in , ,

Ada Sebab Remy Ishak Umum Tarik Diri Dari ABPBH 34

Selepas Zul Ariffin mengumumkan penarikan dirinya dari pencalonan Anugerah Bintang Paling Popular Berita Harian (ABPBH), kini giliran Remy Ishak pula memutuskan perkara yang sama. Ha, apa dah jadi ni? Ramai yang tarik diri.

Sebelum ini kita dimaklumkan tentang penarikan diri pelakon popular Zul Ariffin untuk menyertai Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) ke-34. Nampaknya apa yang dilakukan Zul ini turut diikuti pelakon Remy Ishak atas sebab-sebab tertentu.

Remy Ishak atau nama sebenarnya Mohammad Zalimei Ishak mengumumkan perkara itu melalui Instagram Story miliknya.

Ada Sebab Remy Ishak Umum Tarik Diri Dari ABPBH 34

Remy, 39 tahun yang baru sahaja mendirikan rumah tangga turut telah memaklumkan penarikan dirinya itu kepada pihak Berita Harian. Dia tidak mahu dicalonkan dalam apa jua kategori yang dipertandingkan dan ingin memberi peluang kepada anak seni yang lebih layak.

“Saya telah maklumkan kepada pihak penganjur untuk tidak mencalonkan dalam mana-mana kategori ABPBH34. Memandangkan tahun lalu produk filem atau drama yang saya lakonkan kurang, saya berpendapat peluang ini harus diberikan kepada mereka yang lebih layak untuk bertanding,”

– Remy Ishak
Ada Sebab Remy Ishak Umum Tarik Diri Dari ABPBH 34

Remy yang sebelum ini telah memenangi kategori Pelakon TV Lelaki Popular sejak ABPBH ke-23 hingga tahun lalu turut mengucapkan terima kasih kepada penganjur dan peminat yang sentiasa menyokongnya.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Zizi Kirana Malu-Malu Kongsi Pengalaman Jadi Isteri Kepada Yusuf Bahrin

Andi Bernadee Perjelas RM70k Duit Bayaran PERISIK CINTA TAK DIUNDANG