in ,

AirAsia Naik Taraf A320Neo Kepada A321Neo Lebih Besar

AirAsia akan menaik taraf armada pesawat Airbusnya, dengan menukar 253 pesanan untuk A320neo kepada versi A321neo yang lebih besar.

Pertukaran itu akan membolehkan AirAsia menawarkan kapasiti yang lebih tinggi atas permintaan kukuh yang berterusan merentasi rangkaiannya. AirAsia kini menjadi pelanggan terbesar di dunia untuk pesawat jenis A321neo.

A321Neo-Airasia-

“Kami telah mengambil beberapa tahun untuk mengkaji semula masa depan operasi kami dan hari ini, kami amat berbangga menjadi pelanggan terbesar di dunia untuk A321neo.

Dengan pelbagai manfaat kecekapan dan fleksibiliti operasi yang ditawarkan oleh pesawat ini, A321neo akan menjadi tulang belakang baharu operasi kami untuk terus berkembang dan memenuhi permintaan perjalanan udara yang semakin meningkat di seluruh Asia.”

Pengerusi Eksekutif Kumpulan AirAsia Berhad Datuk Kamarudin Meranun

Secara keseluruhannya, AirAsia telah membuat 592 pesanan untuk pesawat dalam kumpulan jenis A320. Berikutan naik taraf itu, AirAsia akan menjadi pelanggan terbesar di dunia untuk A321neo dengan 353 pesawat dipesan.

AirAsia kini mempunyai 230 pesawat dalam kumpulan jenis A320 dalam perkhidmatan, yang beroperasi dari habnya di Malaysia, Thailand, Indonesia, Filipina, India dan Jepun.

A321neo merupakan pesawat jenis terbesar dalam kumpulan A320 dan mempunyai banyak inovasi termasuk enjin generasi terbaharu dan sayap peranti Sharklet yang seterusnya menghasilkan penjimatan bahan api sebanyak 15 peratus ketika penerimaan pesawat dan 20 peratus menjelang tahun 2020.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Pesara Guru Bentuk Disiplin Cucu Dalam FACEBOOK TOK CHOM

THE CULTURE 2019 Ekspo Sub-Budaya & Gaya Hidup Terbesar Di Malaysia