in ,

Agong Mula Dedah Kronologi pelantikan PM ke-8

Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menegaskan bahawa baginda telah meminta Tun Dr Mahathir Mohamad agar tidak meletak jawatan Perdana Menteri pada Febuari lalu.

Perkara tersebut dititah menerusi Titah Diraja Istiadat Pembukaan Penggal Parlimen sempena Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga, Parlimen Ke-14 hari ini. Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menegaskan bahawa baginda telah meminta Tun Dr Mahathir Mohamad agar tidak meletak jawatan Perdana Menteri pada Febuari lalu.

Perkara tersebut dititah menerusi Titah Diraja Istiadat Pembukaan Penggal Parlimen sempena Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga, Parlimen Ke-14 hari ini.

perdana menteri

Pada 24 Feb 2020 yang lalu, naratif landskap politik negara telah sekali lagi digegarkan menerusi peletakan jawatan perdana menteri Malaysia yang ke 7. Sekitar jam 5 petang pada hari yang sama, beta telah terima perkenan menerima mengadap YAB Tun Dr Mahathir Mohamad.

Minta Tun M Tak Letak Jawatan

Dalam pertemuan tersebut, beta telah meminta YAB Tun Dr Mahathir Mohamad supaya tidak meletak jawatan, namun beliau tetap dengan keputusannya. Beta dengan hati yang sedih, terpaksa akur dan menghormati keputusan beliau.

Oleh yang demikian, beta bertanggungjawab untuk melantik seorang perdana menteri yang baru sepertimana yang dikehendaki oleh perlembagaan persekutuan.

Perkara 43 yang memberi kuasa budi bicara kepada beta untuk melantik seorang ahli dewan rakyat yang pada hemat beta mendapat kepercayaan majoriti ahli-ahli dewan rakyat.

Baginda seterusnya melakukan pertemuan dengan ahli dewan rakyat pada 25 dan 26 Februari bagi menilai sokongan mereka sebelum menitahkan semua parti politik mencalonkan nama seorang ahli dewan rakyat sebagai bakal Perdana Menteri.

Atas permintaan beberapa parti politik beta telah berkenan pula untuk melanjutkan tempoh masa bagi parti-parti politik… mengemukakan calonan mereka agar masa yang cukup diberikan dalam masa merkea membuat perhitungan secara demokrasi sudah tentu setiap pertandingan pasti akan ada penamatnya.

Kemelut politik negara tidak boleh dibiarkan berlarutan dan berpanjangan dengan tanpa ada penghujungnya. Lantaran itu, setelah melalui semua proses tersebut dan selaras dengan perlembagaan persekutuan… beta telah mendapati YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mendapat kepercayaan majoriti ahli-ahli dewan rakyat. Dan demikian selayaknya dilantik sebagai perdana menteri ke lapan.

114 MP duduk di barisan kerajaan, Mahathir di blok pembangkang

Sidang Dewan Rakyat hari ini menyaksikan seramai 114 ahli parlimen duduk di blok kerajaan sekali gus memberi gambaran bahawa Perdana Menteri Muhyiddin Yassin mempunyai sokongan majoriti di Dewan Rakyat.

Mengikut cadangan tempat duduk Dewan Rakyat yang dikeluarkan hari ini menunjukkan bahawa seramai 114 ahli parlimen duduk di blok kerajaan.

Seramai 107 ahli parlimen termasuk bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad duduk di blok pembangkang.

Bekas Menteri Kerja Raya Baru Bian juga duduk di blok pembangkang sebagai ahli parlimen Bebas.

Sidang Dewan Rakyat hanya diadakan untuk satu hari akan menyaksikan majlis pembukaan mesyuarat pertama penggal ketiga parlimen ke-14 itu hanya berlangsung seketika.

Daripada sehari, ia dipendekkan untuk mendengar titah diraja Yang di-Pertuan Agong, Sultan Abdullah Ahmad Shah sahaja.

Sidang hari ini menarik perhatian ramai kerana ini merupakan yang pertama sejak Langkah Sheraton berlangsung dan menyaksikan kemunculan Perikatan Nasional – sebuah gabungan tidak berdaftar – menggantikan Pakatan Harapan sebagai kerajaan.

Sidang pertama ini sepatutnya diadakan antara 9 Mac hingga 16 April lalu tetapi ditangguhkan kerana negara berdepan ancaman wabak Covid-19.

Sementara itu, Mahathir yang juga ahli parlimen Langkawi dilihat berada dalam blok pembangkang.

Difahamkam sebanyak lima ahli parlimen Bersatu termasuk Mahathir memilih untuk berada di blok pembangkang walaupun Bersatu menjadi tulang belakang kerajaan Perikatan Nasional.

Di blok pembangkang, ahli parlimen Port Dickson Anwar Ibrahim dipilih sebagai ketua pembangkang.

Beliau duduk di barisan depan, diikuti ahli parlimen Kota Raja Mohamad Sabu, ahli parlimen Bagan Lim Guan Eng, Dr Wan Azizah Wan Ismail dari parlimen Pandan, Lim Kit Siang, wakil rakyat Iskandar Puteri, Muhamad Yusof Rawa dari Parit Buntar dan Mahathir.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Galaxy Note 20 Series Dijangka Hadir Dengan 16GB RAM

Hafiz Hamidon Bengang Fotonya Disalah Guna oleh Scammer IQ Forex 2020