in ,

Ada Sebab Kenapa Anda Wajar Memilih vivo Y33s, Telefon Bawah Seribu Yang Berbaloi

Telefon pintar merupakan salah satu peranti yang penting untuk kegunaan golongan muda yang belum mempunyai pendapatan sendiri terutamanya pelajar-pelajar.

Mereka juga lebih cenderung untuk memiliki telefon pintar mampu milik dan dalam masa yang sama mementingkan prestasinya. Jika anda daripada golongan ini, dan sedang mencari sebuah telefon pintar untuk kegunaan harian yang biasa namun dalam masa yang sama ingin memenuhi keperluan harian, vivo Y33s adalah jawapannya. Dan ini adalah antara sebab mengapa anda perlu memilikinya. 

Jika korang masih tercari-cari telefon pintar terbaru yang cukup berkuasa, kaya dengan pelbagai ciri menarik dan memiliki rekaan premium tetapi harga marhaen, vivo Y33s semestinya patut berada dalam radar korang.

Vivo

Ini kerana, apa yang korang nak tu semua ada ditawarkan dalam vivo Y33s.

Super Premium

Sekali pandang pada vivo Y33s sudah cukup membuatkan korang teruja sebab rekaan luarannya cukup premium dan berkualiti.

Rekaan nipis dan ringan membuatkan ia cukup selesa dipegang dan cukup bergaya dengan rekaan kamera belakangnya yang moden.

Hadir dalam warna Mirror Black dan Midday Dream membuatkan korang kelihatan elegen dan berkarakter dengan penuh yakin.

Cukup Berprestasi

Melihat ke dalamnya pula, vivo Y33s dilengkapi dengan kuasa yang dijana oleh cip pemprosesan MediaTek Helio G80, RAM 8GB, storan 128GB dan bateri berkapasiti 5000mAh dengan sokongan pengecas pantas 18W.

Menjadikan lebih menarik, vivo Y33s turut menyokong ciri tambahan RAM sehingga 4GB.

Jadi, kalau korang nak bermain permainan online tu memang takde hal. Smooth dan lancar je. Takde lah istilah terhegeh-hegeh tu.Tambahan pula dengan paparan FHD+ incell bersaiz 6.58 inci, melihat skrin sambil bermain di vivo Y33s memang puas hati.

Kamera berkuasa

vivo Y33s bukan setakat peranti berprestasi dan untuk korang bergaya, tetapi juga sebuah peranti yang dilengkapi dengan kamera berkuasa di mana ia dimuatkan dengan kamera utama 50MP, 2MP kamera makro dan 2MP kamera bokeh.

Kapsyen: vivo Y33s turut dilengkapi dengan kamera swafoto16MP.

Kamera vivo Y33s kaya dengan pelbagi ciri menarik seperti ciri super night mode dan ciri rakaman video anti gegaran dengan adanya EIS Ultra Stable Video.

Jadi, kepada korang yang minat dengan fotografi dan merakam video untuk dikongsikan di paltfom media sosial korang, vivo Y33s dapat menghasilkan imej dan video pada kualiti terbaik dan berkualiti tinggi.

Harga Marhaen

Mungkin korang beranggapan, vivo Y33s ni mahal harganya lebih daripada RM1,500.00. Ye lah lihat sahaja pada rekaan premium dan ditambah pula dengan perkakasannya yang cukup berkuasa pasti membuatkan korang beranggapan sebegitu.

Tetapi berita baiknya adalah vivo Y33s hanya berharga RM999.00 sahaja. Jadi, telefon pintar vivo ini memang cukup sesuai bagi korang yang mahukan sebuah telefon pintar mampu milik tapi lengkap dengan pelbagai ciri-ciri yang ada pada sebuah telefon pintar premium yang jauh lebih mahal harganya.

Berbaloi Dimiliki

Apa yang dapat disimpulkan adalah, kalau korang nak sebuah telefon pintar berharga kurang dari RM1000.00 yang dikira sebagai mampu dimiliki, cukup berkuasa yang dapat memenuhi keperluan aktiviti harian korang, kaya dengan pelbagai ciri menarik dan kelihatan premium, vivo Y33s adalah jawapan untuk korang.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Nabila Razali | 23

Tahniah! Impian Nabila Razali Beli Rumah Dua Tingkat Tercapai

Aman Nassim | 24

6 Finalis Berentap Rebut Gelaran Juara COF LOCKSTAR