in

AirAsia’s Great 13th Anniversary Challenge

‘AirAsia’s Great 13th Anniversary Challenge’: Dua belas peserta bersaing untuk memenangi penerbangan percuma selama satu tahun! Acara ‘AirAsia’s Great 13th Anniversary Challenge’ yang ditunggu-tunggu telah berlangsung di The Curve, Mutiara Damansara hari ini, di mana 12 peserta bersaing untuk memenangi penerbangan percuma selama satu tahun bersama AirAsia.

Para peserta pertandingan telah dilepaskan oleh Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Berhad Aireen Omar, dan perlu melalui 13 jam di tempat duduk penerbangan ‘mock-up’ AirAsia serta menempuhi keadaan cuaca yang tidak menentu dan keletihan sambil menempuhi pelbagai cabaran, bagi menguji pengetahuan mereka tentang produk dan perkhidmatan AirAsia yang pelbagai.

airasia

AirAsia juga menganjurkan pelbagai permainan dan aktiviti sampingan yang menarik, dengan pelbagai hadiah menanti dan juga penampilan daripada artis tempatan. Acara tersebut telah dibawa oleh AirAsia dan disertai oleh rakan-rakan niaga yang terdiri daripada Program Kesetiaan AirAsia-BIG, AirAsiaGo, Expedia, Tune Insure & AirAsia-Citibank.

Bagi mengetahui perkembangan AirAsia dan juga perihal promosi, aktiviti serta peraduan, ikuti syarikat penerbangan itu di Twitter (twitter.com/AirAsia) atau Facebook (facebook.com/AirAsia).

airasia

What do you think?

73 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Senarai Pemenang Sundance Channel Short Film Contest

Siaran Luar THR Gegar Menyambut Kepulangan Pak Majid