in ,

Akhil Hayy dan Maizawati Bercerai Talak Satu

IPOH: Penyanyi nasyid dan pendakwah bebas, Akhil Hayy sah menceraikan isterinya, Maizawati Zainal dengan talak satu di Mahkamah Rendah Syariah di sini, pukul 11.55 pagi 15 Julai 2009. Akhil, 40, menceraikan Maizawati,33 dalam nada tenang selepas bersalaman memohon maaf.

“Bahawa saya, Akhil dengan ini menceraikan isteri saya, Maizawati Zainal dengan talak satu,” kata Akhil di hadapan Hakim Syarie Mohd Ridhuan Yusof.

KEMELUT rumah tangga penyanyi dan pendakwah Akhil Hayy dan isterinya, Maizawati Zainal berakhir dengan penceraian. Keputusan itu disahkan oleh Hakim Syarie Mahkamah Rendah Syariah Ipoh, Mohd. Ridhuan Yusof.

“Semua dah selesai..jangan keruhkan suasana..saya tegaskan penceraian saya bukan disebabkan pihak ketiga. Ini ketentuan ‘tuan punya dunia’..jalan hidup perlu diteruskan. Cukup-cukuplah gosipkan pihak yang satu lagi. Moga-moga semuanya dapat meneruskan kehidupan,” ujar Akhil yang berkali-kali menegaskan penceraian mereka bukan disebabkan oleh pihak ketiga.

Ditanya kenapa dia berbuat demikian, Akhil berkata sebab spekulasi yang timbul.

Akhil berkata dengan penuh makna,”Kadang-kadang aku pohon setangkai bunga, Allah bagi pohon berduri; aku pohon rama-rama, Allah bagi ulat berbulu…..mula-mula saya kecewa tapi itu yang jadi. Allah dah letak keputusan yang baik dan saya ambil hikmah yang positif.”

Maizawati lega semuanya telah berakhir dengan baik.

“Kita tiada ruang…orang panggil saya berceramah dan ini kehidupan peribadi saya. Itu (penceraian) hakikat dan lepas ni jangan sensasikan lagi. Doakan yang terbaik. Kredibiliti saya sudah banyak yang tercalar… tapi perjuangan perlu diteruskan,” hujahnya.

Dalam pada itu, Akhil sempat lagi mengaitkan kes cerainya hari ini dengan PAS menang tipis dalam pilihan raya kecil Manek Urai, dia berkata:

“Takbir…semalam keputusan di Manek Urai dan hari ini keputusan saya.”

Akhil yang kelihatan gembira itu juga memaklumkan yang program ‘Cafe Akhil Hayy’ dijangka akan disambung siarannya dalam masa terdekat ini.

Maizawati Zainal menjawab pertanyaan para wartawan.

Hasil persetujuan kedua belah pihak, hak penjagaan empat orang anak (hadanah) mereka diserahkan kepada Maiza manakala hak lawatan diberikan kepada Akhil pada bila-bila masa termasuk cuti sekolah dan perayaan. Bagi anak-anak yang telah mumaiyiz (cukup umur) dibenarkan untuk tinggal dengan ibu atau bapa mereka mengikut keselesaan. Melalui persetujuan itu juga, Akhil akan biayai keseluruhan keperluan am dan nafkah anak-anak termasuk tempat tinggal, persekolahan dan sebagainya. Selain itu, Akhil perlu melunaskan bayaran ansuran kereta Gen 2 milik Maiza sebanyak RM500 sebulan selagi bekas isterinya itu tidak mendirikan rumah tangga.

“Takbir….semalam keputusan Manek Urai, hari ini keputusan saya,” kata Akhil Hayy. 

Sementara itu, rumah yang didaftar atas nama bersama akan dikekalkan bahagian pada Maiza manakala bahagian Akhil akan diserahkan kepada empat orang anak dan dia menjadi peneraju rumah serta biayai ansuran dan bil-bil dalam rumah tersebut. Seterusnya, Akhil diminta membayar nafkah edah sebanyak RM15,000 kepada Maiza dalam tempoh tiga kali suci.

