in ,

Artis Rocketfuel Meriahkan Raya Dalam ‘AIDILFITRI LEMBARAN BARU’

Masya Masyitah, Ara Johari, Ernie Zakri, Syamel, Usop & Ruffedge Bergabung Dalam Single Raya Ciptaan Komposer Legenda S. Atan & Siso Kopratasa

Nama-nama besar industri muzik tanah air, Masya MasyitahAra JohariErnie ZakriSyamelUsop dan Ruffedge bergabung suara dalam single Raya terbaharu ciptaan komposer legenda negara, saudara S. Atan dan Siso Kopratasa berjudul ‘Aidilfitri Lembaran Baru’ yang diterbitkan oleh Rocketfuel Records.

Pasangan suami-isteri selebriti popular negara, Syamel dan Ernie berkata, “Lagu Raya ini mengisahkan tentang suasana persediaan menyambut Aidilfitri yang bakal tiba dalam keadaan norma baharu, namun masih mengekalkan mood keceriaan dengan semangat Beraya yang sama seperti tahun-tahun sebelumnya, dan juga sebagai iktibar tatkala dunia diduga dengan pandemik COVID-19, maka jadikan lah ia sebagai pemangkin semangat untuk mengharunginya dengan membuka lembaran baru dalam kehidupan.”

AIDILFITRI LEMBARAN BARU

Azan daripada kumpulan Ruffedge mengulas, “Alhamdulillah kerana pengalaman dulu banyak mengajar kita bagaimana Beraya dalam fasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), bersyukur lah kerana masih diberikan kesihatan dan mampu beribadah dengan sempurna di bulan Ramadhan yang penuh keberkatan ini.

“Tak banyak persiapan yang dilakukan kami sekumpulan, cuma mengambil kira hal anak-anak yang masih ingin menyambut Aidilfitri dengan meriah, Raya kali ini lebih kepada media sosial berbanding bersosial dari rumah ke rumah.

Aidilfitri pada kali ini juga bakal disambut tanpa kebenaran merentas negeri sekali lagi, dan bagi anak jati Kedah yang merupakan Juara Yippi Star Quest 2020, Masya berkongsi cerita, “Sya sedih sebenarnya tak dapat pulang ke kampung Beraya bersama keluarga, namun begitu hidup perlu diteruskan jua, Sya akan hiaskan rumah dengan lampu-lampu Raya yang merupakan tradisi kami sekeluarga bagi mendapatkan feel Raya tersebut, disamping membeli kuih-kuih Raya yang bakal dihidangkan pada Aidilfitri nanti.”

Cerita Usop pula, “Raya pada tahun ini bakal disambut dalam kesederhanaan dengan persiapan yang biasa-biasa saja, ibu Usop akan memasak juadah kegemaran kami sekeluarga, dan cuma sedikit terkilan kerana tak dapat pulang ke Kedah untuk melawat sanak-saudara di sana.”

Kata pelantun lagu ‘Tetap Aku Cinta’ yang dilancarkan baharu-baharu ini, “Sudah 2 tahun Ara tak Beraya dengan keluarga, demi keselamatan semua Ara sanggup korbankan Raya pada kali ini, tak banyak yang Ara peruntukkan untuk Raya cuma ala kadar saja sebab menyambutnya berseorangan.”

Menurut En. Feros SaynaKetua Label Muzik, Rocketfuel Records, “Dalam keadaan negara yang masih lagi berdepan dengan pandemik COVID-19, kita jangan terus bersedih  apabila terpaksa menyambut Hari Raya dengan penuh kesuraman sekali lagi, saya menaruh kepercayaan yang tinggi dengan komposer hebat S. Atan dan Siso Kopratasa untuk menaikkan kembali semangat masyarakat menerusi lagu Aidilfitri Lembaran Baru ini.”

Ernie berharap, “Saya mewakili suami serta artis-artis Rocketfuel yang terlibat, semoga semua pendengar akan terhibur dan bergembira dengan lagu Aidilfitri Lembaran Baru kerana lagu ini mempunyai melodi seperti lagu-lagu Raya lama yang nostalgik dan mengimbau kenangan dulu serta kedengaran evergreen.”

Lagu ‘Aidilfitri Lembaran Baru’ boleh dimuat turun di iTunes Store dan dijadikan sebagai nada dering panggilan menerusi semua syarikat telekomunikasi tempatan serta boleh didengar dan nikmati pada bila-bila masa melalui penstriman atas talian seperti Apple Music, Spotify, Joox, YouTube Music, KKBox dan Deezer, manakala lirik video single ini pula boleh ditonton secara eksklusif di saluran YouTube Rocketfuel Network.

AIDILFITRI LEMBARAN BARU

Tajuk               : Aidilfitri Lembaran Baru

Artis                : Masya Masyitah, Ara Johari, Ernie Zakri, Syamel, Usop & Ruffedge

Lirik                 : S. Atan

Komposer       : Siso Kopratasa

Riangnya dalam hati 
Lebaran dah menjelma
Setahun kita nanti
Dengan tabah dan sabar

Walau hidup berbeza tidak seperti dulu
Hari Raya mulia ditunggu tua dan muda
Pakaian serba baru walau cuma sederhana

Tidak kira siang 
Tidak kira malam
Mencari rezeki Aidilfitri
Sebagai bekalan
Untuk bawa pulang
Demi ayah, ibu, anak, isteri

Dulu gagah di langit 
Kini rebah ke bumi
Walau terasa sakit 
Masih mampu berdiri

Ibu ayah menanti

Jauh di desa permai 
Dengan terbuka hati menyambut kepulanganmu
Engkau tetap dihati disayang serta dirindu

Di hari mulia 
Aidilfitri ini
Bukalah lembaran 
Serba baru
Hiduplah bersama 
Yang lebih bererti
Semoga sempurna segalanya…

AIDILFITRI LEMBARAN BARU

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

18 PUASA Catat Kutipan Rm3 Juta, Filem Paling Laris Tahun 2021 di Astro First

Siti Nurhaliza Perkenal Wajah Anak Kedua, Ada Sebab Pilih Nama Muhammad Afwa