in , ,

Tawaran Berbaloi! AirAsia Tawar Lebih 2 Juta Tempat Duduk Percuma*!

Terbang ke destinasi domestik dan antarabangsa dengan syarikat penerbangan tambang rendah terbaik dunia, tempah di airasia Super App dari sekarang hingga 17 April 2022

Promosi Tempat Duduk Percuma* syarikat penerbangan tambang rendah terbaik dunia kini kembali, untuk kedua-dua penerbangan domestik dan antarabangsa tersedia untuk tempahan dari 9-17 April 2022 di airasia Super App!

Antara destinasi domestik yang tersedia ialah Pulau Pinang, Alor Setar, Johor Bahru, Kota Kinabalu, Kuching, Sibu dan banyak lagi manakala destinasi antarabangsa termasuk Singapura, Phuket, Medan, Jakarta, Bangkok, Bandar Ho Chi Minh, Siem Reap dan lain-lain. Tambang termasuk semua untuk promosi Tempat Duduk Percuma ke destinasi domestik bermula daripada RM23 sehala, manakala untuk destinasi antarabangsa adalah daripada RM69 sehala.

AIRASIA

Para tetamu boleh menekan pada ikon ‘Flights’ di airasia Super App untuk merancang percutian mereka bagi tempoh perjalanan antara 2 September 2022 dan 25 Mac 2023. Pengguna airasia Super App juga boleh membayar dengan airasia poin semasa membuat pembayaran.

Mai Yin Tan, Ketua Pegawai Komersial (AirAsia) berkata, “Sektor perjalanan kini kembali sepenuhnya, berikutan pembukaan semula sempadan Malaysia baru-baru ini pada 1 April, serta sempadan negara jiran kita di rantau Asean. Sejak itu, kami telah melihat peningkatan mendadak dalam permintaan untuk penerbangan domestik dan antarabangsa di semua platform airasia – sama ada Super App, laman web atau daripada ejen pelancongan dan kaunter jualan kami. Ini menandakan keyakinan tetamu kami untuk terbang bersama AirAsia, dan permintaan kukuh untuk sektor perjalanan di pasaran. Promosi Tempat Duduk Percuma* AirAsia adalah sesuatu yang amat dinantikan oleh semua dan kami berbesar hati untuk menawarkan lebih banyak kapasiti dalam pasaran dengan nilai terbaik. Rebutlah peluang inin untuk mula merancang perjalanan anda sekarang!”

“Walaupun kami telah melaksanakan pelbagai langkah dan inovasi bagi memastikan semua tetamu AirAsia boleh melakukan perjalanan dengan selamat melalui melalui ciri-ciri seperti daftar masuk kendiri, ciri pengecaman wajah melalui FACES dan banyak lagi, kami juga ingin mengingatkan para tetamu untuk terus mematuhi semua SOP yang ditetapkan oleh kerajaan semasa perjalanan mereka. Kami berharap untuk kembali mengalu-alukan kedatangan para tetamu dalam penerbangan kami ,” tambah Tan.

Pengembara yang telah menerima vaksin lengkap yang ingin melakukan perjalanan ke/dari Malaysia mestilah memenuhi syarat yang ditetapkan oleh Kerajaan Malaysia dan Kerajaan dari semua negara asal dan ketibaan sebelum menempah penerbangan mereka dan semasa ketibaan.

Ikuti perkembangan terkini perkhidmatan e-dagang airasia Super App @airasiasuperapp di Instagram dan Facebook untuk mendapatkan tawaran e-dagang airasia Super App! Untuk pengalaman yang lancar dan dipertingkatkan, muat turun airasia Super di Apple App Store, Google Play Store atau Huawei AppGallery sekarang.

*TEMPAT DUDUK PERCUMA tidak termasuk cukai lapangan terbang, fi MAVCOM, surcaj bahan api dan bayaran lain yang berkenaan. Tertakluk kepada terma dan syarat.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

“Dia Ajak Saya Solat Bersama, Terus Jatuh Hati,” – Bakal Isteri Aizat Amdan

TRAVEL

Senarai 10 Bazar Ramadan Terbaik Sekitar Negeri Selangor Tahun 2022!