in , ,

Airasia Travel Fair 2025 Tawar Nilai Hebat & Jimat Kepada Pengembara

Pameran Pelancongan Besar-Besaran Yang Jadi ‘Game Changer’ Menuju Tahun Melawat Malaysia 2026

Bila sebut tentang melancong, ramai orang selalu fikir kos tinggi jadi penghalang. Tapi kali ini AirAsia datang dengan kejutan besar melalui AirAsia Travel Fair 2025, sebuah acara pelancongan inovatif yang memang dicipta untuk bagi rakyat Malaysia dan pengembara antarabangsa peluang melancong dengan lebih mudah, murah, dan penuh pilihan.

Acara ini berlangsung di Pavilion Bukit Jalil, Kuala Lumpur dari 22 hingga 24 Ogos 2025, bermula jam 10 pagi hingga 9 malam. Ia bukan sekadar pameran tiket murah biasa, tapi lebih kepada satu “travel ecosystem” di mana pelancong, ejen pelancongan, lembaga pelancongan dan rakan industri berkumpul untuk mencipta vibe baru dunia pelancongan Malaysia.

Tawaran Diskaun Hingga 35% Untuk Destinasi Impian

Bayangkan, dalam satu acara ni, pengunjung boleh dapat diskaun sehingga 35% untuk penerbangan AirAsia. Laluan-laluan popular seperti Kota Kinabalu, Kuching, Taipei, Chengdu, Nha Trang dan Thiruvananthapuram tersenarai dengan harga lebih murah. Malah, destinasi yang baru dilancarkan seperti Tashkent di UzbekistanIstanbul di Turkidan Darwin di Australia menjadikan acara ini lebih menarik kerana ia membuka peluang untuk pengembara Malaysia menjelajah lebih jauh dengan bajet lebih mesra.

Lebih daripada itu, 1,000 pakej pelancongan eksklusif ditawarkan oleh ejen pelancongan. Pakej ni bukan sekadar flight + hotel, tapi ada yang datang dengan itinerari curated – macam trip bulan madu romantik, pakej pengembaraan “off-the-beaten-path”, pakej keluarga lengkap dengan aktiviti, dan juga trip korporat yang tailor-made. Untuk mereka yang suka percutian mewah tapi nak harga jimat, inilah tempat terbaik nak “lock” deal.

Dan kalau anda antara 100 pelanggan terawal setiap hari, ada bonus baucar tunai RM100 yang boleh digunakan terus. Bayangkan, bukan saja tiket murah, tapi siap ada hadiah tambahan.

AIRASIA

Hadiah Mega Dan Cabutan Bertuah Bikin Degup Jantung Laju

AirAsia memang tahu cara nak hype up acara. Sepanjang tiga hari ni, pengunjung berpeluang memenangi 700 tiket penerbangan percuma ke pelbagai destinasi. Cabutan bertuah ni menjadikan suasana lebih meriah kerana siapa yang datang bukan sekadar “window shopping”, tapi mungkin balik dengan tiket percuma ke luar negara. Itu yang buat orang sanggup beratur panjang!

Kuala Lumpur Sebagai Hab Global – Bukti Dominasi Airasia

Acara ini juga bukti bagaimana Kuala Lumpur semakin mantap sebagai hab penerbangan serantau dan global. Tahun 2024 saja, lebih 25.8 juta penumpang terbang bersama AirAsia ke dan dari Kuala Lumpur. Dengan rangkaian ke lebih 130 destinasi di Asia, Australia, Asia Tengah dan Timur Tengah, KL benar-benar jadi pusat transit utama.

Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (Terminal 2) kini sudah dianggap “mega hub” kerana 96% trafik penumpang di terminal ini datangnya daripada AirAsia. Kalau sebelum ni orang nampak KLIA lebih kepada pintu masuk Malaysia, kini Terminal 2 juga sudah berada pada tahap yang sama penting. Laluan baharu ke Palembang, Semarang, Banjarmasin dan Darwin lagi mengukuhkan kedudukan Malaysia sebagai “connector” pelancongan serantau.

