in

AirAsia Menangi Anugerah Emas di Putra Brand Awards 2016 Tahun Ke-7

AirAsia sekali lagi telah diundi sebagai syarikat penerbangan kegemaran Malaysia bagi tahun ketujuh berturut-turut di Putra Brand Awards dan telah menerima Anugerah Emas bagi kategori Pengangkutan, Perjalanan dan Pelancongan. Anugerah ini terus menandakan kepentingan syarikat penerbangan tersebut dalam industri penerbangan dan pelancongan negara.

Airasia Strikes Gold At Putra Brand Awards

AirAsia memenangi Anugerah Emas bagi tahun ketujuh berturut-turut di Putra Brand Awards 2016

Aireen Omar, Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Berhad menerima anugerah tersebut bagi pihak Kumpulan Syarikat penerbangan AirAsia di Majlis Anugerah yang diadakan di Kuala Lumpur semalam.

“Kami amat gembira diberi anugerah emas untuk kali ketujuh berturut-turut di Putra Brand Awards. Oleh kerana anugerah ini berdasarkan maklum balas secara langsung daripada orang ramai, kami sangat gembira untuk mengetahui rakyat Malaysia terus mengiktiraf kami sebagai syarikat penerbangan kegemaran mereka saban tahun. Kami sentiasa mementingkan para tetamu kami dan bekerja keras untuk memberikan pengalaman perjalanan yang terbaik kepada mereka. Saya amat berbesar hati untuk menerima Anugerah ini tetapi pengiktirafan ini sebenarnya adalah milik 17,000 AirAsia Allstars yang telah bekerja keras selama ini dan juga tetamu-tetamu kami,” kata Aireen Omar.

“Kami berjanji untuk terus bekerja keras untuk sentiasa memberi para etamu kami pengalaman menarik dalam hidup mereka dan kami menjemput mereka untuk berkongsi detik-detik kegemaran mereka dengan kami di media sosial menggunakan hashtag #travelgr8 sambil kita meraikan kemenangan ini bersama-sama,” tambah Aireen.

Dianjurkan oleh Persatuan Ejen-ejen Pengiklanan Bertauliah Malaysia (4As) Putra Brand Awards adalah salah satu pengiktirafan tertinggi kecemerlangan jenama di seluruh negara. Menggunakan kaedah penyelidikan teguh pengguna yang dibangunkan oleh rakan kongsi Effective Measure, para pengguna menentukan jenama kegemaran Malaysia dalam pelbagai kategori dan setiap kategori disediakan anugerah emas, perak dan gangsa untuk jenama yang paling digemari.

Untuk maklumat lanjut berkenaan promosi dan aktiviti terkini AirAsia, sila layari Twitter (twitter.com/AirAsia) dan Facebook (facebook.com/AirAsia).

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Trending Huawei | 23

Ada Sebab Huawei Akan Jadi Pengeluar Telefon Bimbit Terbesar

Saharul Ridzwan Umum Bakal Nikah Qaabila Deena Emir