in

AirAsia Mulakan Penerbangan Harian ke Kuantan

AirAsia terus meluaskan rangkaian domestiknya melalui permulaan perkhidmatan penerbangan dari Kuala Lumpur ke Kuantan pada hari ini.

Penerbangan sulung AK6230 berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (klia2) pada jam 7:05 pagi dan tiba di Lapangan Terbang Sultan Ahmad Shah di Kuantan pada jam 7:55 pagi.

Airasia

Kuantan adalah destinasi AirAsia Malaysia (kod penerbangan AK) ke-17 selain Kuala Lumpur, Johor Bahru, Pulau Pinang, Langkawi, Kota Bharu, Kuala Terengganu, Alor Setar, Ipoh, Kuching, Miri, Sibu, Bintulu, Kota Kinabalu, Tawau, Sandakan dan Labuan.

Untuk promosi dan aktiviti terkini AirAsia, sila ikuti AirAsia di Twitter (twitter.com/AirAsia), Facebook (facebook.com/AirAsia) dan Instagram (instagram.com/AirAsia).

Airasia

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Rahsia THE MEMOIR OF MAJIE Raih Pengiktirafan Antarabangsa

Kotak Suara Aiman Tino Selepas Jatuh Sakit