in

AidilAdha Jihad Terindah di TV Alhijrah

Hari Raya Aidiladha mempunyai makna yang cukup besar kepada seluruh umat Islam di dunia. Selain turut dikenali sebagai hari raya haji, Aidiladha turut membawa erti perjalanan kerohanian seorang hamba menuju Tuhannya yang menjanjikan sejuta kemanisan, dan ganjaran terhebat.

Interaktif Haji

Aidiladha, Jihad Terindah, adalah ‘tagline’ yang dipilih TV AlHijrah kali ini bagi merayakan sambutan Aidiladha. Kempen ini akan bermula pada 1 Ogos 2018 hingga 22 Ogos 2018.

Aidiladha, Jihad Terindahdigunapakai sebagai asas penyiaran dan penerbitan kesemua rancangan istimewa Aidiladha TV AlHijrah. Ini bermaksud, rancangan-rancangan ini memaparkan kesungguhan, ketaatan, kesederhanaan dan kesyukuran hamba yang menagih kasih sayang dan keberkatan Ilahi dalam perjalanan menjadi Duyufurrahman

Antara rancangan-rancangan yang akan disajikan buat semua adalah Labbaikallah, Ustaz Pilot Haji, Interaktif Haji (Musim 2), Dokumentari Ethiopia, Singgahan Abdi, Salam Bumi Ambia dan The Greatest Journey Of A Lifetime.

lLabbaikallah

LABBAIKALLAH

Mulai 1 Ogos 2018 | Setiap Isnin-Jumaat/ 9malam

Labbaikallah adalah sebuah program perdana TV AlHijrah yang disiarkan secara langsung. Program Labbaikallah memberikan perkembangan terkini pelaksanaan ibadah Haji 1439H serta pelbagai tips dan panduan untuk Duyufurrahman serta ilmu buat semua penonton.

Topik-topik perbincangan adalah seperti Tandus, Kasihnya Ibu, Aku Bertaubat, Sesungguhnya itu Niatku, Tiada Alasan dan banyak lagi. Ustaz Dato’. Dr Izhar Ariff dan Ustazah Hafizah Musa yang bertindak sebagai hos akan ditemani barisan panel jemputan seperti Ustazah Isfadiah, Ustaz Syed Norhisyam Tuan Padang,Syamsul Ghau-Ghau, Ustazah Asni dan ramai lagi.

Hos :
Ustaz Dato’. Dr Izhar Ariff
Ustazah Hafizah Musa

USTAZ PILOT HAJI

Mulai 4 Ogos 2018| Sabtu & Ahad/ 7.30 malam

Sebuah program bual bicara yang memaparkan Ustaz Luqmanul Hakim sebagai pakar rujuk haji. Ustaz Pilot Haji akan membawa penonton menyoroti kembali sejarah pensyariatan Ibadah Haji serta rukun pelaksanaannya. Penonton akan dibimbing agar dapat melaksanakan ibadah haji dengan sempurna kelak.

Hos :
Ustaz Luqmanul Hakim Hanafi

INTERAKTIF HAJI

Mulai 7 Ogos 2018| Setiap Selasa-Jumaat 6.30 petang

Interaktif Haji adalah sebuah program yang memberi peluang kepada penonton untuk berkomunikasi, berbincang dan bertanyakan soalan kepada panel yang arif tentang permasalahan Ibadah haji. Antara topik yang akan disentuh adalah seperti Mabrur Haji, Selfie Haji, Haji tapi Haram, Jihad Terindah dan banyak lagi.

Soalan-soalan boleh dilontarkan menerusi panggilan telefon, saluran media sosial ‘Facebook’, Instagram dan laman sesawang Interaktif Haji

Hos :
Ustaz Shahrizan Daud At-Turabi

DOKUMENTARI ETHIOPIA

Disiarkan 22 Ogos 2018 | Rabu | 9.30 malam

TV AlHijrah dengan kerjasama Ethiopian Airlines menerbitkan sebuah dokumentari yang membongkar 1001 kisah kehidupan di sebuah negara yang dikenali sebagai Ethiopia.

Jika kebiasaannya umum mengenali Ethiopia sebagai sebuah negara miskin, dokumentari ini akan menyiarkan sisi berbeza keindahan sebuah tamadun lama yang menyimpan sejarah dan peradaban tersendiri.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gal Gadot To Voice New Character Shank In RALPH BREAKS THE INTERNET

GSC Launches Inaugural Vietnamese Film Festival