in , ,

Affan Pertaruh Single NIAT Nafi Keluar Kumpulan Akhdan

Tak salah untuk mencuba sesuatu yang baru. Sekadar mencuba nasib dan mahu menerokai perjalanan yang mencabar, pemuda yang menggelarkan dirinya Affan ini telah melancar projek solo menerusi lagu NIAT. Adakah lagu ini mampu menaikkan nama beliau? Anda yang tentukan.

Biarpun harus bersaing dengan wajah-wajah baharu yang memilih aliran muzik jalur balada 1990-an yang menjadi trend dalam pasaran semasa, tidak mematahkan semangat anak muda kelahiran Negeri Sembilan ini, Muhammad Affan Bin Mazlan atau lebih mesra disapa dengan panggilan Affan melancarkan debut singlenya sejak beberapa hari yang lalu. 

Affan, 19 tahun merupakan pelajar universiti di salah sebuah Institusi Pengajian Tinggi di Shah Alam. Kelahiran single pertamanya yang berjudul Niat adalah hasil usaha beliau sendiri dengan dibantu oleh pembimbing beliau sendiri. 

Affan Pertaruh Single NIAT Nafi Keluar Kumpulan Akhdan

Meskipun masih hijau dalam lapangan seni suara, itu tidak menghalang hasratnya untuk mencuba menggarap hasil karya pertamanya sebagai halwa telinga pencinta muzik tanah air.

Video Lirik Lagu NIAT – AFFAN

Lagu Niat yang mempertaruhkan muzik yang bergenre pop menceritakan tentang seorang individu yang menemui cinta baharu dalam hidupnya. Bait-bait lirik yang seakan-akan luahan hati buat pasangan baru, menjadi pilihan affan untuk menarik  minat para pendengar.

“Tidak mudah untuk membuat sesuatu lagu itu menjadi siulan orang ramai,”

– Affan

Namun, beliau tegas bahawa perkara tersebut harus diambil sebagai suatu cabaran dan bukannya halangan. Affan mengharapkan yang terbaik supaya lagunya diterima oleh masyarakat.

Affan Akhdan

Nafi Tinggalkan Kumpulan Akhdan

Ditanya adakah Affan mengikut jejak langkah tajul yang sebelumnya meninggalkan Akhdan, beliau menafikan kenyataan itu dan mengaku masih aktif bersama kumpulan tersebut (Akhdan) dan kini dalam proses untuk menghasilkan single kedua mereka secara Duo tidak lama lagi. 

Sebagai seorang penuntut universiti di Shah Alam juga, Affan akui tidak mudah untuk memberikan komitmen namun beliau berkata bahawa pengorbanan itu perlu bagi mencapai kejayaan.

Apabila ditanya mengenai rakan seperjuangan lamanya, Tajul, Affan berkata bahawa dia masih berkawan dan masih berhubung dengan rakannya itu.

Affan Akhdan
Affan Akhdan
Affan Akhdan

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

HONOR 8X Phantom Blue Revealed By Zizan Razak As Ambassador

Persembahan Misha Omar SAMPAI BILA di AJL33 Trending di Youtube