in

SEDIHSEDIH WinWin LoveLove HAHAHA!HAHAHA! OMG!OMG!

Achik Spin Meninggal Dunia

Achik Spin Meninggal DuniaPada jam 7 malam tadi (17 April 2010), penyanyi Achik Spin atau nama sebenarnya Abdillah Murad Md. Shari, berusia 28 tahun diberitakan telah meninggal dunia dalam sebuah kemalangan ngeri berhampiran Perhentian Nilai, PLUS iaitu di KM 14 Lebuh Raya Kajang Seremban Sdn. Bhd. (Lekas).

Achik Spin dalam perjalanan pulang dari bersiaran langsung di RTM untuk program Hits1 pada petang tadi.

Achik yang menumpang kereta sahabatnya menaiki kereta MPV Toyota Estima dikatakan terbabas dan melanggar papan tanda di lebuhraya. Arwah tersepit di dalam kereta yang terbakar. Nasib menyebelahi kawannya yang sempat merangkak keluar dari kereta.

Menurut sumber lain, arwah Achik sebenarnya tidak tersepit. Ini kerana arwah berjaya dan sempat diselamatkan oleh saksi mata di tempat kejadian. Tapi ketika itu, kereta tersebut belum meletup & terbakar lagi. Arwah meninggal bukan kerana rentung terbakar tetapi kecederaan di kepala yang sangat serius.

Video rakaman sempat diambil ketika kejadian berlaku. Sangat mengerikan dan minta Tuhan jauhkan.

Jam 8 malam, polis dan anggota bomba masih lagi berada di lokasi nahas dan difahamkan mayat Allahyarham akan dibawa ke Hospital Tuanku Jaafar di sini malam ini.

Keadaan kereta MPV Toyota Estima yang terbakar

Keluarga Allahyarham berada di Hospital Tuanku Jaafar di Seremban.

Pegawai Turus Trafik negeri, Asisten Supritendan Polis (ASP) Abd. Halil Abd. Hamzah mengesahkan kejadian tersebut.

Vokalis Spin ini dikenali ramai dengan lagu Paling Comel berduet dengan penyanyi sekampungnya, Siti Nordiana atau Nana.

Achik Spin bernikah dengan Tasha atau nama sebenarnya HM Rosezaitul Suriani Wati pada 18 November 2005. Pada 9 Januari 2007, Tasha selamat melahirkan Putri Rania di Hospital Tunku Jaafar, Seremban. Namun, anak sulongnya itu meninggal dunia kerana dijangkiti penyakit derita demam panas selama seminggu dan disyaki mempunyai masalah dengan usus dalam perut.

Budiey ingin mengucapkan salam takziah buat seluruh famili Allahyarham.

Al-Fatihah. Semoga allahyarham ditempatkan di kalangan orang-orang beriman. Nampaknya, tahun 2010 menyaksikan ramai sekali insan seni yang telah pergi meninggalkan dunia untuk mengadap Allah Yang Maha Esa.

What do you think?

73 Points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply
  1. Al-Fatihah…Takziah buat kuarga achik. Masih teringat lagu ‘yang paling comel’ nyanyi arwah & nana.

  2. Dugaan hebat kepada isteri arwah. Dulu kehilangan anak kini suami tercinta. Bersabarlah. Alfatihah

  3. Takziah bt keluarga achik… Al-fatihah..
    Innalillah..
    Ajal maut di tangan tuhan..bila2 masa saja boleh sampai..
    wallahu’alam…
    semoga roh achik di tempat kn dalam golongan yang soleh di sisi yang MAHA ESA.. Amin

  4. Sedih teramat sangat. Baru tadi melihat beliau beraksi di Hits 1. ):
    Tak sangka itu yang terakhir.
    Salam takziah.

  5. Salam takziah pd keluarga arwah.Moga rohnya dicucuri rahmat dan diletakkan bersama_sama org2 yg beriman.Arwah akan sentiasa di dalam ingatan.Moga isterinya tabah melalui keadaan ini.Allah lebih menyayangi hamba-nya.Al-Fatihah….

