in

Airish Miracle Rai Hari Jadi Neelofa Ke-26 di Majlis Penghargaan Media

Pada jam 3 petang ini, Budiey dijemput untuk menyiarkan #liveupdate di event sambutan Hari Jadi Neelofa Ke-26 Tahun berserta dengan Majlis Penghargaan Media yang dianjurkan oleh jenama produk kecantikan ternama Airish Miracle. Turut hadir menyerikan majlis pastinya Presiden Airish Miracle iaitu Dato’ Aizuddin dan Datin Jannatul Iza.

Acara gilang gemilang dan meriah ini diadakan di The Royale Chulan Hotel, Jalan Conlay, Kuala Lumpur bakal dihadiri oleh ramai selebriti ternama.

Dengarnya, ada persembahan istimewa dari penyanyi ternama pada petang ini. Budiey tak sabar nak tahu siapakah penyanyi popular tersebut. Khabarnya, seorang penyanyi otai rock terkenal akan muncul buat persembahan. Haa, betul ke tidak, jangan lupa untuk ikuti kemaskin terkini daripada Budiey, okay.

Kepada pembaca sekalian, jangan lupa untuk ikuti live update terkini sekitar majlis ini di Instagram @budiey dan juga Twitter serta Facebook Fanpage Budiey.com.

Anda juga disarankan untuk follow Instagram @airishmiracle bersama hashtag: #NeelofaTurn26 #AirishMiracle #FashionCosmetic

Neelofa

Neelofa

Petang Ni Budiey Akan Siar #Liveupdate Di Event Sambutan Hari Jadi Neelofa Dan Penghargaan Media Anjuran Airish Miracle. Stay With Me Okay? Follow @Airishmiracle #Budieyators

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Bekas Vokalis Exist Ezad Lazim Didenda RM3,500

Pengulas Sukan Datuk Hasbullah Awang Meninggal Dunia