in , ,

Aina Abdul Tiada Niat Untuk Mencarut

Penyanyi, Aina Abdul, tidak berniat untuk mencarut apabila menggunakan kata-kata kesat dalam single terbaru berjudul Ghost, nyanyiannya bersama Spuds.

Aina yang juga penulis lirik lagu terbabit menjelaskan, dia tidak berharap untuk menarik perhatian ramai dari sudut negatif apabila berbuat begitu, sebaliknya menjadikan ia sebagai gambaran kemarahan.

“Saya sedar bukan sahaja di Malaysia, namun masyarakat luar juga sensitif dengan penggunaan perkataan kata-kata kesat itu. Saya pula tidak berniat untuk memberontak atau bersikap kurang sopan, sebaliknya bagi meluahkan rasa amarah dengan situasi yang digambarkan.

“Simbolik penyerahan tubuh dalam lirik lagu itu pula boleh diterjemahkan dalam pelbagai bentuk, seperti seseorang yang sudah melakukan pelbagai pengorbanan, namun tidak dihargai.

“Ia diilhamkan daripada kisah hidup mereka yang berada di sekeliling, sama seperti lagu Sumpah,”

– Aina Abdul

Aina mengharapkan single berbahasa Inggeris yang dirakam pada Januari lalu itu dapat diterima ramai.

Aina Abdul
Aina Abdul

Dalam perkembangan lain, Aina atau nama penuhnya Nurul Aina Abdul Ghani tidak ralat biarpun dilabel sebagai penghibur majlis perkahwinan dan acara pertunjukan fesyen.

Bakat kelahiran program Mentor Legend 2014 itu berkata, tanggapan segelintir pihak terhadap dirinya tidak memberikan impak negatif, sebaliknya membakar semangat beliau untuk memberikan sesuatu yang lebih baik dalam bidang seni.

“Saya tidak kisah apa orang hendak cakap, termasuk sering mengadakan persembahan pada majlis kahwin atau sebagainya. Apa yang penting, tawaran berkenaan menjana pendapatan saya setiap bulan.

“Kalau terlalu mengambil berat soal tanggapan negatif terhadap diri, kita takkan mampu mengembangkan kerjaya.

“Alhamdulillah, saya bersyukur kerana diberikan kepercayaan untuk menghiburkan hadirin pada majlis resepsi dan pertunjukan fesyen. Bagaimanapun, sudah tentulah saya turut mengambil kira pandangan membina diberikan masyarakat,”

– Aina Abdul

Sementara itu, Jumaat ini, dia akan mempertaruhkan lagu Sumpah ciptaannya sendiri pada minggu ketiga separuh akhir Muzik Muzik 34.

Sumber Berita: Berita Harian

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Senarai 30 Lagu Yang Bertanding di Separuh Akhir Muzik Muzik 34

Eyka Farhana Tertekan Dalam Telemovie KERANA di TV2