Sokongan Kuat Untuk Tahun Melawat Malaysia 2026

Acara ini tidak dibuat suka-suka, tapi sebagai persediaan besar-besaran menjelang Tahun Melawat Malaysia 2026 (TMM 2026). Menurut Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, YB Dato’ Sri Tiong King Sing:

“Bagi Tahun Melawat Malaysia 2026, sasaran kami adalah untuk mencapai lebih 47 juta ketibaan pelancong dan menjana pendapatan sebanyak RM329 bilion. Rangkaian luas AirAsia di Kuala Lumpur amat penting dalam merealisasikan sasaran ini di mana ianya bukan sahaja menjadi pintu keluar bagi rakyat Malaysia malah turut berperanan sebagai pintu masuk global yang menarik kedatangan pelancong ke negara ini. AirAsia Travel Fair merupakan sebuah acara terbaik untuk memperkenalkan keunikan destinasi domestik dan antarabangsa.”

Ini bermakna, Travel Fair ni bukan sekadar promosi tiket murah tapi satu strategi besar untuk melonjakkan pelancongan Malaysia di mata dunia.

AIRASIA

Visi Airasia – Bukan Sekadar Penerbangan, Tapi Ekosistem Perjalanan

Amanda Woo, Ketua Pegawai Komersial Kumpulan AirAsia, pula menjelaskan:

“Acara ini diadakan pada masa yang tepat selaras dengan usaha kami memperluas ekosistem bersama rakan industri, daripada lembaga pelancongan sehingga ejen pelancongan dalam usaha menawarkan lebih banyak pilihan bernilai tambah kepada para tetamu. Tahun ini sahaja, kami telah menyambung semula lima laluan dan melancarkan 25 laluan baharu, selaras dengan komitmen untuk membuka lebih banyak peluang perjalanan kepada semua.”

AirAsia kini memiliki bahagian pasaran domestik sebanyak 60%, sekaligus meletakkan syarikat ini sebagai peneraju utama industri. Bagi penumpang, ini bermaksud lebih fleksibiliti, harga lebih mampu milik dan akses ke destinasi lebih luas. Dengan strategi berpusat di Terminal 2 KLIA, Malaysia semakin diangkat sebagai pintu masuk serantau yang penting.

Persembahan Hiburan – Menyuntik Energi Ke Dalam Acara

Untuk pastikan event ini tak nampak terlalu formal atau sekadar jualan, AirAsia turut membawakan persembahan hiburan. Antara yang bakal menghangatkan pentas ialah DJ Jie Ying Tha (MYFM), duo k-pop vibe tempatan Fuying & Sam, dan Ella Aminuddin, ikon rock tanah air. Gabungan promosi pelancongan dengan hiburan ni memang strategi bijak sebab ia tarik crowd dari pelbagai lapisan.

Apa Kata Budiey?

Bagi Budiey, AirAsia Travel Fair 2025 adalah lebih daripada sekadar expo tiket murah. Ia satu “travel festival” yang menghubungkan rakyat dengan dunia luar dan pada masa yang sama membawa dunia ke Malaysia. Momentum ini bukan sahaja membantu AirAsia mengukuhkan dominasi mereka, tapi juga memberi impak langsung kepada ekonomi pelancongan Malaysia menjelang TMM 2026.

Cadangan Budiey, selepas ini AirAsia boleh menambah elemen “cultural showcase” dalam pameran – contohnya pameran makanan tradisional, persembahan kebudayaan, atau interaksi dengan komuniti tempatan dari negeri-negeri. Bila elemen travel digabung dengan budaya, barulah ia jadi pengalaman holistik yang buat pelancong rasa nak datang lagi.

Ringkasnya, acara ni bukan sekadar tentang melancong murah, tapi tentang bagaimana Malaysia nak positioning dirinya sebagai hub pelancongan paling strategik di Asia Tenggara. AirAsia dah ambil langkah besar, kini tinggal bagaimana industri lain nak ikut sama-sama menguatkan naratif ni.

Budiey yakin, selepas ini akan lebih banyak kejutan yang dibawa oleh AirAsia, dan Travel Fair 2025 hanya permulaan kepada sesuatu yang lebih besar.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Peminat Bangga Kisah Siti Nurhaliza Disanjung Dalam Buku Teks Filipina