in ,

Ada Artis Raih RM40,000 Semalaman Puaskan Nafsu Seks Orang Kenamaan & VIP

Memetik Utusan Malaysia, ada segelintir artis dan Instamous dipercayai terlibat dalam sindiket pelacuran kelas atasan berikutan penampilan mewah luar biasa mereka dalam sekelip mata.

Menurut sumber Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), golongan artis dan Instafamous ini dibayar antara RM20,000 hingga RM40,000 untuk satu malam sebagai pelampias nafsu orang kenamaan.

Kegiatan tersebut dipercayai telah lama berlaku dalam industri hiburan dan mereka yang terlibat sanggup menggadai maruah demi ‘duit segera’. Malah, salah seorang suspek daripada sindiket Macau Scam baru-baru ini menjadi orang tengah.

SPRM
Skandal seks: Artis raih RM20,000 hingga RM40,000 untuk satu malam

“Isu skandal seks ini muncul rentetan daripada timbulnya kes Macau Scam yang mengejutkan negara baru-baru ini yang mana ia turut melibatkan golongan artis tanah air.

“Dipercayai, salah seorang suspek daripada kes Macau Scam itu adalah antara orang tengah yang menjadi ‘penghubung’ kelompok selebriti dan instafamous yang didekati dan kemudiannya menawarkan harga tertentu untuk kegiatan pelacuran kelas atasan itu.

SPRM
Skandal seks: Artis raih RM20,000 hingga RM40,000 untuk satu malam

Skandal seks: Artis raih RM20,000 hingga RM40,000 untuk satu malam

Dalam pada itu, kata sumber lagi mereka mempunyai nama beberapa artis dan instafamous popular tanah air namun senarai tersebut tidak boleh didedahkan kepada umum.

“Orang tengah yang terlibat berkemungkinan tidak mela­kukannya demi wang. Tetapi lebih cenderung untuk meraih reputasi dan pengaruh dalam gelanggang mereka.

“Bagaimanapun, tidak dapat disangkal dakwaan hasil bayaran aktiviti ‘menjual’ artis dan instafamous ini mungkin adalah antara sumber pendapatan yang menyumbang kepada gaya hidup mewah suspek.

“Kita tidak menyebut siapakah individu-individu terbabit, tetapi siapa yang makan cili, dia akan terasa pedasnya,” katanya.

Sementara itu, pihak SPRM kini sedang memantau media sosial artis-artis dan instafamous yang mempamerkan kemewahan hidup berlebih-lebihan sedangkan pendapatan sebenar melalui hasil lakonan, nyanyian dan perniagaan tidak seberapa.

*Sumber: Utusan Malaysia

What do you think?

72 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Chacha Maembong Nafi Guna Dana Macau Scam Jalankan Perniagaan

Datin Alyaa Bengang Suami Dituduh Lari Lompat Pagar SPRM