in ,

Airliftz Penyanyi Rapper Yang Tidak Didendang

Nak jadikan ceritanya, Budiey tertarik untuk menulis satu post entri tentang seorang penyanyi rap & hip hop bernama Airliftz ini selepas menatap muka depan majalah GLAM Lelaki keluaran Disember 2019. Haa, siapakah Airliftz ni? Nak kenal? Budiey percaya ramai pembaca yang masih tertanya-tanya siapakah Airliftz ni?

Airliftz
Muka depan GLAM Lelaki bulan Januari 2019

Seperti Budiey juga, selepas membaca keseluruhan artikel dan menatap gambar wajah Airliftz di dada majalah ini, Budiey terus buat carian lagu-lagu yang dinyanyikan oleh Airliftz di Youtube.

Single BAGEL yang kini mendapat sambutan dari pendengar

Maka, Budiey pun layan beberapa lagu dendangan Airliftz. Termasuklah lagu Appreciate, Bagel dan Gwalos. Ohhh, not bad juga budak ni. Thumbs up! Ramai yang tak percaya, muzik yang didengar itu datangnya dari anak remaja Malaysia. Baca ruangan komen kat bawah video tu, rata-rata semuanya memuji dan pandangan yang diberikan sangat positif.

AIRLIFTZ

Sedikit latar belakang Airliftz. Dia anak jati Selangor kelahiran Petaling Jaya, dan dibesarkan di Kajang. Pemilik nama sebenarnya, Aliff Shaharom ini baru berusia 20 tahun. Kini menetap di Sungai Long, Kajang. Merupakan anak bongsu dari lima orang adik beradik. Kedua ibu bapanya kini dah bersara. Manja dan rapat dengan ibunya.

Tamat sahaja sekolah menengah, dia terus tidak berlengah untuk mengemudikan kerjaya dalam lapangan seni suara khususnya muzik hip hop & R&B. Ini kerana dia percaya dengan kemampuan dan bakat yang ada dalam dirinya. Tak perlu nak dipersia-siakan.

Terasa ingin tahu, bakat nyanyian yang dipersembahkan oleh Airliftz ni. Nak tahu tentang sejarah kronologi kemunculan dan dari mana budak ni datang? Biasalah perasaan ingin tahu itu sememangnya bertalu-talu datang.

Memetik dari tulisan Zuhairie Sahrom,

“Kau pakai topeng apa ni? Buruk sial!” Itu antara kata yang dilemparkan kepada Airliftz. Sadisnya masyarakat sampai ada yang tidak berbelas hati, melantangkan celaan. Ketidaksempurnaan fizikalnya sejak lahir menjadi senjata masyarakat untuk mencaci Airlifz atau nama sebenar pemuda ini Aliff Shaharom.”

– Zuhairie Sahrom

Agak kejam apabila ada yang melontarkan komen-komen brutal menghina kejadian Tuhan. Bayangkan kalau ada yang menghina dan melontarkan kata-kata bernada busuk dan mencaci fizikal keluarga kamu, mungkin kamu akan terasa nak marah dan tak sabar nak lempang, kan?

Airliftz sentiasa berhadapan dengan situasi masyarakat yang sering melontar dirinyda dalam badai cela nista keji masyarakat. Lantas dia sering memujuk hati agar bersabar. Sampai bila masyarakat kita akan mengikis gejala body shaming yang kian berleluasa sehingga berlaku fenomena buli.

Penyanyi NYK pernah menjemput Airliftz untuk featured dalam lagu MAKE IT ON ME.

“Gua syor lu jangan main IG kalau lu sedar lu muka hodoh tambah cacat.” –

– komen dari IG

Tapi sudah menjadi skeptikal orang zaman sekarang ni, apabila ada artis dengan muka tak seberapa timbul dan popular secara mendadak. Mereka takkan pandang. Nak menoleh dan menjeling barang sedetik pun tidak mahu. Mungkin ada satu masa di mana orang kita akan menilai bakat berbanding kecantikan wajah dan kesempurnaan fizikal.

Airliftz mewakili insan-insan istimewa yang tidak didendangkan dan dipaparkan di majalah dan suratkhabar.

AIRLIFTZ

Sebagai rekod, ini adalah kali pertama Airliftz tampil sebagai penghias muka depan majalah. Mungkin selepas ini, banyak lagi media yang sudi menampilkan Airliftz untuk tatapan pembaca umum. Zaman sekarang, bila dah trending dan viral, barulah boleh masuk sosial media dan akhbar majalah segala.

Airliftz mula menulis lagu sejak usia 14 tahun. Bakat luar biasanya berupaya bermain dengan banyak kata dan suku kata dalam satu rangkap. Sebagai rapper dia perlu mahir dengan penggunaan kosa kata yang meluas. Itu satu bonus.

Menjadikan duo rapper, Too Phat sebagai inspirasinya dan Airliftz ni memang membesar dengan atmosfera muzik hip hop 90-an terutama muzik dendangan Bone Thugs-N-Harmony dan Tupac.

AIRLIFTZ

Airliftz kini bernaung di bawah label indie, This Way Up Records dan banyak berguru dengan mentornya, seorang rapper tempatan bernama Jin Hackman. Melalui JIn Hackman, Airliftz banyak belajar tentang dunia muzik hip hopl produksi dan strategi pemasaran muzik.

Debut rasmi Airliftz adalah lagu Gwalos yang dilancarkan sekitar tahun Oktober 2016. Lagu Gwalos adalah lagu ciptaan sepenuhnya Airliftz. Beliau berasa bertuah dan bersyukur sangat sebab lagu itu dimainkan di corang radio dan pernah bertapak sebagai posisi pertama carta 200 Hip Hop di iTunes Malaysia. Dia juga pernah berjaya berada di carta teratas di MET10 dan Hitz.FM.

AIRLIFTZ

Airliftz tidak punya single dalam Bahasa Melayu. Beliau ada alasan sendiri mengapa tidak mahu mendekati Malaysia dengan bahasa ibunda. Airliftz mahu dikenali di mata dunia dan berpendapat dengan single Inggeris, dia boleh pergi ke peringkat yang lebih luas.

Baginya, pembikinan lagu untuk Bahasa Melayu lebih sukar berbanding Bahasa Inggeris yang senang, relaks dan pendek serta ringkas. Bahasa Melayu membawa pengertian serta emosi berbeza dan berbunga-bunga.

Airliftz menggemari muzik SuperDuperKyle, Big Sean dan Kehlani kerana mereka sangat unik dan persekitaran adalah sumber inspirasinya.

Kini Airliftz punya single terbaharu yang boleh ditonton di Youtube berjudul BAGEL.

Moga terus sukses Airliftz di tahun 2019…

AIRLIFTZ

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Posing Seksi Emma Stone Atas Katil Jadi Bualan

Yang Anda Harus Tahu Tentang Filem XX RAY III