Ditanya sama ada dia berpuas hati dengan keputusan penceraian itu, Akhil berkata ‘orang beriman tidak akan puas selagi tidak jalankan tuntutan sunnah.’

Diaju pula tentang isu dia pernah meminta persetujuan Maiza untuk berkahwin dengan penyanyi Waheeda pada Februari lalu, Akhil berkata itu antara dia dan bekas isterinya lantas berkata ‘buat apa saya nak beritahu wartawan?’.

Diasak pula dengan soalan adakah dia akan meneruskan niat untuk berkahwin dengan Waheeda selepas ini, Akhil enggan mengulas lanjut. Hos program ‘Cafe Akhil Hayy’ ini hanya berkata dia tidak mahu melibatkan isu itu dengan penceraiannya sebaliknya mereka bercerai kerana masalah peribadi. Sebelum Akhil pulang, dia sempat berjumpa dan bersalaman dengan anak sulung perempuannya. Anaknya itu kelihatan sebak dan menangis tersedu-sedan saat memeluk Akhil.

Kemelut rumahtangga Akhil-Maizawati pernah menjadi perbualan hangat apabila Maizawati setuju membuat pendedahan keretakan rumahtangganya di dalam program ‘Nasi Lemak Kopi O’ dan Wanita Hari Ini (WHI) di TV3. Dalam kedua-dua program itu, Maizawati mengaku suaminya memang mempunyai hubungan dengan penyanyi Waheeda.

Pada 2 Jun lalu, Hakim Syarie Mahkamah Rendah Syariah Ipoh, Mohd Ridzuan Mohd Yusof, membenarkan penangguhan kes tuntutan perceraian Maizawati dengan Akhil selepas kedua-dua pihak bersetuju berunding dan menyelesaikan kes itu secara baik sehingga 15 Julai, hari ini.

What do you think?

73 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply
  1. TAKBIR UST AKHIL HAYY. SEMOGA SUARA USTAZ AKAN BERKUMANDANG KEMBALI DI DALAM 106 ASTRO. TAK ADIL MEREKA YANG MENGHUKUM SEHINGGA SUARA USTAZ TIDAK KEDENGARAN LAGI. SAYA SENTIASA DI BELAKANG USTAZ.

  2. Akhirnyaaa….mngkin dah d suratkan jodoh mereka setakat ni je..walaupun terputus hubungan suami-isteri tp jgn d lupe nafkah anak2…

  3. Harap ustaz terus tabah menghadapi liku2 hidup. Jangan la risau. Waheeda sedia menanti.

    Chewah….

    Dan bak kata Eizlan Yusof :

    Eizlan Yusof kata:
    July 17th, 2009 at 3:05 am
    tak payah sorok2 bila mau tengok wayang…..!

    Syazleen kata :

    Betul….Betul….Betul….

  4. TU LA..KALO DR DULU SI AKHIL NI TAK LARI DARI SITUASI TENTANG KES DIA NGAN WAHEEDA DAN PASAL TK BALIK JENGUK ANAK BINI, RASANYA TK TERJADI PERKARA YG SEBEGINI..TP SETIAP KEJADIAN ADA HIKMAHNYA UTK DIA DAN BEKAS ISTERI..YE LA..DR MEMEMDAM RASA BAIK SI MAIZA NIH MINTAK CERAI..DAN PADA SI AKHIL NI PULAK..LEPAS NI KO DAH BEBAS DAH..TK PAYAH NK PIKIR UMAHTANGGA LG DAH..LEPAS NIH BUAT LA HALUAN MASING2..ALL THE BEST JE LA..

  5. kalau dah namanya artis semua gitu….asyik nak merosakkan rumah tangga org jer….sedarlah wei tak kemana buat macam tu…,hari ni hari awak soksok lusa tunggula….

