in

AirAsia Hantar Sukarelawan Askar Wataniah

Dua puluh kakitangan AirAsia telah mewakilkan diri bagi menyertai program latihan Askar Wataniah dan akan menjalani latihan askar intensif selama sebulan yang akan diselia oleh Rejimen 502 Askar Wataniah di Kem Sungai Buloh sebagai sebahagian sumbangan AirAsia kepada keselamatan negara.

[pullquote align=”right”]Dua puluh sukarelawan ini terdiri daripada kakitangan AirAsia dari pelbagai bahagian syarikat pernerbangan ini diantaranya bahagaian Ramp dan kejuruteraan yang dipilih menerusi proses pemilihan khas yang telah dijalankan pada Oktober 2013 oleh program Askar Wataniah anjuran Angkatan Tentera Malaysia, ini adalah kumpulan pertama dari AirAsia untuk menyertai program ini.[/pullquote]

Majlis penghantaran telah diadakan bagi dua puluh sukarelawan ini di Low Cost Carrier Terminal (LCCT) dan turut dihadiri Aireen Omar, Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Berhad bagi menghantar kakitangan AirAsia Allstars yang bersemangat dan patriotik ini. Kapten Siti Hajariah dari Rejimen 502, Askar Wataniah kem Sungai Buloh juga hadir pada majlis ini.

Aireen Omar berkata, “Kami sangat berbangga menjadi syarikat penerbangan pertama di Malaysia yang menyertai program ini dan saya juga sangat berbangga dengan semua dua puluh AirAsia Allstars yang menyertai program ini. Kami akan terus menyokong dan bekerjasama dengan Angkatan Tentara Malaysia dalam memperkukuh keselamatan negara.”

Antara sokongan yang telah diberikan kepada Angkatan Tentera Malaysia (ATM) adalah seperti Malaysia Batallion ke Beirut untuk tiga tahun, penerbangan khas harian bagi ATM ke Sabah & Sarawak sejak sepuluh tahun lalu; dan penerbangan khas semasa insiden di Lahad Datu telah mendorong dan memotivasi sukarelawan ini untuk menyertai program Askar Waraniah.

AirAsia Hantar Sukarelawan Askar Wataniah

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Kamal Adli Gigih Kerja Keras Demi Drama Jiwa

Syura Juara Selebriti Masterchef Duta UNITAR International University