in , , ,

OMG!OMG! WinWin

Aishah Tuntut Vida Ganti Berlian Asli Bernilai RM80,000 Sebelum 17 Julai Ini

PENYANYI Aishah menuntut usahawan Datuk Seri Vida menggantikan berlian asli berharga RM80,000 pada atau sebelum 17 Julai ini selain diminta membuat permohonan maaf secara terbuka.

Pada jam 11 pagi tadi (3 Julai 2019), satu sidang media khas telah diadakan dengan dihadiri Aishah dan seorang lagi peguam, Mohammad Izwan Azmi bagi menjelaskan penghakiman persetujuan menerusi mediasi kes saman Aishah terhadap Vida mengenai isu berlian palsu di Mahkamah Sesyen, Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur pada 1 Julai lalu.

[VIDEO] Dato Seri Vida kena ganti berlian asli bernilai RM80,000 kepada Aishah: https://youtu.be/ncq9s6B_8Dk

Usahawan jutawan kosmetik, Datuk Seri Dr. Hasmiza Othman atau Datuk Vida telah bersetuju menggantikan barang kemas berlian asli bernilai RM80,000 kepada penyanyi Aishah sebelum 17 Julai ini.

Peguam Aishah, Mazniza Mohd. Kamil memberitahu, pengasas produk jenama Qu Puteh itu juga telah menentukan sebuah kedai emas di Bangsar di sini bagi memberi hak sepenuhnya kepada Aishah untuk memilih berlian tersebut.

Aishah

Jelas beliau, Vida akan membuat permohonan maaf secara terbuka dalam satu sidang media khas yang perlu diadakan pada atau sebelum 17 Julai ini.

Aishah atau nama penuhnya Wan Aishah Wan Ariffin, 54, berkata itu antara butiran penghakiman persetujuan yang dibuat dalam proses mediasi pada 1 Julai lalu rentetan kemelut dakwaan hadiah berlian palsu diterimanya.

“Saya diberi hak sepenuhnya memilih barangan berlian asli berjumlah RM80,000 di sebuah kedai emas di Bangsar. Pemilihan barangan kemas ini sudah pun dibuat selepas proses mediasi lalu dan Vida perlu membayarnya paling lewat 17 Julai ini.

“Kami juga mahu beliau membuat permohonan maaf secara terbuka dengan mengadakan sidang media khas pada atau sebelum tarikh itu. Permohonan maaf spesifik perlu dinyatakan sewaktu sidang media itu.

“Selain itu, beliau juga perlu membayar kos sebanyak RM7,500 ke akaun peguam cara saya pada atau sebelum 7 Julai ini,”

“Perkataan permohonan maaf spesifik perlu dinyatakan ketika sidang media tersebut dan Aishah tidak perlu berada bersama ketika itu.

“Pada masa sama, Datuk Vida perlu membayar kos sebanyak RM7,500 kepada peguam cara Aishah pada atau sebelum 7 Julai ini,”

Aishah

Mengulas lanjut, Mohammad Izwan berkata, Aishah telah memilih dua butir berlian asli sebaik sesi mediasi itu berakhir pada Isnin lalu.

Jelas beliau, barang kemas itu belum lagi diterima kerana pihak Vida belum lagi membuat pembayaran.

Ditanya sama ada hadiah rantai emas sememangnya palsu, Mohamad Izwan berkata, isu tersebut sudah selesai dan tiada lagi perkara berbangkit selepas ini.

Tegas beliau, pihaknya hanya berpegang kepada laporan pakar yang disahkan ketulenannya sebelum ini.

Sementara itu, persengketaan antara Aishah dan Vida tercetus apabila penyanyi itu membuat pendedahan mengenai hadiah rantai bernilai RM80,000 yang ditaja usahawan kosmetik tersebut adalah palsu pada September tahun lalu.

Penyanyi lagu Janji Manismu itu mengetahui bahawa barangan kemas yang diterima hasil hadiah kemenangan menjuarai progam Gegar Vaganza musim keempat itu bukan tulen selepas mengadakan pemeriksaan di kedai emas.

Rentetan daripada itu, persengketaan antara mereka berpanjangan sehinggalah Aishah membuat keputusan membawa kes itu ke mahkamah.

Terdahulu, Aishah mendedahkan satu kenyataan laporan penyelidikan rasmi berhubung rantai berkenaan yang didakwa tidak bernilai dan bukan berlian asli diterimanya selepas menjuarai program Gegar Vaganza musim keempat (GV4) pada 2017.

Hal itu diketahuinya selepas dimaklumkan oleh pemilik kedai sebuah barangan kemas dan mendakwa berlian berkenaan menggunakan bahan murah.

Dalam pada itu, peguam Aishah turut memberitahu pihaknya sudah memulakan proses mengambil tindakan undang-undang terhadap syarikat Bina Mega Empire selepas gagal menyerahkan hadiah sebidang tanah yang dijanjikan.

Aishah
Aishah

What do you think?

73 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Konsert Afgan Live Di Kuala Lumpur 2019 Bertemakan Inspirasi

Dinie & Khai Pertaruh Single Pertama BUKAN CINTA AKU