  6. congratulation wawa!!Dpt gak awak kat laki org alias bapak 6 anak tu.Ni yg awak mau kan??Smpi runtuh umah tangga org.Awak kan tak suka share2? But mark my word, klu awak dpt memiliki siduda tu, awak akan share jugak dia tu dgn pompuan lain akhirnya.What comes up, must go down.

  7. ALAH SI MAIZA NI PUN SAMA TAK BETUL…
    SEWAKTU BERGELAR ISTERi.. ABIS DI JEJEH HAL UMAH TANGGA PADA MASYARAKAT MASUK DLM TV DLM MAJALAH, AKBAR..

    BILA DAH BERCERAI BLEH PULAK KASI KOMEN:

    KAMI DAH BERCERAI JADI TAK PAYAH LAH NAK BERCERITA LAGI..STOP.
    *SAMBIL KETAWA SARDEN*

    SEPATUTNYER SEWAKTU AWAK MASIH BERGELAR ISTERI.. AWAK HARUS TUTUP AIB, KISAH UMAH TANGGA AWAK..
    NI BILA DAH BERCERAI PULAK TAK NAK KOMEN CERITA2 LAGI…

    DAH JADI TERBALIK PULAK ! CHET !

  8. mula2 tak suka ,geram jgk..yer la..tak sangka ?tapi sekarang benda dh terjadi..dh tak boleh nk kata ape2..tue seme ketentuan Dia..Allah lebih tahu ape yg berlaku atas makhlukNYa..tuk seme pihak yg terlibat..ustaz,k.maiza..tabah dan redho.hidup pun sementara,tumpu pd ms depan anak2,lakukan yg terbaik tuk mereka terus hidup bersemangat..yg kite seme doakan tuk mereka benda yg baik2 jer..ok smile…

  9. salam….

    x ada nak pertikai pun psl dia dgn si waheeda ke…atau dgn sesiapa saja… tp bila ia melibatkan seorg yg b’gelar ustaz mengendalikannya dgn cara sebegini, pastu selalu bg ceramah kaw2 pulak tu… ishk.. amat memalukan bila dgr blk ceramah2 di ni.

    Allah plg benci kat org yg bg nasihat tp dia sendiri tak melaksanakannya… igt tu…

    Wallahu’aklam…renung2kan…

  10. Wey!!! Si Akhil… jangan ko nak berkempen Pas Pulak… ko nak malukan pas sekali ke… ko pegi setle kes cerai berai dan awek gedik kau tu… taubat nasuha dulu, pergi tuntut ilmu… barulah cerita pasal agama dan cuba untuk politik islam… nak politik cerita kat artis rock pun mereka dah pupus…

  11. bagus pun bini dia wat cam tu.. kalau tak asyik sembunyikan diri je.. kalau nak ikut aib memang la malu.. tapi kalau x buat cam tu lagi panjang citenye.. kepada waheeda tahniah la.. meluat tol aku pandang muka kau… gembiranye hati dapat si akil tu kan? pada akhil tu jaga lah amanah Allah tu bebaik… jagangan sia2kan pulak mcm amanah Allah yang satu lagi tu…

  12. sesiapapun akan wat mcm bini dia wat kalu 3-4 bulan tk balik umag,pastu bila kol tk angkat kol,seronok ngan kekasih pastu nafikan…waheeda memang pompuan tak laku..pakai jubah,tudung labuh,belajar dapat degree tp akal smpit takleh kendalikan hati,pntingkan kebahagiaan sendiri lgsung tak fikir penderitaan maiza dan anak2nya.tunggula giliran ko plak waheeda mgkin lbih dasyat dari apa yang maiza tanggung,contoh dah terlalu banyak di luar sana…tungguuuu!

