in ,

Afgan Rancang Berkahwin Dalam Masa Terdekat

Baguslah Afgan. Hidup solo lama-lama buat apa kan? Kahwin muda la lagi best. Jangan jadi bujang terlajak pulak, iya kan? 

Dalam diam-diam, rupanya penyanyi popular Indonesia, Afgan, 29, sedang merancang untuk berkahwin dalam dalam masa terdekat setelah segala urusan penting dapat diselesaikan. Wah, tetiber je ni nak kahwin. Siapalah wanita yang bertuah tu ya? Mesti cantik lawa orangnya. Budiey tak sabar nak tengok wajah wanita idaman Afgan… yang pasti cinta Afgan bukan cinta biasa.

Afgan Konsert Dekade Press Conference

Jangan pulak berita ini jadi bahan gimik sudah la ya. Tahun depan boleh la tengok baby Afgan… kalau ada rezeki la ya. Semua tu ketentuan, iya kan?

Menurut Afgan, sebelum ini dia merancang untuk berkahwin pada umur 27 tetapi hasrat itu masih tidak dapat dilaksanakan.

“Saya merancang untuk berkahwin secepat yang mungkin setelah semua urusan penting dapat diselesaikan.

“Secara jujurnya, dahulu saya merancang untuk berkahwin pada umur 27, sekarang umur saya 29, sudah terlajak!”

Afgan berkata demikian ketika ditemui di Sidang Media Konsert Dekade bertempat di Shangri-La Hotel, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Konsert ini akan berlangsung pada Sabtu, 3 November bertempat di Plenary Hall, Kuala Lumpur Convention Centre.

Bagi anda yang tidak mahu melepaskan peluang menyaksikan konsert ini, harga tiket dijual pada harga RM 588 (pakej gold) dan RM 888 (pakej platinum).

Pembelian tiket boleh dibuat menerusi laman web ticketcharge.com.my atau menerusi talian 03-9222 8811.

Leave a Reply

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Natasha Hudson Bercerai dengan Carleed Khaza

Kapsyen IG Isteri Aliff Syukri Pula Dikecam Netizen