in

AirAsia Raikan Hari Asean Dengan Tambang Rendah Di Seluruh Rantau

AirAsia menawarkan tambang promosi ke destinasi negara Asean bersempena dengan Hari Asean esok.

Hari ASEAN meraikan penubuhan Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara (Asean) dengan termeterainya Deklarasi Bangkok pada 8 Ogos 1967.

Dari hanya RM10*, tetamu akan dapat menerokai destinasi-destiansi yang terdapat di kesemua 10 negaraAsean iaitu Malaysia, Thailand, Indonesia, Filipina, Singapura, Brunei, Vietnam, Kemboja, Laos dan Myanmar.

BM - AirAsia Asean Day

AirAsia Raikan Hari Asean Dengan Tambang Rendah Di Seluruh Rantau

Pada masa yang sama, tetamu juga boleh mengambil kesempatan ke destinasi-destinasi luar Asean melalui rangkaian penerbangan AirAsia dan AirAsia X yang meliputi Asia Utara, Asia Selatan, Timur Tengah, Australia dan Afrika.

Tetamu yang terbang dengan AirAsia X juga boleh menaik taraf ke kerusi Premium Flatbed, yang menawarkan keselesaan yang sukar ditandingi dalam segmen kabin tambang rendah dalam penerbangan jarak jauh – dari hanya RM698 *.

Tambang promosi ini boleh ditempah dari 8 Ogos 2016 (0000, GMT + 8) hingga 14 Ogos 2016 (2400, GMT + 8) untuk perjalanan dari 9 Ogos 2016 hingga 6 April 2017.

Tambang promosi berkenaan adalah bagi penerbangan AirAsia yang dikendalikan oleh AirAsia Malaysia (kod penerbangan AK), AirAsia Thailand (FD), AirAsia Indonesia (QZ), AirAsia Filipina (Z2), Malaysia AirAsia X (D7), Thai AirAsia X (XJ) dan Indonesia AirAsia X (XT).

Terokai destinasi menarik Asean dan seterusnya dari hanya RM10*

Dalam tempoh ini, ahli-ahli AirAsia BIG juga boleh mendapat 2 ganda Mata Ganjaran AirAsia BIG apabila mereka menempah penerbangan ke mana-mana destinasi, kecuali laluan Malaysia AirAsia X (D7).

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia, Tony Fernandes berkata, “AirAsia tidak mungkin wujud tanpa Asean. Kami teehutang budi kepada rantau ini. Sambil kami terus mengembangkan jejak di seluruh Asia Pasifik, Timur Tengah dan seterusnya, hati kami masih berada di Asean, dan promosi khas ini adalah sebagai ucapan terima kasih kepada rantau ini yang telah merealisasikan impian kami untuk menjadikan perjalanan udara dengan harga yang berpatutan untuk semua orang.”

Beliau menambah, “AirAsia berbangga menjadi satu-satunya syarikat penerbangan yang membuat penerbangan terus ke semua 10 buah negara Asean. Kami juga adalah satu-satunya syarikat penerbangan dengan produk Asean Pass, yang memberikan tetamu kami cara mudah untuk meneroka rangkaian kami dan mengalami kepelbagaian warisan dan budaya yang menakjubkan di rantau ini.”

Pemegang AirAsia Asean Pass dan AirAsia Asean Pass + boleh menikmati penerbangan pada kadar tetap ke lebih daripada 120 laluan di seluruh Asean. Bertindak seperti mata wang tunggal, pas tersebut menghilangkan kerumitan mencampuradukkan kadar pertukaran asing yang berbeza kerana penerbangan dinilai mengikut kredit, membenarkan tetamu mejadi lebih kreatif dalam merancang perjalanan yang sesuai bagi mereka.

Senarai penerbangan yang boleh ditebus menggunakan Asean Pass dan lain-lain terma dan syarat-syarat terperinci boleh didapati di laman web AirAsia (www.airasia.com).

Untuk melihat keindahan yang ditawarkan Asean, saksikan video #FlyWithAirAsia pada saluran Youtube AirAsia (www.youtube.com/user/airasia).

Layari Twitter (twitter.com/AirAsia) dan Facebook (facebook.com/AirAsia) untuk promosi dan aktiviti-aktiviti terkini AirAsia.

* Tambang asas perjalanan sehala tidak termasuk cukai Lapangan Terbang, yuran dan lain-lain perkhidmatan pilihan. Tertakluk kepada terma dan syarat.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Penyanyi Indonesia Mike Mohede Meninggal Dunia

Penyanyi Datuk Dahlan Zainuddin Sedang Sakit Tenat