  6. Al-Fatihah,,hope family achik brsabar dgn dugaan ini,,
    pe yg pasti pasni dh xde lgu duet baru achik n nana,,
    for me,,achik n nana adalah pasangan duet yg paling serasi,,

  7. salam..saya tersentak mendgr brita td.tp apakan daya ALLAH lbh meyayangi arwah..semoga isteri n family bersabar….semoga roh arwah ditempatkan dikalangan org2 yg beriman …amin alfatihah

  8. salam..al fatihah buat arwah..lps anaknye, ayahnyer..giliran arwah pula..buat kga arwah sabar dgn ujian ini..Allah sygkan mereka.

  9. Takziah buat keluarga arwah…
    Moga tabah mengadapi dugaan drNYA lbh2 pada isterinya…
    Al-Fatihah..

  10. salam,,takziah di ucapkan kepada keluarga arwah,,,di harap keluarga arwah dapat bersabar terutama isterinya,,,,al.fatihah

  11. Takziah buat keluarga Achik, terutama sekali isteri beliau yang pasti perlu banyak bertabah dan bertawakal kepada ya Maha Esa.

    Bukan senang nak menanggung satu demi satu permegian orang2 yang paling disayangi.

    Ya Allah….berilah dia ketenangan melalui dugaan ini.

    Semoga dicucuri rahmat keatas rohnye dan ditempatkan didalam golongan orang2 yang beriman…..Insyallah

    Alfatihah……..

  12. Takziah buat keluarga Achik, semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan org2 yg beriman.

  13. Innalillah & Al-Fatihah. Moga roh Achik Spin dtmptkan dkalangan org2 yg beriman. Amin. Buat keluarga Allahyargam Achik Spin, ddoakan semoga tabah & bersabar menghadapi musibah ini. Kerana Hidup & Mati kita semua telah d tentukan oleh Allah jua. Oleh itu kita semua redhakanlah pemergiannya.

  14. slm takziah wut sume ahli keluarga achik spin….
    semoga roh allahyarham dicucuri rahmat…al-fatihah…

  15. Takziah buat keluarga Achik. Sekali lagi kita kehilangan seorang penghibur yang berbakat besar. Semoga rohnya ditempatkan bersama dengan orang orang yang beriman.

    Pastinya krew hit 1 adalah mereka paling terasa kerana mereka adalah antara mereka yang terakhir bersama dengan Achik. Al-Fatihah…

  16. mgu ini di tv3 achik akan on air dlm program JGN TIDUR LAGI tapi dia terlebih dulu meninggalkan kita semua..AL-FATIHAH

  17. salam..takziah buat ahli keluarga achik spin.. banyakan bersabar di atas segala dugaan yang diberikan oleh Allah S.W.T…mungkin ada hikmahNya dari Allah S.W.T ke atas hamba-hambanya dimuka bumi ini..jodoh dan pertemuan telah ditetapkan oleh Allah S.W.T ketika hambanya masih lagi di dalam kehidupan rahim ibunya..banyakan berdoa dan memohon rahmat dari Allah S.W.T.
    Semoga rohNYa dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama-sama orang yang beriman dan bertakwa..Amin..
    AL-FATIHAH…3X

  18. Semoga ruh arwah diterima disisi Allah swt…buat para peminat baik yang berada di malaysia,singapura,brunai,maupun di indonesia marilah kita hadiahkan Alfatiha buat arwah…

  19. Al-fatihah… semoga arwah ditempatkan di antara orang2 yg beriman. Takziah untuk famili arwah dan semoga tabah dan sabar dalam menghadapi dugaan ini…

  20. Al fatihah…sesungguhnya dari Allah kita dtg & kepadanya jua kita akan dikembalikan…moga keluarga arwah akan tabah dgn ujian ni…

  21. saya ucapkn takziah pd kluarga arwah . . . moga roh arwah di cucuri rahmat dan di tempat kn bersama – sama org yang beriman . . . mcm x sangka beliau pergi begitu shj, sedangkan saya baru shj melihat beliau beraksi secara live di RTM (Hits 1) . . ini semua bagai kan mimpi . . tp ini lah kenyataannya . . . – al-fatihah –

