in ,

Adakah Shopee Bakal Perkenalkan Perkhidmatan Makanan ShopeeFood?

Shopee adalah sebuah syarikat e-dagang yang amat popular di rantau Asia Tenggara, di mana pelbagai jenis produk boleh dibeli daripada laman web tersebut.

Kini sebuah iklan dari Indonesia mungkin menunjukkan bahawa Shopee akan meluaskan perkhidmatannya dengan menawarkan penghantaran makanan bernama ShopeeFood.

Adakah Shopee Bakal Perkenalkan Perkhidmatan Makanan ShopeeFood?

Setakat ini masih tiada sebarang maklumat rasmi tentang perkhidmatan tersebut, namun sebuah iklan yang tertiris di Indonesia telah menimbulkan tanda tanya jika ia adalah sesuatu yang akan dilancar kelak.

Iklan tersebut memaparkan animasi dan grafik makanan Indonesia yang konsisten dengan penjenamaan Shopee jadi ia mungkin adalah benar.

Jika Shopee akan melancarkan perkhidmatan ini di Indonesia, ia akan bersaing dengan GoFood oleh Gojek dan pelbagai aplikasi lain yang ternama di negara itu. Setakat ini masih tiada khabar tentang pengenalannya di Malaysia.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Siti Saleha Menang Asian Model Sempena Penganjuran Asia Model Festival 2020

ALYPH Lancar Single ADAKAH KAU MENDENGAR?, Sebuah Lagu Tentang Kehidupan