  13. tabuan kata…
    mmng benar istri kena tutup keaiban suami,tapi tngklah suami yg mcm mana???kalau ianya jalan untuk mendapat reaksi supaya suami sedar.mmg patut pun.lagipun dah namanya artis,di media cetak lah.kalau org mcm aku…hmm! terpaksalah tahan dgn panganiayaan suami sehingga makahmah memutuskan.syabas kau wahida! what goes around will come around.

  14. nyampuk sat..kome rase depa nie dah kahwin dah..hanya nak buat formal declaration je dlm paper..tngk lea sengeh si perempuan gedik nie..org baru kahwin tak macam nie plk..org lain kalau brau kahwin malu-malu..syahdu jea..ini gedik betul tak larat aku tngk..akhil hayy nie pulak…tak ade langsung sekumit sayang atau belas kahsihan kepada bekas isteri ..yang berkorban melahirkan zuriat utk anda..sekurangnye jngn lea tjk muka macam tue..kejamnye manusia bernama lelaki ini…ingat lea sikit bekas bini tue , ibu kepada anak-anak kamu…syurga mereka bawah tapak kaki ibu…buruk baiknye itulah syurga zuriat kamu…kalau macam nie punye ustaz ..MINTA TLG MANA2 STESYEN TV TUE JANGAN LEA BAGI ORANG MACAM NIE MENGAJAR AGAMA>>MENCALARKAN IMEJ ISLAM JE……non muslim said islam nie satu penganiayaan kepada kaum wanita..tapi inilah cth yang terbaik…tak payah mengajar tazkirah ke, ape ke, bagi ceramah ke, nasyid ke..bagi le dekat orang lain yang betul-betul mempunyai qualification untuk mengajar agama..cth dari al azhar..bukan MENGAJI PONDOK…agama bukan untuk publisiti…kalau ini punya org nak jadi cth kepada org muda baik tak payah le…ASTRO TLG PRIHATIN BENDA NIE..

  15. jadilah orang islam yang sebenar2nya..

    jangan menggunakan agama untuk menutupi kemaluan sendiri..

    orang tidak bodoh untuk menilai…

    habis cerai terus nikah… tu bermakna segala gosip yang dilemparkan adalah benar…

    kesiannya mak bapa penyanyi wanita tu ar…

    huhuhuhu anak kawen x de wang hantaran..

    macam dah….

    muka pun dah laen macam jee…

  16. alah tabuan…

    wat pa nak tutup keaiban suami yang mcm bkn suami daa..

    tinggalkan anak bini…bermain cinta cintun ngan ppuan lain..

    aku x respek la kat org yang mengelarkan dirinya “ustaz” itu..

    huhuhuhu memalukan orang Islam sahaja…

    janganlah nak popular dengan menggunakan pejuang Islam..

    huhuhuhu.. sumpah malaikat 44 kali..

  17. Memangla, balsan kat betina gatal ini akan datang tak lama lagi, masa kawin aje dah nampak, hantaran pun tak dapat, FREE ini macam suma orang boleh kawin tiap-tiap bulan hooooo……

  18. orang main kayu 3, memang suka cakap putar belit. dia orang macam tak dapat nak jawab soalan dengan tepat. bermadah pujangga kata dah takdir Tuhanlah. Saya tak percayalah bneda-benda macam ni. Sebagai manusia yang ada akal fikiran, kita seharusnya boleh berfikir buruk baiknya perbuatan kita. Kita semua tak perfect. Semua orang pasti ada buat silap. Sebab tu kita harus pandai control diri kita dan dekatkan diri kita dengan Tuhan. Tapi tak apalah. Sekurangnya2 Maiza tak makan hati berulam jantung lagi. Saya tak anggap perbuatan dia nak memalukan suami dan diri sendiri. Sebab ada lelaki yang tak makan saman, inilah saja cara nak mengajarkannya. Dedahkan kat media. Baru dia orang terpikir nak buat keputusan. Kalau tak, dua2 dia nak simpan. Tp satu saja yang dia concentrate sebenarnya. Sekarang, Maiza dan anak2 ada diberi nafkah. At least ada “security” walaupun hati retak seribu. Biarlah W rasa mcm mana hidup dengan lelaki yang ada komitmen. Adakah seindah yang diimpakan. Harap Maiza jalani hidup dengan baik bersama anak2. Jangan sampai orang kata Maiza janda tak bagus. Memang banyak dugaan menjanda ni. Asalkan jalan kita betul, tak payah peduli kata orang.