  22. semoga tasha dan keluarga acik spin tabah menghadapi dugaan dan ujian dr Allah…semoga arwah d tempatkan d sisi orang yg beriman…amin

  23. Salam takziah kepada seluruh keluarga Achik…Moga tabah hadapi Qada dan Qadar yang telah ditentukan…Moga-moga Arwah Achik, anaknya serta bapanya ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman…amin…

  24. assalamualaikum.

    salam takziah untuk keluarga arwah achik. untuk isteri arwah semoga tabah dan bersabar. kita sama.2 berdoa semoga rohnya tenang d akhirat.

    salam-salam kita alfatehah.

    wassallam.

  25. Saya terasa amat sedih dgn berita pemergiannya yg begitu mendadak…
    tapi ini semua sudah suratan Takdir dan harus kita menerimanya…

    Al-fatihah buat acik semoga rohnya dicucuri rahmat….takziah buat keluarga allahyarham acik sama2 kita doakan semoga rohnya di tempatkan bersama org2 beriman…amin

  26. takziah buat kuarga achik.moga dpt tempuh dugaan ini..rse sdih sgt..smoga dpt mnempuh hari2 mdtang dgn pnuh ksabaran..al-fatihah…..

  27. Suhaime Woodland S’pore: Alfateha ; Sesungguhnya Allahmenjanjikn kematian keatas mahluknya yg brada dimuka bumi ini. Dngn itu Mari lah kita sedekahkn Alfatehah untk almarhum semoga Allah menerimah amalan armarhum insya Allah, Alfateha……Amiin.

  28. takziah buat smua keluarga arwah achik mga smuanya bnyk2 bsabar..kpd isteri arwah bnyk2 kn btawakal allah lbh myayangi arwah..moga roh arwah dcucuri rahmat bsama d tempat org2 b’iman..amin..

  29. al-fatihah buat achik @ ABDILLAH MURAD B. MD SHARI….semoga roh beliau d cucuri rahmat dan d tempatkan d kalangan org2 yg soleh dan solehah….
    semoga isteri dan keluarga arwah tabah dgn ujianNYA…amin

  30. takziah kepada isteri achik serta keluarga. bersabarlah setiap yang hidup pasti akan merasa mati dan kematian itu tidak mengenal tempat dan di mana kita berada walaupun kita baru sahaja bersembang,melawak,sekiranya ajal dah sampai kita kena terima. saya amat meminati lagu-lagu arwah semasa hayatnya, pemergian nya kita redahi dan semoga arwah achik di tempatkan di makam yang terpuji bersama orang-orang yang soleh. alfatihah

  31. ucapan takziah kepada isteri dan ahli keluarga achik diatas pemergian nye. semoga roh nya dicucuri rahmat dan biberkati.amin. saya turut rasa sedih diatas pemergian nye.. saat dimana saya bernyanyi bersama arwahnye dan nana akan saya jadikan kenangan yang terindah dalam hidup saya..

  32. Assalamualaikum
    sama sama kita sedekah al-fatihah untuk arwah acik @ abdillah murad semoga roh beliau dicucuri rahmat

  33. muhd han ….asalamuikum smua mari la kita doa dan sedekah kan fateha kpada acik spin yg telah kmbali ke ramatulah.moga allah dpt memberi nya tempat bersama org2 yg beriman.walaupn acik telah pergi kenagan manis nya tetap akan kami ingat… walaikmslm

  34. Salam…
    AL-Fatihah… Minggu ni arwah akan ada dalam rancangan Jangan Tidur Lagi.
    Itulah rancangan terakhir arwah yang dapat saya tengok..

  35. menurut some sumber, arwah Achik tidak tersepit..kerana arwah berjaya dan sempat di selamatkan oleh saksi mata di tempat kejadian..tapi ketika itu, kereta tersebut belum meletup & terbakar lagi…arwah meninggal bkn kerana rentung, tetapi kecederaan di kepala yg sgt serius..alfatihah untuk allahyarham abdillah murad..dah salam takziah untuk keluarga arwah..

