in

Adakah Tempoh PKP Bakal Disambung? Ketahui Jam 4 Petang 10 April

Berikutan wabak COVID-19, status tempoh Penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan PKP dijangka bakal diketahui jam 4 petang hari ini.

Menerusi sidang media yang diadakan pada malam semalam, Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata Perdana Menteri Malaysia, YAB Tan Sri Muhyiddin Yasin dijangka membuat pengumuman rasmi hari ini berikutan langkah yang bakal diambil kerajaan bagi membendung penularan COVID-19. 

Terdahulu, fasa pertama PKP dilaksanakan pada 18-31 Mac manakala fasa kedua dilaksanakan pada 1-14 April. 

Dalam perkembangan lain, beberapa kes yang melibatkan COVID-19 semakin menunjukkan prestasi yang memberangsangkan apabila seramai 121 pesakit disahkan pulih iaitu melebihi jumlah kes positif 109 direkodkan menjadikan keseluruhan kes positif ialah 4,228 kes, dengan 67 kematian.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Omar | 21

Kolaborasi Pertama Kali Fariz Jabba & omarKENOBI Untuk KALAH

Spencer Lee Airasia | 22

Santan Lancar e-bazar Ramadan untuk Bantu Usahawan di Lembah Klang