in ,

LoveLove CuteCute

Adibah Noor dalam Kempen MAINKAN PERANAN ANDA

Siapa yang tidak kenal dengan Adibah Noor, seorang selebriti yang serba boleh. Selain bakatnya menyerlah dalam bidang nyanyian, beliau juga boleh berlakon dan menjadi pengacara dengan baik. Fakta ini tidak dapat disangkalkan lagi.

Adibah Noor

Sudah lama Budiey tidak dengar berita tentang Adibah Noor. Walaupun tidak sentiasa keluar di acara keramaian, bakatnya tetap relevan, Selain menjadi pengacara Festival Filem Malaysia tahun ini bersama Nabil Ahmad, Budiey juga dapat tahu Adibah Noor terlibat dengan kempen MAINKAN PERANAN ANDA! Wah! Bagus tu! Sekurang-kurangnya ada artis seperti Adibah Noor ni. Betul tak?

PIAM

Wah! Dalam diam-diam, Adibah Noor masih lagi aktif di sana-sini. Mungkin berita penglibatan beliau ini tidak diwar-warkan dalam berita media semasa. Jadi, di entri ini, Budiey nak ceritakan tentang Adibah Noor yang mana beliau teruja apabila terlibat secara langsung dalam kempen ini.

Untuk info pembaca, kempen MAINKAN PERANAN ANDA ini adalah salah satu kempen keselamatan jalan raya yang dicanangkan oleh Persatuan Insurans Am Malaysia (PIAM) dan Malaysian Takaful Association (MTA).

Yelah, kalau kita tengok kes kemalangan jalan raya semakin parah walaupun pelbagai kempen dilaksanakan untuk memberi kesedaran kepada orang ramai.

Bagi memeriahkan kempen ini, Adibah Noor telah tampil dalam sebuah video keselamatan jalan raya. Selain Adibah Noor, Menteri Pengangkutan, YB Anthony Loke turut buat penampilan khas yang membawa watak sebagai pengarah. Selain itu, timbalannya, Dato’ Kamarudin Jaafar, pula “memainkan peranan” sebagai penolong pengarah.

PIAM

Tujuannya adalah untuk berkongsi mesej mengenai keselamatan jalan raya dengan cara yang menyeronokkan. Memang seronok tengok gelagat Adibah Noor dan pelakon dalam video ini. Budiey duk ulang tonton banyak kali pun tak bosan sebab ia sangat fun dan menghiburkan!

Tak percaya, korang boleh tonton ni sekarang!

Video embed: Malaysia Road Safety MTV: https://youtu.be/QKa4TtnRUV8

Pertama kali menonton video ini, Budiey suka dengan lirik lagu yang ditulis oleh Mo Nazmi yang sangat catchy dengan mesej yang jelas disampaikan. Sekali dengar macam teater muzikal pun ada. 

Secara kesimpulannya, mesej yang disampaikan menerusi video ini sebenarnya ringkas dan mudah difahami. Antaranya:

  • Jangan menggunakan telefon bimbit sewaktu memandu,
  • Sentiasa pakai topi keledar 
  • Naik motor tu janganlah sampai 3, 4 orang
  • Kalau ada anak kecil, gunalah child seat
  • Pemakaian tali pinggang keledar adalah wajib termasuk penumpang di belakang
  • Jangan menunggang motosikal secara melulu dan berbahaya
  • Jangan double park dan meletakkan kenderaan merata tempat termasuk menghalang laluan kecemasan 

Video ini menyerlahkan tabiat buruk yang biasa yang menyumbang kepada kematian jalan raya Malaysia yang tinggi. Dalam pada itu, ia juga memberi peringatan mengenai apa yang TIDAK lakukan.

Budiey kira dengan adanya musikal yang menampilkan Adibah Noor ini akan memberikan impak yang lebih kepada masyarakat. Lakonan Adibah Noor juga semakin lama semakin berkesan. Syabas buat Adibah Noor. 

What do you think?

74 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Maya Karin, Andi Bernadee & Fara Fuazana Sertai Program Amal YOKUK20 Karnival 2019

Rainforest Fringe Festival 2019 Launched In Full Spectacle