  36. Innalillah Hi Wa Innalillahhirajirun…Serahkan pada Allah segala hidup dan mati..
    Sala takziah kepada keluaraga Allayarham..Alfateha

  37. Takziah diatas kepergian Achik dlm sekelip mata. Kuasa Tuhan telah menentukan demikian terjadi. Sbg manusia kita semua terpaksa redha,kpd isteri,ibubapa n semua keluarga tetap tabah sekalipun hakikatnya bukan mudah utk merelakan kepergiannya.Namun..sama2lah kita doakan agar allayarham Achick ditempatkan di syurga. Amin…

  38. Takziah buat keluarga allahyarham,semoga tabah dan Allah lebih myayanginya..redha pmergianya.al-fatehah…

  39. Al-Fatihah. Salam takziah buat keluarga Achik terutamanya Tasha, wifenya. Semoga rohnya dicucui rahmat dan di tmptkan dgn orang2 beriman. Amin….

    ALLAH lebih menyayanginya…..

    Buat Tasha, perlu banyak bertawakal kepada Yg Maha Esa.

  40. Ucapan takziah buat seluruh ahli keluarga dan di doakan roh Arwah mendapat rahmat dan tergolong dari kalangan individu soleh. Ajal maut ketentuan Allah. Redha dan berserah…Allah lagi menyayangi beliau. Sedih sangat cos he’s one of my Favourite! Skrg tak sanggup nak dengar lagu2 dia……………………………..

  41. salam takziah kepada keluarga achik spin sekeluarga,
    saya amat meminati dirinya, sampai bila2 pun dia tetap menjadi penyanyi pujaan saya… dia adalah yang terbaik …. ketika saya menerima berita mengenai kematian arwah achik saya menitiskan air mata…..
    lagu2 arwah achik spin juga mempunyai maksud yang mendalam.

  42. Salam takziah buat keluarga arwah achik..sukar untuk terima berita tentang pemergiannya namun kita semua redha atas ketentuan nya.. Moga roh dicucuri rahmat dan ditempatkan dengan orang_orang yang soleh dam beriman…alfatihah

  43. saya peminat achik dari singapore mengucapkan salam taziah buat achik dan sekeluarga semoga tabah hati menghadapi segala cubaan dari yang maha esa amin

  44. saya terkejut mendengar berita kematian Allahyarham kerana saya baru jak tengok dia live dengan nana,sejak kemunculan beliau saya sering mengikuti perkembangannya kerana lagu2 yang mereka dendangkan memberi makna dan sedap d dengar, kehilanganya amat bermakna bagi kita semua kerana beliau juga merupakan salah seorang artis yang boleh dijadikan ikon oleh golongan muda mudi .moga roh Allahyarham dicucuri Rahmat DAN di tmptkan dgn orang2 beriman. Amin……

    untuk isteri arwah banyakkan bersabar dan jalanilah hidup ini dengan sabar dan bangkitkan diri untuk meneruskan kehidupan demi anak2 tersayang.memanglah berat mata memandang berat lagi bahu memikul.

  45. takziah buat isteri & keluarga arwah achik. semoga rohnya ditmptkan dlm golongan org2 beriman

  46. salam taziah kepada keluarga acik spin yg bru kehilang anak sulong mereka ,dn pula acik spin meninggal dunia dlm kemalang yg ngeri.saya amat meminati dirinya,sampai bila2 pun dia tetap menjadi penyanyi pujaan saya yg pling sy minati……….dia adalah paling yang terbaik dlm golong artis yg lain.ketika saya menerima berita mengenai kematian arawah acik spin,saya sedih skali artis yg pling sy minati meninggal kite semua.lagu2 arwah acik spin juga mempunyai maksud yg trsendiri……………?

  47. salam takziah kepada keluarga achik spin sekeluarga,
    semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang orang yang beriman.

