in , ,

AirAsia Perluas Hab Kota Kinabalu Dengan Laluan Terus Baharu ke Shanghai

AirAsia mengumumkan pengembangan hab Kota Kinabalu dengan pelancaran laluan terus baharu ke Shanghai yang dijadualkan berlepas pada 20 Februari 2024.

Pelancaran laluan terus baharu ini memperkukuh kedudukan Kota Kinabalu sebagai hab kedua terbesar AirAsia di Malaysia. AirAsia Malaysia (kod penerbangan AK) kini mengendalikan 19 destinasi merangkumi laluan domestik dan antarabangsa. Shanghai merupakan destinasi keenam di China melalui Kota Kinabalu selain Hangzhou, Guangzhou, Shenzhen, Beijing dan Wuhan.

Bo Lingam, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia Aviation Group berkata: “Kami berbesar hati untuk memulakan tahun ini dengan pelancaran laluan baharu, terutamanya untuk para tetamu di Sabah.

AirAsia Perluas Hab Kota Kinabalu Dengan Laluan Terus Baharu ke Shanghai

Berikutan pengumuman kemasukan tanpa visa kepada warga China oleh kerajaan Malaysia pada tahun lalu, pelancaran laluan ini merupakan inisiatif untuk merangsang industri pelancongan antara China dan Malaysia. China merupakan salah satu pasaran terbesar AirAsia yang terdiri daripada 19 laluan dari Malaysia dengan sejumlah 162 penerbangan mingguan bermula Februari 2024 dan seterusnya.

Pengembangan hab Kota Kinabalu dengan laluan terus baharu ini memperkukuh kedudukan kami sebagai pengendali syarikat penerbangan tambang rendah asing terbesar di China. Kami berharap dapat terus menyumbang kepada sektor pelancongan di negeri Sabah yang mensasarkan 2.8 juta kedatangan pelancong pada tahun 2024.”

Bagi meraikan pelancaran laluan terus baharu ini, AirAsia menawarkan tambang promosi kepada para tetamu dari Kota Kinabalu ke Shanghai dengan tambang termasuk semua* sehala bermula RM288. Tambang promosi ini boleh ditempah mulai hari ini hingga 21 Januari 2024 untuk tempoh perjalanan antara 20 Februari 2024 dan 29 Mac 2024.

AirAsia Malaysia (kod penerbangan AK) juga menghubungkan Kota Kinabalu ke tiga destinasi antarabangsa lain iaitu Singapura, Taipei dan Hong Kong.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Filem Abang Adik Jadi Filem Tempatan Pertama Kutip RM13.5 Juta di Taiwan 

Nur Fathia Latiff Mohon Guna Polis Trafik & Pengawal Escort Ke KLIA