Menu

Sensasi Selebriti

Portal Berita Hiburan, Trending & Viral, Acara, Travel, Gaya Hidup & Tech Gadget Terkini

in , ,

Air France Lancar Kelas Economi Premium Yang Cukup Selesa

Pada jam 12 tengahari tadi, Air France telah melancarkan tiket Premium Economy di Sungei Wang Plaza, Kuala Lumpur. Dengan pelancaran ini, para penumpang Air France dapat menikmati keselesaan Premium Economy bersama servis terbaik Air France.

Budiey percaya kepada anda yang sering menggunakan pesawat udara sentiasa mengimpikan penerbangan perkhidmatan penuh di samping keistimewaan tambahan, pada tambang yang berpatutan. Jadi, Budiey kira Air France adalah syarikat penerbangan terkini yang dapat memberikan keselesaan yang sangat maksima untuk anda.

Atas dasar ingin memberikan yang terbaik, Air France menawarkan impian dan pengalaman istimewa itu bermula apabila seseorang mendaftar masuk di kaunter khas, seterusnya ke bahagian pesawat di mana penumpang akan menikmati 40 peratus ruang yang lebih, berbanding dengan para penumpang kelas Ekonomi.

Seawal sapaan selamat datang ke kabin Premium Economy Air France, pastinya anda terpikat dengan ruang selesa bak oasis yang menawarkan ruang yang lebih luas dan suasana yang tenang. Sangat mendamaikan dan menjaminkan keselamatan sepanjang penerbangan.

Bukan itu sahaja, anda sebagai penumpang Premium Economy Air France juga menikmati elaun bagasi sebanyak 46kg, giliran masuk penerbangan utama dan pengendalian bagasi. Wow, dapat bawa banyak barang muatan. Rasanya itu dah cukup banyak dah, kan?

Untuk memberikan kenyamanan ketika berada di udara, para penumpang juga akan diberi sebuah beg kecil yang mengandungi barangan pembersih, selimut yang ditenun daripada bulu biri-biri dan bantal khas.

Budiey rasa ingin cuba juga dengan membeli tiket Premium Economy Air France ini. Bukan apa, sekali sekala kita mahukan layanan yang ada kelas. Para penumpang juga dapat menikmati hidangan yang disediakan oleh chef terkenal, Michel Nugues, yang dilengkapi dengan wain dan Champagne pilihan Olivier Poussier, pakar wain bertaraf dunia.

Sempena pelancaran kelas Premium Economy Air France di Malaysia, Air France menawarkan tambang istimewa yang berharga RM5,777 (termasuk cukai dan surcaj) berbanding dengan tambang biasa iaitu RM7,091. Tawaran ini sah untuk penempahan dari 15 hingga 31 Julai untuk perjalanan ke mana-mana destinasinya di Eropah hingga akhir tahun ini.

Pengurus Malaysia Air France-KLM, Estee Ng semasa acara pelancaran di Kuala Lumpur berkata:

“Tujuan kami menawarkan tambang istimewa ini adalah untuk memperkenalkan pengalaman unik kelas Premium Economy Air France pada harga yang berpatutan. Antara pengalaman yang dapat dinikmati melalui kelas ini adalah ruang tempat duduknya yang lebih luas berbanding dengan kelas Ekonomi kami berserta dengan layanan istimewa.”

Antara yang hadir di acara pelancaran kelas Premium Economy itu adalah pelakon, model dan hos TV, Awal Ashaari dan Nur Sarah Marie, yang merupakan pemenang peraduan GadisM2 yang berakhir baru-baru ini.

Air France mengendalikan tiga penerbangan mingguan ke Kuala Lumpur menggunakan pesawat Boeing 777-200 yang hanya mempunyai 24 tempat duduk di kelas Premium Economy, 170 tempat duduk di kelas Economy, 49 tempat duduk di kelas Business dan 4 tempat duduk di kelas La Première.

Termasuk Kuala Lumpur, Air France kini menawarkan perkhidmatan ke 15 destinasi di lapan negara Asia iaitu, India, China, Jepun, Thailand, Singapura, Korea Selatan, Vietnam dan Malaysia.

Bagi musim panas 2013, lebih 200 penerbangan mingguan akan menghubungkan Eropah ke Asia melalui pusat Paris-Charles de Gaulle dan Amsterdam – Schiphol.

Perjalanan Kuala Lumpur – Paris adalah tambahan kepada 205 penerbangan mingguan yang kini dikendalikan di antara Paris, Amsterdam dan Asia oleh Air France dan KLM, serta melengkapi penerbangan yang ditawarkan di antara Malaysia dan Eropah oleh KLM dari Kuala Lumpur.

Dengan gabungan penerbangan KLM, AIR FRANCE KLM Group menawarkan 17 penerbangan mingguan dari Malaysia ke Eropah, di mana tujuh daripadanya adalah dengan rakan kongsi kod KLM iaitu Malaysia Airlines dari Kuala Lumpur ke Amsterdam.

Leave a Reply

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Exit mobile version