  48. takziah buat keluar arwh terutama tasha. percayala bahawa anda insan terpilih utk menerima ujianNya & ada rahmat disebaliknya…

  49. salam takziah kepada keluarga arwah, semoga isterinya tabah menghadapi dugaan ini….
    kasihan dengan nasib anak-anaknya yang masih kecil..sedih dan terharu rasanya…

  50. salam takziah dariku untuk keluarga arwah. aku suka sangat lagu achik paling comel. baru sahaja tengok video klip lagu baru achik…tak sangka Allahyarham terlalu cepat meninggalkan dunia seni. Khas buat tasya, banyakkan bersabar ye dik….dugaan terlalu banyak yang adik tempuhi…mudah-mudahan Allahyarham dan arwah anakmu dirahmati Allah SWT. Amin.

  51. Ya Allah…saudara2 ku…mati itu sangat2 hampir…marilah sama2 kita kembali pada Allah…allah sentiasa buka jalan bertaubat….Allahhuakbarr

  52. Al-Fatihah,
    Umurnya masih muda..tapi Allah lagi menyayangi dia. Semoga keluarga dan isteri arwah tabah dan sama-sama membesarkan anak arwah dgn baik.
    Kita semua akan kembali kepada yang Maha Esa cuma bila kita tak akan tahu.

  53. salam takziah untuk family Allahyarham achik semoga rohnya dicucuri rahmat… Amin… saya amat suka dengan lagu-lagu yang dinyanyi oleh Achik. Tidak ada penganti lagi buat Achik. Sedihnya……. rasa macan tak percaya tapi untuk isteri dan anak-anak Achik harap dapat menerima suratan takdir walaupun amat sukar untuk digambarkan kesedihan namun Tuhan lebih menyayangi dirinya.

  54. al-fatihah….macam tak percaya..arwah pergi begitu saja…..masih terasa dia masih hidup. takziah buat isteri arwah semoga tabah dan redha atas pemergian nye.. Amin..

  55. salam…..takziah buat isteri dan keluarga arwah…
    sy mcm tak percaya dgr berita ni…tp itu dah ketentuan ilahi……harap isteri arwah…tabah menghadapi nya….al fatihah

  56. ucapan takziah di atas pemergian achik……kepada isteri dan keluarga di harap tabah dlm menjalani hari hari yang mendatang

  57. Takziah kepada keluaga beliau. Semoga beliau selamatlah dan berjaya menghadapi soal-jawab di alam barzakh. Aminnn…

  58. sya pminat setia achik spin & nana…smoga arwah dtempatkan di kalangan org2 yg beriman..kpd isteri arwah smoga tabah dan hidup ini plu jga dteruskan..

  59. salam takziah wat family achik..tabahkan lah hati dengan dugaan yang dberi..yang hdup smestinya akan pergi..yang hidup nie perlu diteruskan..sama2lah sedekahkan al-fatihah watb arwah..aggaplah nie satu dugaan..

  60. emmm!!! sye sedih sgt kehilangan owg yang sye syg .. tpy nk buat cam .. dh takdir yang menentukan .. bacekan lah al fatihah dan yasin untuk alyarham achik spin semoge roh nye tnag dan dicucuri rahmat .. kepada pmnat achik semua .. bacekan lah yassin untuk achik … saya merayu dkat anda semua … tolong lah .. tmbah bnyak org bacakan yassin utknya .. tmbah tng achik di sana … amin … kpada keluaga achik … salam takziah dan bersabarlah dan terimalah kematiannya jikalau saudara tak terima ttg kematiannya . maka terseksalah achik .. tolonglah jgan bagi achik terseksa … smpai sni sajelah ucapan sye .. assalamualaikum !!!

  61. saya fans berat spin turut berduka cita atas menigalnya alm achik..
    smoga dpat di terima di sisi ALLAH SWT..
    amiin..
    dan buwat keluarga yang di tingalkan smoga dpat mengiklaskan kepergian alm achik…

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Dato’ Siti Nurhaliza Cover Majalah EH! Bulan Mei 2010

Jenazah Achik Spin Selamat Dikebumikan