in , ,

airasia Super App Menawarkan Tawaran Eksklusif Lebih Banyak Hotel

Nikmati tawaran eksklusif untuk lebih daripada 100 buah hotel di Malaysia, Indonesia dan Thailand hanya di airasia Super App!

Pengguna airasia Super App kini boleh menikmati tawaran hotel eksklusif untuk airasia Super App yang menampilkan lebih 100 buah hotel terpilih di Malaysia, Indonesia dan Thailand dengan diskaun sekurang-kurangnya 20%, tersedia untuk tempahan dari sekarang hingga 8 April. airasia | The Asean Super App

Para pengguna hanya perlu menekan ikon ‘Hotel’ di airasia Super App untuk menikmati tawaran hotel eksklusif ini untuk tempoh penginapan dari sekarang hingga 30 Jun 2022. Pengguna boleh mendapatkan tawaran hotel terbaik di seluruh destinasi pelancongan popular termasuk Kuala Lumpur, Langkawi, Jakarta, Bali, Bangkok, Chiang Mai, Phuket, dan banyak lagi melalui promosi istimewa ini.

Airasia Super App Menawarkan Tawaran Eksklusif Lebih Daripada 100 Buah Hotel

Ostrova Cheng, Ketua Pengembaraan, airasia Super App berkata, “Sama seperti promosi penerbangan AirAsia yang telah membantu menghubungkan semula tetamu kami dengan orang tersayang, kami berbesar hati untuk memperkenalkan tawaran eksklusif hotel untuk masa terhad ini dengan menawarkan penginapan dengan nilai terbaik di seluruh rantau ini. Sama ada untuk melawat keluarga dan rakan-rakan atau untuk percutian, airasia Super App menyediakan tempahan hotel dengan nilai terbaik di pasaran.

“Walaupun kami bersedia untuk memastikan para tetamu kami boleh melakukan perjalanan dengan selamat dari sudut operasi melalui ciri daftar masuk tanpa sentuhan, FACES, dan banyak lagi, AirAsia juga ingin mengingatkan semua untuk mematuhi SOP yang ditetapkan oleh kerajaan. Kami turut berharap lebih ramai akan menikmati perjalanan dan percutian dengan tawaran menarik di airasia Super App,”

Ostrova Cheng

Ikuti @airasiasuperapp di Instagram dan Facebook untuk mendapatkan perkembangan dan tawaran terkini e-dagang airasia Super App! Untuk pengalaman yang lancar dan dipertingkatkan, muat turun airasia Super App dari Apple App Store, Google Play Store atau Huawei AppGallery sekarang.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Fauziah Latif | 17

Selebriti Popular Bakal Meriahkan B5 Johor Street Market, Jom Datang!

Izmir Fareez | 18

Izmir Fareez Lancar MAAF, Diterbitkan oleh Along Exists Selaku Pengarah Muzik