  19. nak tambah komen lagi lah pulak…. saya ada rasa geli-geli hati dengan waheeda dan akhil ni. Nampak dua-dua kuat beragama, tp tak sangka juga, tewas dengan mudahnya dengan nafsu. Orang yang tak pakai tudung pun, tak semudahnya diperlakukan dan ditewaskan. Apalah sa-siakan zaman muda remaja dengan suami orang. alahai. Maybe dengar khutbah-khutbah akhil pasal Tuhan, terus ingat dia ni lelaki baik-baik. PRETENDER. Lawaklah saya tengok. Lelaki yang bodoh untuk perempuan yang bodoh jugak

  20. Assalaamu’alaykum. setiap kata, setiap tulisan dan setiap tindakan yang kita lakukan akan ditanya di hari perhitungan kelak…

    Wanita yg baik utk lelaki yg baik, dan begitulah sebaliknya…

    Soal diberi hantaran atau tidak… kita kena ingat ttg hadith nabi bahawa, wanita yg berkat, yg murah maharnya, ramai anaknya…

    Pepun, setiap tutur kata kita pertimbangkanlah dgn ilmu dan iman.

    Saya tak setuju jika dipersalahkn ttg pengajian pondok tu dikira tak bertauliah… berapa ramai lulusan pondok adalah org yg beriman dan beramal soleh… dan lulusan pondok lebih ramai “turun padang” dlm amar makruf nahi mungkar…

    dlm dakwah, jika dilihat dan diukur dari persepsi duniawi, dah tentu SIJIL yg diharapkn,,, tapi BERAPA RAMAI YG ADA SIJIL YG DIIKTIRAf, tapi TIDAK MAHU TURUN BERJUANG MEMBELA KEBENARAN dan hanya duduk selesa di pejabat2, dan bekerja d sektor swasta mahupun kerajaan… menunggu hujung bulan mendapat gaji,dan sumbangan serta kesungguhan terhadap pembelaan Islam sgt kurang…namun tidak kurang juga ada yg turun memberi sumbangan dan benar2 memahami tuntutan da’wah. Bahawa ilmu dipelajari utk bukan utk mdptkn gaji smata2, tapi utk difahami, diamalkan dan diaplikasikn dlm kehidupan dan disampaikn kpd manusia.

    Telah bersabda Nabi Muhammad SollaLlaahu ‘alaihi wa sallam:
    “Ballighu ‘anni wa lau ayat” = sampaikanlah driku walau satu ayat.

    Apa shj ilmu yg kita ketahui, smpaiknlah kpd manusia… krn Islam itu rahmat utk smua manusia. Usahlah menuding jari pd ust/ustzh/ muballigh smata2 dlm amar makruf nahi mungkar. Bahkan kita sendiri yg mngucap syahadatain…BERTANGGUNGJAWAB dlm mnyampaikn dakwah.

    oleh itu, dlm membuat kenyataan mahupun tindakan, PERTIMBANGKANLAH DGN ILMU DAN IMAN…Jgnlah hanya kerana nila setitik rosak susu sebelanga.

    Mohon maaf dunia akhirat atas segala penulisan dan bicara yg mguris hati mana2 pihak.

    WaLlaahu a’lam

One Ping

  1. Pingback:

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Mesej Sean Kingston

Maxis to Bring iPhone 3GS to Malaysia on 31 July