in , ,

Ada Sebab Anda Patut Beli Acer Swift 5

Budiey baru sahaja mencuba menggunakan komputer riba terbaharu dari Acer iaitu Acer Swift 5. Jom tengok apa keistimewaan komputer riba ini.

Kepada you gais yang sedang mencari laptop atau komputer riba yang compact, padat tapi ringan dan cukup berkuasa untuk menjalankan tugas-tugas harian di pejabat, Budiey rasa you gais kena tengok laptop terbaru dari Acer Malaysia yang baru je dilancarkan ni iaitu komputer riba Acer Swift 5 sebab laptop ni dikemaskini dengan siri CPU Intel yang terbaru.

Ianya bercirikan ultra light iaitu kalau korang angkat ni, sangat ringan je dengan berat hanya 990 gram sahaja. Ciri ini menjadikan Acer Swift 5 ini dikatakan di antara komputer riba yang palling ringan di kalangan jenama Acer. 

Kempen Acer

Walaupun begitu, ia masih dilengkapi dengan sokongan untuk Thunderbolt 3 dan Windows Hello untuk kadar penghantaran data yang pantas dan juga cara melog masuk komputer riba yang selamat.

Sama seperti model Swift 5 sebelum ini, laptop ni hadir dengan paparan berbingkai nipis bersaiz 14 inci, menggunakan panel IPS dengan kebolehan sesentuh pada resolusi Full HD.

Dari segi spesifikasi dalaman pula, komputer riba ini dijana oleh pilihan CPU Intel generasi kesepuluh Ice Lake, termasuklah Intel Core i5-1035G1 ataupun Intel Core i7-1065G7, memori DDR4 sehingga 16GB dan storan dalaman SSD PCIe sebesar 512GB.

Dari segi grafik, pengguna mempunyai pilihan untuk membeli model yang dilengkapi dengan cip grafik Intel Iris Plus ataupun NVIDIA GeForce MX250.

Acer Swift 5 dengan spesifikasi terbaru ini sudahpun memasuki pasaran tempatan bermula hari ini melalui tiga model berikut:

  • Acer Swift 5 (Intel Core i5, 8GB RAM, Intel Iris Plus) – RM3699
  • Acer Swift 5 (Intel Core i5, 8GB RAM, NVIDIA MX250) – RM3999
  • Acer Swift 5 (Intel Core i7, 16GB RAM, Intel Iris Plus) – RM4699
Kempen Acer

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Kumpulan AirAsia & Universal Music Group Bergabung Lancar RedRecords

EJEN ALI THE MOVIE – MAMAK MAJU Trending di Youtube Malaysia