in , ,

Ada Sebab AirAsia Mahu Mansuh Bayaran Pemprosesan

AirAsia akan mansuhkan bayaran pemprosesan untuk memastikan perjalanan udara kekal berpatutan.

AirAsia akan memansuhkan bayaran pemprosesan untuk Malaysia bagi tempahan yang dibuat mulai 1 Oktober 2019 untuk memastikan perjalanan udara kekal berpatutan bagi semua. 

Bayaran pemprosesan adalah caj yang berkaitan dengan pentadbiran, penyelenggaran dan kos pembangunan sistem dalam talian AirAsia bagi memastikan tempahan yang selamat dan caj ini akan mula ditanggung oleh AirAsia. 

Presiden (Penerbangan) AirAsia Group, Bo Lingam berkata,

“AirAsia sinonim dengan tawaran perjalanan udara yang berpatutan, dan kami berharap dengan memansuhkan bayaran ini, kami dapat memegang teguh kepada slogan kami – kini sesiapa pun boleh terbang.

Kami rasa tindakan ini amat berpatutan lebih-lebih lagi dengan caj perkhidmatan penumpang yang lebih mahal di klia2.

Kami ingin mengurangkan kos perjalanan untuk para tetamu kami dan percaya inisiatif ini dapat membantu mereka.”     

“Sempena Tahun Melawat Malaysia 2020 pada tahun depan, kami juga berharap untuk menggalakkan lebih ramai pelancong terbang ke dan dalam Malaysia serta membantu menjayakan kempen ini.

Kami harap untuk terus memacu industri pelancongan dan ekonomi Malaysia, dan ini merupakan salah satu cara kami untuk menyumbang kepada negara.”

Bo Lingam

AirAsia juga akan memansuhkan bayaran pemprosesan di Thailand, Indonesia, Filipina mulai 31 Disember 2019.  

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Shuk, Shuib & Fizie Sebarkan Semangat Patriotisme

Mitchell Mahu Bangkit di Jerman