in , , ,

Adrian Teh & Syamsul Yusof Bakal Bekerjasama Hasilkan Filem Aksi

Selepas menjayakan filem “Wira” dan “Pasal Kau!”, kini penerbit dan pengarah Adrian Teh mengumumkan kerjasama dengan pelakon dan pengarah Syamsul Yusof bagi sebuah projek filem terbaru.

Berita gembira itu telah dikongsi menerusi laman Instagram milik Adrian, syarikat produksinya, Act 2 Pictures Sdn Bhd serta laman Instagram milik Syamsul Yusof. 

Seperti yang dinyatakan, projek itu merupakan sebuah filem aksi dan kali ini Adrian memilih Syamsul sebagai peneraju utama.

Adrian Teh &Amp; Syamsul Yusof Bakal Bekerjasama Hasilkan Filem Aksi

Tidak dinafikan bahawa genre aksi adalah kepakaran dua pengarah tersohor ini dan peminat mula menjangkakan ia bakal menjadi sebuah filem hebat. 

Walau bagaimanapun, buat masa ini butiran lanjut mengenai filem itu masih belum didedahkan, termasuk judulnya memandangkan ia masih dalam fasa pra-produksi. 

Dalam perkembangan lain, Adrian kini menjadi penolong pengarah kepada pelakon Hairul Azreen yang buat kali pertamanya duduk di bangku pengarah bagi filem seram “Ada Hantu”. 

Semoga sukses!

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Shima Anuar | 17

Shima Anuar Positif Covid-19, Sahkan Tiada Kontak Rapat Dengan Pesakit

Azmi Saat | 18

Lagu TULUS Pamer Transisi Berbeza Azmi Saat, Luahan Cinta Buat Isteri Tercinta