in , ,

AirAsia Yakin Permintaan Kukuh Untuk Penerbangan dari Beijing & Macau

AirAsia yakin permintaan kukuh untuk penerbangan dari Beijing dan Macau ke Kota Kinabalu, catat muatan lebih 90%

AirAsia yakin laluan baharu yang telah dilancarkan antara Kota Kinabalu dan Beijing serta Macau akan terus mendapat permintaan kukuh daripada para pelancong, berikutan penerbangan sulungnya ke Kota Kinabalu dari Beijing dan Macau yang mencapai faktor muatan yang mengagumkan sebanyak lebih daripada 90 peratus.

Penerbangan sulung dari Beijing pada 2 Julai 2023 mencatatkan seramai 172 tetamu (92 peratus penuh) dan penerbangan sulung dari Macau semalam mengalu-alukan seramai 169 tetamu (93 peratus penuh).

Kedua-dua perkhidmatan baharu ini menunjukkan permintaan ketara untuk laluan ini dan syarikat penerbangan itu menjangkakan jumlah tersebut akan turut menyamai laluan dari Kota Kinabalu.

AirAsia Yakin Permintaan Kukuh Untuk Penerbangan dari Beijing & Macau

Syarikat penerbangan jarak pertengahan AirAsia, AirAsia X (AAX) juga mencatatkan faktor muatan yang luar biasa untuk penerbangan pertamanya dari Chengdu (Tianfu) ke Kuala Lumpur pada 1 Julai 2023 dengan 376 penumpang (99 peratus penuh).

Berdasarkan permintaan pada masa hadapan yang semakin meningkat, AAX telah meningkatkan kekerapan penerbangan ini daripada dua kali seminggu kepada tiga kali seminggu baru-baru ini.

Faktor muatan yang luar biasa ini adalah bukti komitmen AirAsia untuk memacu semula industri pelancongan tempatan dan serantau. Ia juga merupakan usaha berterusannya untuk mengembangkan jejak di pasaran China sebagai syarikat penerbangan tambang rendah asing terbesar dengan sambungan dan kapasiti terbanyak di negara itu.

AirAsia Yakin Permintaan Kukuh Untuk Penerbangan dari Beijing & Macau

Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, YB Datuk Christina Liew berkata: “Industri pelancongan kini terus pulih, terutamanya dari China sejak sempadannya dibuka semula pada tahun ini, dan kami berbesar hati untuk terus bekerjasama dengan AirAsia untuk mengalu-alukan lebih ramai pelancong ke negeri ini.

“Faktor muatan yang mengagumkan daripada AirAsia bukan sahaja akan memupuk hubungan antarabangsa yang lebih kukuh dan membuka peluang baharu untuk pertumbuhan ekonomi dan pertukaran budaya untuk negeri Sabah secara keseluruhan, malah membawa kami lebih dekat untuk mencapai sasaran 2.2 juta ketibaan pelancong asing pada tahun ini.

“Penerbangan harian AirAsia dari Beijing (Daxing) dan empat penerbangan mingguan dari Macau akan menambah kepada 100 penerbangan antarabangsa mingguan ke Sabah. Ini menandakan bahawa kita berada di landasan yang tepat dalam pemulihan industri pelancongan dan saya mengalu-alukan komitmen AirAsia untuk meningkatkan kekerapan penerbangannya dan melancarkan lebih banyak perkhidmatan penerbangan bagi menyokong usaha berterusan kerajaan meningkatkan industri pelancongan di Sabah.”

Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Malaysia, Riad Asmat berkata: “Kami berbangga untuk terus menyumbang kepada industri pelancongan di Sabah. Kota Kinabalu sentiasa menjadi hab penting bagi kami, dan pertumbuhan rangkaian di Sabah memainkan peranan penting dalam strategi pemulihan kami. Pada masa ini kami mengendalikan 21 laluan domestik dan antarabangsa ke negeri ini dengan sejumlah 300 penerbangan mingguan ke/dari Sabah, termasuk penambahan penerbangan harian ke/dari Beijing dan empat penerbangan mingguan ke/dari Macau.

“Mulai 1 Januari hingga minggu pertama bulan Julai pada tahun ini, kami telah menerbangkan lebih  2.1 juta pengembara ke Sabah. Dengan tambahan perkhidmatan penerbangan secara terus ini, kami jangka jumlah tersebut akan terus meningkat, seterusnya menyumbang kepada jumlah ketibaan pelancong secara ketara serta meningkatkan ekonomi di negeri itu secara keseluruhan.

“Selain itu, dengan permintaan kukuh untuk lebih banyak penerbangan ke China dari hab ini, kami berharap dapat meningkatkan kekerapan dan menambah lebih banyak laluan pada masa hadapan. Ini tidak mungkin berlaku tanpa sokongan daripada rakan industri kami, terutamanya Lembaga Pelancongan Sabah dan kami ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih atas sokongan berterusan mereka.”

AirAsia Yakin Permintaan Kukuh Untuk Penerbangan dari Beijing & Macau

AirAsia Malaysia (AK) kini terbang ke 14 laluan ke/dari China dengan sebanyak 104 penerbangan mingguan dari Kuala Lumpur ke Guilin, Quanzhou, Guangzhou, Kunming, Shenzhen, Nanning, Shantou dan Macao; Kota Kinabalu ke Guangzhou, Shenzhen, Wuhan, Beijing dan Macau; dan Johor Bahru ke Guangzhou.

AirAsia X Malaysia (D7) kini terbang ke empat laluan ke/dari China dengan sebanyak 22 penerbangan mingguan dari Kuala Lumpur ke Chengdu (Tianfu), Beijing (Daxing), Shanghai dan Hangzhou.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Sekitar Malam Media Anjuran Sarawak Tourism Board Yang Meriah

Konsert Percuma Bersama Artis Ternama Meriahkan Pesta Kuantan 188