in , ,

Adaptasi Novel ALERGI MAMAT ROMANTIK Lakonan Zara Zya & Fadlan Hazim

Sedang bersiaran menemui penonton Radio Televisyen Malaysia (RTM) setiap hari, pukul 10.00 malam di TV Okey, drama adaptasi novel “Alergi Mamat Romantik” karya Ezza Mysara menemukan buat pertama kalinya gandingan utama Fadlan Hazim dan Zara Zya.

Drama kekeluargaan 20 episod menarik ini yang diarahkan oleh Harris Fadzillah ini menemui penonton sejak 24 Mei lalu. Plot ceritanya disampaikan menerusi barisan watak utama  Zara Zya sebagai Nurul Kaisara, dan Fadlan Hazim (Arjuna), selain turut dibantu oleh Aprena Manrose (Alana), Syazwan Zulkifly (Bakhtiar), Jasper Supayah (Miasara), Sazrin Aizul (Razi) dan Zulkifli Ismail (Dato’ Bakar).

Ikuti perjalanan kisah hidup watak utamanya bernama Nurul Kaisara merupakan seorang penulis novel yang alergi dengan lelaki romantik. Kaisara merahsiakan identiti dirinya sebagai penulis novel. 

Adaptasi Novel Alergi Mamat Romantik Dalam Diam Zara Zya & Fadlan Hazim?

Sementara itu kerana diugut oleh Arjuna peguam baru ditempat kerjanya, Kaisara terpaksa mengajar Arjuna untuk jadi lelaki romantik macam hero-hero novelnya kerana kononnya Arjuna nak jadi romantik untuk kekasihnya yang sedang belajar di luar negara. 

Sambil belajar menjadi romantik, Arjuna cuba pula untuk memikat Kaisara yang disukainya dalam diam. Kaisara cuba menidakkan rasa yang mula muncul dalam hatinya. Pelbagai kejadian berlaku antara keduanya yang tidak pernah terduga. 

Adaptasi Novel Alergi Mamat Romantik Dalam Diam Zara Zya & Fadlan Hazim?

Jodoh rahsia Allah. Akhirnya Kaisara dan Arjuna ditakdirkan berkahwin namun ujian datang melanda dalam alam perkahwinan mereka. Tanpa kurniaan seorang anak, Kaisara merasakan dirinya kekurangan sehingga menyuruh suami berkahwin lain.

Adakah Arjuna sanggup menduakan isterinya? Kaisara pula ikhlaskah dirinya mahu dimadukan? Ikuti kesudahannya dalam drama bersiri ini. 

Bagi mereka yang tidak sempat untuk menonton di TV, mereka berpeluang menontonnya menerusi portal online, Myklik (myklik.rtm.gov.my). Rancangan ini juga dapat ditonton melalui rtm mobile. Muat turun aplikasinya di Google Play dan App Store.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Syafiq Kyle & Mimi Lana Putus Cinta

Seperti Individu Berbeza, Influencer Ini Dedah Rupa Sebenar Tanpa Suntingan