in , ,

AirAsia Sambung Semula Penerbangan dari Kuala Lumpur ke Pattaya, Thailand

Lepas ni boleh la terbang dengan AirAsia kalau nak pergi ke Pattaya.

AirAsia hari ini meraikan penyambungan semula perkhidmatan penerbangan dari Kuala Lumpur ke Pattaya yang merupakan bandar kelapan terbesar di Thailand. Ia juga terkenal dengan pemandangan pantai yang indah dan pelbagai tarikan menarik.

AirAsia Sambung Semula Penerbangan dari Kuala Lumpur ke Pattaya, Thailand

Penerbangan pertama dengan hampir 90 peratus faktor muatan telah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (Terminal 2) pada jam 11.20 pagi dan mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa U-Tapao–Rayong–Pattaya pada jam 12.05 tengah hari. Para tetamu dalam penerbangan AK840 diraikan dengan pancuran air sewaktu ketibaan di Pattaya dan disambut meriah oleh AirAsia Allstars, wakil dari Pihak Berkuasa Pelancongan Thailand.

AirAsia Sambung Semula Penerbangan dari Kuala Lumpur ke Pattaya, Thailand

Penyambungan semula laluan ke Pattaya menandakan laluan terus kesembilan oleh syarikat penerbangan ini ke Thailand dari Kuala Lumpur, Johor Bahru dan Pulau Pinang selepas Bangkok (Don Mueang), Bangkok (Suvarnabhumi), Krabi, Chiang Mai, Phuket dan Hatyai.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Peraduan Menangi Tiket Menonton di Tayangan Istimewa Filem TWISTERS

Sinopsis Filem Paku Tanah Jawa Menghantui di Pawagam Mulai 27 Jun Ini