in ,

Aizat Amdan Bakal Lancar Album LEGASI Petang Ini

Seperti mana yang Budiey war-warkan di Instagram, pada jam 3 petang ini, Budiey akan menghadiri Pelancaran Album Piring Hitam Aizat Amdan yang berjudul LEGASI. Jarang dah sekarang ni penyanyi nak lancar piring hitam kan? Bunyinya sangat klasik… well… piring hitam kot. Teringat pulak zaman Allahyarham P.Ramlee dulu-dulu kan?

Namun, itulah Aizat Amdan yang Budiey dan korang semua kenal. Setiap kali melancarkan album terbaru, pasti ada gimik, konsep dan tema dan apa yang Budiey nantikan ialah pakej pembungkusan album yang cukup unik. Dengarnya ia dicetak dalam bilangan yang terhad. Semalam, Budiey telah menonton video UNBOXING album ini. Apa yang Budiey katakan. Rasanya dalam banyak-banyak album, inilah album yang paling meletop dari segi konsep dan pembungkusannya. Kalau tak caya, korang boleh tengok video UNBOXING ni.

[pullquote]Album LEGASI ada lima buah lagu. Lagu pertama, Aizat Amdan berkolaborasi duet bersama Yuna. Lagu kedua, Aizat menjemput kawan baiknya, Zee Avi duet dalam lagu We Will Be Happy. Lagu ketiga, In Love With You yang menampilkan kolaborasi Aizat bersama Noh Hujan & Azlan & The Typewriter dan lagu terakhir, sebuah lagu baru Aizat.[/pullquote]

Kalau tengok pada senarai lagu dan gabungan artis yang berkolaborasi, rata-ratanya adalah teman rapat kepada Aizat Amdan. Menurut Aizat, inspirasi untuk album LEGASI hadir dari individu yang pernah berkolaborasi dengan penyanyi yang cukup rapat dengan Aizat Amdan.

Menyentuh tentang tajuk album LEGASI ini, Aizat memilih perkataan LEGASI kerana beliau merasakan kolaborasi di antara rakan seperjuangan beliau dan juga mahu menceritakan bagaimana bentuk dan genre muzik pada zaman ini berkembang. Maksud legasi adalah peninggalan yang penting untuk dimanfaatkan oleh orang pada masa akan datang. Muzik adalah kenangan dan muzik ini juga perlu dikenang dan dihargai untuk legasi pada masa depan. Aizat mahu memberikan suntikan yang positif untuk insan yang lahir pada zaman akan datang. Aizat harap dapat memberikan inspirasi kepada semua pendengar lagu beliau.

Istimewanya album LEGASI ialah bentuknya yang berupa fizikal piring hitam. Ini adalah idea dan permintaan dari Aizat sendiri di mana beliau dari dulu lagi mahukan hasrat ini dicapai dan direalisasikan. Semua ini adalah untuk kepuasan beliau, dan mungkin ramai yang terkejut jika Aizat sanggup terbang ke Jerman untuk mencetak piring hitam ini memandangkan tiada pencetak kulit hitam dah kat Malaysia sekarang ini. Kulit album yang kreatif cantik dan fizikalnya pula piring hitam menjadikan album LEGASI ini menjadi kenangan kepada peminat dan penggemar muzik Aizat Amdan.

Aizat Amdan LEGASI

Budiey difahamkan album eksklusif ini dicetak dengan kuantiti agak sedikit oleh itu nilainya juga cukup istimewa.

Bercerita tentang art work kulit album ini, Aizat Amdan menggunakan khidmat ilustrator terkenal dan handal iaitu Art Tech. Korang boleh follow di @art_tech. Menariknya, Budiey dapat lihat sendiri lukisan kulit album yang direka dengan terperinci. Ada maksud yang mendalam dan juga begitu simbolik di mana kalau kita lihat sendiri terdapat lima karakter artis yang terlibat dalam album ini.

Layari www.legasi.kge.com.my untuk mendapatkan piring hitam edisi terhad anda.

What do you think?

73 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Nur Fazura Peraga Koleksi Busana Raya Innai Red 2014

Abby Abadi Failkan Cerai Esok