in ,

Ada Berita Baik Untuk Rakyat! Menteri Kewangan Umumkan Tarikh Permohonan BPN 2.0

Individu yang tidak pernah mendapat sebarang bantuan sama ada Bantuan Prihatin Nasional (BPN) atau Bantuan Sara Hidup (BSH) boleh mengemukakan permohonan baharu mulai 15 Oktober hingga 15 November 2020.

Permohonan boleh dibuat melalui pautan https://bpn.hasil.gov.my; atau dengan menghantar borang secara persendirian ke cawangan / Pusat Khidmat Hasil (PKH) / UTC LHDNM.

Borang permohonan boleh dimuat turun dari pautan https://bpn.hasil.gov.my.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, pemohon tidak perlu mengemukakan sebarang dokumen sokongan ketika permohonan.

“Kesemua permohonan akan disemak berdasarkan data agensi yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kewangan Malaysia,” katanya dalam kenyataan di Kuala Lumpur, hari ini.

Baru-baru ini, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan lanjutan agihan BPN yang dikenali sebagai BPN 2.0 membabitkan peruntukan hampir RM7 bilion untuk empat kumpulan rakyat.

Kumpulan pertama yang akan menerima bantuan tambahan RM1,000 ialah golongan B40 seramai 3.7 juta isi rumah.

Kumpulan kedua RM500 kepada 3.8 juta (B40 bujang); ketiga adalah RM600 kepada hampir 1.4 juta (M40).

Kumpulan keempat adalah 1.7 juta kumpulan M40 bujang yang akan menerima RM300.

Bayaran BPN 2.0 akan dibuat dalam dua ansuran, iaitu pada hujung Oktober dan keduanya, pada Januari 2021.

Katanya, bagi golongan B40, bayaran ansuran pertama pada Oktober sebanyak RM700 dan keduanya, (baki) RM300 pada Januari 2021.

Tengku Zafrul berkata, penambahan BPN 2.0 ini menjadikan jumlah keseluruhan inisiatif BPN melebihi RM18 bilion kepada 10.6 juta penerima, yang merangkumi golongan bujang dan isi rumah.

BPN 2.0: Golongan B40, M40 Terima Bantuan

Kuala Lumpur: Bantuan Prihatin Nasional (BPN) dilanjutkan kepada BPN 2.0 membabitkan peruntukan hampir RM7 bilion untuk empat kumpulan rakyat.

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kumpulan pertama yang akan menerima bantuan tambahan RM1,000 ialah golongan B40 seramai 3.7 juta isi rumah.

“Kedua RM500 kepada 3.8 juta kumpulan B40 bujang; ketiga adalah RM600 kepada hampir 1.4 juta isi rumah M40.

“Manakala kumpulan keempat adalah 1.7 juta kumpulan M40 bujang yang akan menerima RM300,” katanya dalam Perutusan Khas Kita Prihatin, hari ini.

Beliau berkata, bayaran BPN 2.0 akan dibuat dalam dua ansuran, iaitu pada hujung Oktober dan keduanya, pada Januari 2021.

Katanya, bagi golongan B40, bayaran ansuran pertama pada Oktober sebanyak RM700 dan keduanya, (baki) RM300 pada Januari 2021.

“Tiada permohonan yang perlu dibuat untuk mendapatkan bantuan BPN 2.0. Kerajaan akan menyalurkan bantuan secara terus kepada 10.6 juta penerima yang telah diluluskan di bawah BPN sebelum ini,” katanya

Sumber: Hmetro Online

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Kongsi Video Nyanyi Lagu Baharu Bersama Diva AA, Naim Daniel Dipuji Netizen

Gambar Hiasan

Isu Pakej 500Mbps, TM Dapat Surat Amaran Akhir Daripada SKMM