Menu

Sensasi Selebriti

Portal Berita Hiburan, Trending & Viral, Acara, Travel, Gaya Hidup & Tech Gadget Terkini

in

Airasia X Seals Its Largest Single Order With Airbus

PARIS – AirAsia X, syarikat penerbangan tambang rendah jarak jauh, sekutu AirAsia Group, membuat tempahan pesawat terbesar dengan Airbus bagi 25 lagi pesawat A330-300 bernilai US$6 bilion.

Ini meningkatkan tempahan AirAsia X kepada 51 daripada Airbus, tambahan oleh tempahan enam pesawat A330-300 yang dipajak daripada International Lease Finance Corp, menjadikan jumlah penghantaran kumpulan pesawatnya kepada 57 menjelang 2019.

AirAsia X akan mula menerima pesawat baharu A330-300 pada 2015 semasa syarikat memulakan pengembangan rangkaiannya di seluruh rantau Asia Pasifik.

Tempahan baharu berkenaan termasuk versi terkini pesawat A330-300, yang membolehkan syarikat penerbangan itu menawarkan perkhidmatan tanpa henti ke destinasi di Eropah atau perkhidmatan sehenti ke Amerika Syarikat.

Pengasas Bersama dan Pengarah AirAsia X Tan Sri Tony Fernandes berkata tempahan berkenaan menunjukkan hasrat kukuh syarikat untuk menguasai perjalanan jarak jauh, ruang penerbangan tambang rendah.

“Komitmen kami akan membolehkan kami kekal sebagai syarikat penerbangan dengan pesawat badan luas paling muda di rantau ini, bawah lima tahun sepanjang 2019, dengan kecekapan bahan bakar yang kompetitif, kebolehpercayaan dan kelebihan keselesaan kabin,” katanya pada majlis menandatangani perjanjian dengan Airbus hari ini bagi tempahan pembelian pesawat berkenaan di sini.

Fernandes berkata tempahan pesawat itu akan memenuhi rancangan pengembangan di Malaysia, dan cadangan hab Thai AirAsia X baharu serta lain-lain rancangan jarak jauh di seluruh Asia.

“Perkembangan ini akan melengkapkan wawasan jangka panjang kumpulan dalam membangunkan kehadirannya di pasaran-pasaran utama di Asia dan mengukuhkan penyambungan antara rangkaian jarak jauh dan jarak dekat kos rendah,” katanya.

AirAsia X kini mengendalikan 15 pesawat A330-300 bagi perkhidmatan yang menghubungkan pangkalannya di Kuala Lumpur ke 18 destinasi di Asia, Australia dan Arab Saudi. Selain A330, syarikat juga mempunyai 10 pesawat A350-XWB dalam tempahan untuk penghantaran akan datang.

Tempahan terkini daripada AirAsia X terus mengukuhkan kedudukan AirAsia Group sebagai salah satu pelanggan syarikat penerbangan terbesar Airbus di dunia. Secara keseluruhan, kumpulan kini menempah 536 pesawat daripada pengeluar.

Ini termasuk 475 pesawat satu lorong kumpulan A320 untuk operasi jangka dekat AirAsia yang berpangkalan di luar Kuala Lumpur, Bangkok, Jakarta dan Manila, serta 51 pesawat A330 dan 10 pesawat A350 XWB bagi AirAsia X.

Sementara itu, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Airbus, Farbrice Brégier berkata A330 adalah platform yang sempurna untuk operasi sedemikian, dengan kos operasi paling rendah, keupayaan penerbangan jarak jauh dan prestasi yang telah terbukti dengan kebolehpercayaan teknikal yang luar biasa.

“Kami gembira untuk bekerjasama dengan AirAsia X kerana syarikat penerbangan ini terus membuat pembaharuan dalam pasaran jarak jauh kos rendah,” katanya.

CEO AirAsia X Azran Osman-Rani dan Brégier menandatangani perjanjian berkenaan disaksikan oleh Fernandes, dan Ketua Pegawai Operasi, Pelanggan Airbus, John Leahy.

Majlis menandatangani perjanjian ini berlangsung di Shangri-La Hotel, di sini dengan kehadiran wakil Airbus dan AirAsia X serta media. – Bernama

AirAsia X, the long haul, low fare airline affiliate of the AirAsia Group has placed the largest single “airline” firm order for 25 more A330-300s with Airbus. This is the world’s largest single order in a single purchase agreement valued at US$6 billion by an airline for the A330-300 type fleet.

This increases AirAsia X’s order to 51 from Airbus supplemented by an order of 6 A330-300s leased from the International Lease Finance Corporation (ILFC), bringing AirAsia X’s total confirmed fleet deliveries to 57 by 2019.

AirAsia X will start taking delivery of its newly-ordered A330-300s in 2015 as it begins a major expansion of its network across the Asia-Pacific region. The new order includes the latest extended range versions of the A330-300, providing the carrier with the ability to offer non-stop service to destinations in Europe or one-stop service to the US.

[pullquote]Airline embarks on major expansion with orders of 25 A330-300s[/pullquote]

The agreement was signed by Azran Osman-Rani, CEO of AirAsia X and Fabrice Bregier, President and CEO of Airbus and witnessed by Tan Sri Tony Fernandes, Co-founder and Director of AirAsia X and John Leahy, Chief Operating Officer, Customers, Airbus. The signing ceremony took place today at the Shangri-La hotel, Paris with the attendance of Airbus and AirAsia X representatives and members of the media.

Tan Sri’ Tony Fernandes, Co-Founder and Director of AirAsia X said,

“This order stamps our firm intent to dominate the long-haul, low cost carrier space and marks the next phase in our development to be the undisputed global market leader. Our commitment would allow us to remain as the youngest wide body fleet age in the region at under five years throughout 2019, with corresponding competitive fuel efficiency, reliability and cabin comfort benefits. We foresee strong market potential based on a low penetration rate of under 10% for low cost carriers in the beyond 4 hour market across Asia Pacific. Hence, we estimate a market size of about 100 low cost carrier wide-bodies in the region if it grew to 35% over the next five years.”

“The aircraft orders would further cater to our expansion plans in Malaysia, and the proposed new Thai AirAsia X hub as well as other long-haul ventures planned across Asia. The developments will complement the AirAsia Group’s long-term vision of developing its presence in key markets in Asia and strengthen the connectivity between long-haul and short-haul low-cost network.”

“AirAsia X has proven that it is possible to build a highly successful low cost long haul business,” said Farbrice Brégier, President & CEO, Airbus. “And the A330 is the perfect platform for such operations, with the lowest operating costs, true long range flying capability and a proven track record track of exceptional technical reliability. We look forward to working with AirAsia X as it continues to innovate in the low cost long haul market.”

AirAsia X currently operates 15 A330-300s on services linking its Kuala Lumpur base to 18 destinations in Asia, Australia and Saudi Arabia. In addition to A330s, the carrier also has 10 A350-XWB aircraft on order for future delivery.

The latest order from AirAsia X further consolidates the position of the AirAsia Group as one of Airbus’s largest airline customers in the world. In total, the Group has now ordered 536 aircraft from the manufacturer. These include 475 A320 Family single aisle aircraft for AirAsia’s short haul operations based out of Kuala Lumpur, Bangkok, Jakarta and Manila, plus the 51 A330s and 10 A350 XWBs for AirAsia X.

The twin engine A330 is one of the most widely used widebody aircraft in service today. To date, Airbus has won more than 1,280 orders for the various versions of the aircraft. More than 1,000 A330s have already been delivered and the aircraft is currently flying with almost 100 operators worldwide.

Leave a Reply

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Exit mobile version