in ,

Ada Sebab Shaheizy Sam Tidak Ikut Syatilla Ke London

ANAK dan isteri bercuti ke luar negara… Tapi mana ayahnya? Inilah soalan yang sedang berputar di dalam kepala netizen sekarang ni kan.

Pelakon tinggi lampai, Syatilla Melvin kini sedang bercuti ke kota London bersama dengan keluarganya tanpa suami tercinta, Shaheizy Sam di sisinya.

sam-muflis-1

Jangan cepat sangat buat andaian konon Sam telah disenarai hitam daripada ke luar negara. Hakikatnya Sam kini sedang mempersiapkan dirinya bagi pengambaraan filem Polis Evo 2 tidak lama lagi.

Konon berita Sam telah muflis membuatkan dia tidak dapat mengikuti keluarganya bercuti ke luar negara. Alahai Joyah betul korang ni kan.

“Saya tidak dapat mengikuti percutian mereka kerana bakal menjalani penggambaran filem Polis Evo 2 tidak lama lagi. Saya dijangka mula masuk ke set penggambaran pada 14 Oktober ini, jadi saya harus mempersiapkan diri.”

Sebelum ni, Sam juga tidak mengikuti Tilla dan keluarga mereka bercuti ke Vietnam. Mungkin sebab kali ini mereka ke London pun Sam tak ikut, sebab tu banyak yang ‘prihatin’ nak tahu kenapa sekali lagi Sam tak ikut.

Mei lalu, industri hiburan dihangatkan apabila Sam dikatakan telah menerima notis muflis apabila namanya telah dikeluarkan oleh pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Sam atau nama sebenarnya, Shaheizy Sam Abd Samad telah menegaskan bahawa perkara ini tidak ada kena megena dengan isu LHDN yang telah melandanya sebelum ini.

Malah, dia juga tidak mahu mengulas lebih lanjut mengena isu itu kerana peguamnya sedang menguruskan hal tersebut

Semoga semuanya dipermudahkan dan pada ‘mulut joyah’ semua, jangan asyik suka nak hentam orang je. Siasat dulu ya, jangan main tuduh sahaja.- Harian Metro

sam-muflis-2

sam-muflis-3

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Senarai Penuh Pencalonan Anugerah MTV EMA 2017

Datuk Wira Maznah Hamid Iron Lady Meninggal Dunia