in ,

AirAsia Perkenalkan AIRASIA ASEAN PASS

AirAsia memperkenalkan “AirAsia Asean Pass” dan “AirAsia Asean Pass+” dalam usaha mempertingkatkan pelancongan dengan membolehkan perjalanan di rantau ini menjadi satu pengalaman yang lebih lancar.

Pas ini boleh mula didapati mulai hari ini di www.airasia.com, dengan AirAsia Asean Pass pada harga RM499 bagi 10 kredit dan AirAsia Asean Pass+ pada harga RM888 dengan 20 kredit.

Apa Itu AIRASIA ASEAN PASS?

Pengasas bersama AirAsia; Tan Sri Tony Fernandes dan Datuk Kamarudin Meranun mengumumkan perkembangan produk ini pada Sidang Majlis Penasihat Pernigaan ASEAN yang telah diadakan di Kuala Lumpur pada November tahun lepas.

airasia

Melancong lebih mudah dengan AirAsia Asean Pass! AirAsia Asean Pass yang dinanti-nantikan kini boleh didapati menerusi www.airasia.com

Jom Melancong

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia Tony Fernandes berkata,

Sebagai syarikat penerbangan Asean, kami sangat berbangga dapat memperkenalkan AirAsia Asean Pass, produk yang direka khas bagi meliberasi dan terus mengalakkan perjalanan bagi komuniti Asean. Pas ini membolehkan komuniti berhubung dan menarik lebih ramai pelancong asing ke rantau ini – ia adalah instrumen yang tepat dalami mempromosi integrasi Asean.”

“Kami sentiasa memperbaik cara penumpang kami terbang bersama kami dan AirAsia Asean Pass adalah satu lagi inovasi yang kami lakukan dalam membuat penerbangan lebih efisien dan lebih menyeronokkan. Pelbagai penambah baikan sedang diusahakan oleh kami yang dilihat akan memanfaat penumpang yang melancong dari bukan destinasi-destinasi Asean.”

Pemegang AirAsia Asean Pass dan AirAsia Asean Pass+ boleh menikmati kadar tetap ke lebih dari 148 laluan di sekitar 10 negara Asean. Bertindak seperti satu jenis mata wang, menghapuskan perbezaan mata wang asing kerana penerbangan dinilai melalui kredit, ini membolehkan penumpang merancang perjalanan ideal mereka di Asean dengan lebih kreatif.

Kelebihannya AIRASIA ASEAN PASS

Penerbangan dengan durasi kurang dari dua jam bernilai 1 kredit, sementara penerbangan dua jam dan ke atas bernilai 3 kredit. Tiada yuran pemprosesan dikenakan bagi penebusan menggunakan AirAsia Asean Pass dan AirAsia Asean Pass+. Cukai dan caj lapangan terbang dan bayaran lain dibayar secara berasingan. Pas ini juga boleh dibeli sebagai hadiah kepada para pelancong yang lain.

Kredit AirAsia Asean Pass dan Asean Pass+ boleh ditebus bagi penerbangan dengan AirAsia Malaysia (AK), Thai AirAsia (FD), AirAsia Indonesia (QZ) dan Philippines AirAsia (Z2) ke destinasi-destinasi Asean sahaja.

Bagi senarai lengkap penerbangan yang boleh ditebus dengan AirAsia Asean Pass dan Asean Pass+ serta terma dan syarat yang berkenaan, tetamu boleh merujuk kepada laman web syarikat penerbangan tersebut di www.airasia.com.

What do you think?

73 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Robert Langdon to Return in INFERNO Starring Tom Hanks

Dato’ Seri Siti Nurhaliza

Dato’ Siti Nurhaliza Terkejut Dilapor Wanita Ke-3 Terkaya di Malaysia