in

Aizat Teruja Mahu Belajar Muzik di United Kingdom

Khabarnya, Aizat mahu sambung belajar dalam bidang muzik di United Kingdom tahun depan. Sebelum ini, ada ura-ura juga dengar nak sambung belajar di Indonesia. Aizat kata, kalau boleh dia nak cari kursus yang betul-betul sesuai untuk artis profesional dan ada cuti yang panjang. Jadi, bolehlah selalu balik untuk buat show dan masih aktif dalam bidang seni.

Kursus di universiti tempatan tak berapa menepati citarasa Aizat sebab kebanyakkannya lebih fokus kepada bidang muzik tradisional dan terpaksa mengambil program lain yang tak berkaitan dengan muzik. Belajar di luar negara membolehkan Aizat bertemu dan mengenali lebih ramai pemuzik dari luar negara. Nanti senanglah nak berkolaborasi.

Pada 27 Ogos ini, Aizat akan meninjau secara terperinci kursus muzik di Thames Valley University.

Selepas raya ni, Aizat akan buat roadshow mempromosikan album terbarunya. Namun, sekarang segalanya masih dalam peringkat perancangan dan tengah mencari sponsor.

Aizat turut hadir di rakaman Melodi Raya pada hari Jumaat lalu.

Aizat

Aizat

Aizat

Aizat

What do you think?

73 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Gambar Fara Fauzana & Didie Alias Hos Melodi Raya 2010

Syed Aima, Ciko Harahap dalam Kesatria Bumi Semantan