in , ,

Adam Malek Muncul Dengan LARA Lagu Tentang Depresi & Kemurungan

Valient Music mengumumkan artis terbaru mereka Adam Malek dan melancar single terbaru beliau LARA hari ini. Siapa dia gerangan Adam Malek. Jom kenal-kenal!

Adam Malek (nama sebenar Adam Malek bin Shamsuddin) ialah penyanyi yang terkenal dengan kumpulan vokal “Novemboys” yang bertanding di pertandingan nyanyian “Pop Krew” di TV9. Adam beserta ahli Novemboys yang lain (Haqiem Rusli, Danial dan Wan) muncul juara pada tahun 2014. Adam meneruskan perjalanan musiknya dengan menyertai Mentor Milennia 2017 tetapi tidak berjaya dipilih menjadi protégé Tomok.

Adam Malek

Bakat nyanyian Adam Malek menarik perhatian Valient Music pada akhir tahun 2019 dan sebaik menandatangani perjanjian mereka langsung ke studio untuk merakam lagu LARA, sebuah lagu dari komposer terkenal Natasha Annes yang pernah menjuarai Anugerah Juara Lagu ke-31 dengan lagu “Lelaki Teragung”.

Bersama dengan produser Reza Ramsey (Bajai), kekuatan vokal Adam Malek terus digilap dengan bantuan Archie Nasution sepanjang rakaman.

LARA ialah sebuah lagu yang mengisahkan tentang kemurungan dan depresi. Menurut wakil dari Valient Music, “Lara” telah dicuba rakam oleh tiga penyanyi lain sebelum ini tetapi semuanya seperti “tidak kena” sehinggalah Adam Malek menyanyikannya.

Berhadapan dengan kerjaya music yang semakin mencarab dan terumbang ambing, anak kelahiran Kuala Lumpur ini mengaku dirinya juga dalam keadaan yang “Lara” sebelum dilamar oleh Valient Music.

“Untuk ‘Lara’ saya bagi 100% keupayaan saya, untuk buktikan pada semua yang saya pun ada ‘suara’ untuk menyanyi di dunia ini,”

– Adam Malek

Pengarah video muzik terkenal, Khairul Hazwan (KH) disunting untuk mengarah muzik video “Lara”. KH mengaku terkesan dengan mesej lagu tersebut dan cuba untuk mengupas isi lagu tersebut secara visual sebaik mungkin.

Konsep hitam-putih dan dugaan hidup dunia menjadi tema dalam muzik video tersebut. Tonton video muzik “Lara” di YouTube sekarang: https://youtu.be/K0rYWp7z9j0

“Lara” diterbitkan oleh Valient Music dengan kerjasama Universal Music Malaysia selaku pengedar. Single ini boleh didapati di kesemua pelantar digital seperti Spotify, Apple Music, KKBox, Deezer, Joox, iTunes, YouTube dan juga YouTube Music di pautan ini: https://UMM.lnk.to/AdamLaraMB

Adam Malek
https://flic.kr/p/2iFeSUy
Adam Malek

Pushing Through The Crowd with Meaningful Song

Valient Music Sdn Bhd announced the signing of Adam Malek and the release of his first single “Lara”. Adam Malek (real name Adam Malek bin Shamsuddin) is a reality TV show star that shot into fame when him and his boyband “Novemboys” won “Pop Krew” – a boyband he shares together with pop idol Haqiem Rusli, Danial and Wan. “Pop Krew” is a singing contest for teenagers with the skills to dance and sing. He would later compete in Mentor Millennia in 2017, but failed to make the finals as Tomok’s protégé.

His singing and songwriting prowess caught the attention of Valient Music in late 2019 and upon signing, they immediately switched to third gear with the recording of “Lara”, a song written by the famed Natasha Annes (who won AJL31 with the megahit “Lelaki Teragung”), produced by Reza Ramsey. For “Lara”, Adam Malek’s vocal strength is further polished with the help of Archie Nasution.

“Lara” is a song chronicling depression and loneliness. According to Valient Music representative, the song was demo-ed by 3 other famous singers but none seems to be able to capture the essence of the song. The song found a home in Adam Malek, who managed to pull it off within a few takes.

“I gave everything I had to this song, it’s personal to me, all of my struggles, all of my pain as a singer is summed up in this song” claimed Adam Malek when asked. The KL-born singer admitted that he felt like his career was about to end but as luck had it, he was approached by Valient Music and taken under their wing.

Valient Music roped in director Khairul Hazwan (KH) to direct “Lara” music video. Using a black-and- white tone, the video captures the essence of his episodes of depression and loneliness as described by Adam Malek himself. KH hopes the public would pay attention to the message that the music video is trying to convey and quickly seek help should they suffer from the said conditions. Watch “Lara”music video on YouTube now: https://youtu.be/K0rYWp7z9j0

“Lara” is produced by Valient Music in collaboration with Universal Music Malaysia as a distributor. This single is available on all digital platforms such as Spotify, Apple Music, KKBox, Deezer, Joox, iTunes, YouTube and YouTube Music at this link: https://UMM.lnk.to/AdamLaraMB

LARA

ADAM MALEK

Composer Lyrics Produced by

Verse

Natasyah
Natasyah
Reza Ramsey

Lelah hatiku Lelah

Menahan peritnya sakit ini

Aku Lelah

Sepi kini ku sepi
Sendiri dalam gelapnya malam

Aku Sepi

Pre-Chorus

Tiada yang mengerti Kurasa ini hampa

Chorus

Biarlah kusimpan
Air mata ini sendiri
Sampai mati
Akan kusimpan laraku sendiri

Biar semua mengerti aku

Bahagia

Post-Chorus

Lelah hatiku Lara

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Zamarul Hisyam | 14

Pengorbanan Pesakit Kanser Dalam Telemovie CINTA DISERTASI Arahan Heykal Hanifah

Tom Hanks 2020 | 15

Jenazah Mangsa Covid-19 Selamat Dikebumikan, Malaysia Catat 2 Kematian Setakat Ini