in

AirAsia Bantu Pelajar Akademi Badminton AirAsia

AirAsia telah menaja penerbangan dari Kuala Lumpur ke Hong Kong bagi 29 pelajar yang bernaung di bawah Akademi Badminton AirAsia (AABA), untuk menyertai Pertandingan Badminton Antarabangsa Hong Kong ke-9.

Para pelajar tersebut, dari sekitar Lembah Klang dan Ipoh dan berumur di antara 10 hingga 20 tahun, akan bertanding di dalam kategori Bawah 10, Bawah 11, Bawah 12, Bawah 13-14, Bawah 15-16, Bawah 17-20 dan Terbuka.

Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Berhad, Aireen Omar berkata, “Kami sentiasa aktif dalam menyokong usaha perkembangan belia dan sukan. Melalui Akademi Badminton AirAsia, kami beraspirasi untuk membentuk bakat muda dah melahirkan generasi baru pemain badminton bertaraf dunia, untuk membawa nama negara ke persada antarabangsa dan mengukuhkan kedudukan Malaysia di arena sukan ini. Saya mengucapkan selamat berjaya kepada semua pelajar semasa kejohanan di Hong Kong nanti!”

Akademi Badminton AirAsia telah ditubuhkan pada tahun 2012, dengan objektif untuk melahirkan generasi pemain badminton yang baru dan bertaraf dunia, dan membantu perkembangan sukan itu di Malaysia.

Airasia

Airasia

What do you think?

73 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Cara-Cara Untuk Anda Sertai Uji Bakat Fear Factor Selebriti Malaysia

Senarai Peserta Fear Factor Selebriti Malaysia Musim Ke-2