahkan dan apa yang penting, kami sudah menyelesaikan apa yang wajib,”

– Akhmal Nazri

Akhmal Nazri kini berada di Langkawi sebagai destinasi berbulan madu.

Menurutnya, dia dan isteri tidak mempunyai sebarang perancangan untuk menimang cahaya mata.

“Soal anak, kami serahkan kepada ketentuan Ilahi. Kalau diberi rezeki saya nak enam orang anak. 

“Mengenai kerjaya seni, saya akan terus aktif mengacara manakala isteri pula masih berkhidmat sebagai pramugari di sebuah syarikat penerbangan,”

– Akhmal Nazri

*Sumber: Harian Metro

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Azwan Ali | 20

Siapakah Juara Lagu Cinta Kita Musim Ke-2, Bakal Bawa Pulang Wang Tunai Sebanyak RM50,000?

Lia Natalia 1 | 21

Pelakon Lia Natalia Terpaksa Akur Tak Jadi Nikah Walaupun Persiapan 70% Dah Siap