in

Malam Terindah Achey Dalam Arena Bintang Bersama Bintang!

Minggu lalu dalam episod pertama, gandingan Shuk dan selebriti jemputannya, Nabila Razali telah membuahkan hasil apabila persembahan mereka dinobatkan sebagai juara minggu pertama Arena Bintang Bersama Bintang 2018. Shuk telah meletakkan penanda aras baharu dalam program realiti lawak Malaysia apabila membawakan konsep unik dan canggih dalam persembahan iaitu menggabungkan visual digital dan persembahan pentas.

Gembira namun terkejut apabila dinobatkan juara minggu kedua Arena BBB

Bagi menyemarakkan lagi Arena Bintang Bersama Bintang, Achey tidak mahu ketinggalan dalam memenangi wang tunai berjumlah RM10, 000. Pada minggu ini, Achey dan selebriti jemputannya, Mamak Puteh telah berjaya membawa pulang hadiah mingguan dengan sketsa bertemakan situasi di sebuah pam minyak. Kedua-dua mereka berupaya menonjolkan kelebihan masing-masing terutamanya Achey selaku watak utama menerusi dialog dan nyanyian yang hebat mashup lagu siulan ramai lebih sedekad lalu, Pencuri Hati.

Nyanyian bersahaja Achey dengan lagu Pencuri Hati

Malam Terindah Achey Dalam Arena Bintang Bersama Bintang!

Achey terkejut dengan kemenangan yang diraih sekaligus menjadi juara bagi minggu kedua. Beliau sangat bersyukur dan berterima kasih kepada penonton yang menyokongnya. “Alhamdulillah, saya sangat terkejut dan kemenangan ini tidak dijangka sama sekali kerana peserta lain juga hebat. Mungkin kerana kandungan sketsa saya dan Mamak Puteh lebih memberi impak terhadap juri. Harapan saya untuk minggu hadapan adalah untuk menjadi lebih baik daripada hari ini dalam menyampaikan sketsa yang kelakar namun dalam masa yang sama boleh merawat dan mendidik penonton dari pelbagai aspek,” jelas beliau.

Barisan Bintang Bersama Bintang 2018 2

Bintang Bersama Bintang 2018 merupakan medan peperangan lawak era baharu dinamakan Arena Bintang Bersama Bintang yang dibarisi oleh nama-nama besar seperti Abam, Ajak, Issey, Mark Adam, Achey dan Shuk.

Tiada penyingkiran dilakukan pada setiap minggu namun pemenang mingguan mendapat hadiah wang tunai berjumlah RM 10,000. Manakala, pada peringkat akhir iaitu Super Bintang Bersama Bintang, pemenang keseluruhan bakal membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM 100,000.

Siti Saleha sebagai juri jemputan

Sistem pemarkahan Bintang Bersama Bintang 2018 dibahagikan kepada dua bahagian iaitu 70% daripada panel juri dan 30% daripada undian atas talian. Untuk mengundi dan ketahui info lebih lanjut mengenai Bintang Bersama Bintang 2018, para penonton boleh ke laman sesawang www.xtra.com.my/BBB2018. Undian atas talian hanya dibuka pada hari bersiaran bermula jam 6.00 petang. Portal xtra (www.xtra.com.my) menampilkan berita hiburan dan kandungan sensasi dari seluruh negara selain siaran LIVE TV secara percuma yang dikuasakan oleh tonton.

Bersiaran secara langsung dari Studio Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam pada setiap Ahad bermula 14 Januari 2018 pada pukul 10.00 malam, para peserta Bintang Bersama Bintang 2018 dibenarkan membawa seorang selebriti jemputan untuk mengambil bahagian dalam sketsa mereka.

Pasangan yang berentap pada minggu kedua baru-baru ini adalah Chiwan, berpadu tenaga bersama Abam, Dzawin dan Issey, Ropie bersama Mark Adam, Mamak Putih berkolaborasi dengan Achey, Rahim Sepahtu bergandingan bersama Shuk dan Ajak membawakan salah seorang pelawak terkenal, Tauke. Minggu ini juga Saiful Apek sebagai juri tetap masih ditemani ‘bunga’ sepanjang Arena BBB berlangsung, bersama pelakon cantik molek, Siti Saleha.

RM10, 000 menjadi milik Achey

Abam dan Chiwan telah menyerikan pentas dengan persembahan pertama dengan sketsa mengenai gym. Cubaan Abam membawa tiga watak berbeza telah menceriakan suasana di studio Sri Pentas 2. Walaupun kurang latihan yang mencukupi, mereka tetap Berjaya menghiburkan para penonton dengan lagu berjudul Satu.

Seterusnya, Mark Adam yang sememangnya seorang penyanyi, mendendangkan lagu She’s Gone nyanyian asal band antarabangsa Steelheart dengan gubahan lirik tersendiri. Berlatar belakangkan set sebuah hospital, Mark Adam dan Ropie merupakan gandingan yang dinanti-nantikan penonton di studio kerana perbezaan watak masing-masing.

Setelah dua persembahan, penonton di studio masih lagi riuh menantikan persembahan peserta seterusnya, Issey. Kali ini Issey cuba untuk melangkah setapak lebih jauh dengan membawakan pelawak dari negara jiran, Indonesia. Dzawin dan Issey telah menyanyikan semula lagu Permata Cinta & Amboi secara medley dengan gubahan lirik yang kelakar dan menghiburkan.

Nyanyian hebat lagu She_s Gone oleh Mark Adam

Rata-rata peminat program realiti lawak di Malaysia pastinya mengenali keletah Tauke di atas pentas. Umpama sebuah permainan takraw, Ajak dan Tauke tidak putus-putus memberikan ‘punchline’ dalam sketsa dan persembahan nyanyian lagu Jampi dalam watak anggota Rela yang bercita-cita menjadi seorang askar.

Arena Bintang Bersama Bintang minggu kedua diakhiri dengan persembahan penutup oleh peserta terakhir, Shuk dan pasangannya Rahim Sepahtu menyanyikan lagu yang ‘trending’ di radio iaitu Despacito diiringi tarian oleh pelakon tambahan yang juga mendapat perhatian penonton.

Para penonton Bintang Bersama Bintang 2018 boleh mengikuti perkembangan para peserta Bintang Bersama Bintang 2018 melalui Komik Bintang Bersama Bintang (BBB) pada setiap Ahad jam 6.00 petang di TV3. Komik BBB memaparkan aktiviti harian para peserta di samping persediaan mereka untuk mempersembahkan sketsa mingguan. Para penonton boleh memeriahkan media sosial dengan #BBB2018.

Tauke dan Ajak menjiwai watak masing-masing

Abam membawa tiga watak dalam satu masa

Bintang Bersama Bintang 2018 juga dapat disaksikan secara HD di portal video www.tonton.com.my melalui langganan pakej tonton VIP. Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman web www.tv3.com.my dan ikuti juga laman sosial Facebook, Twitter, Youtube dan Instagram TV3 iaitu @TV3Malaysia.

Mark Adam dan Ropie kelakar dalam kelas tersendiri

Para peserta meraikan kemenangan Achey

Rahim Sepahtu sebagai pasangan Shuk minggu ini

Abam menyanyikan lagu 90an sebagai pilihannya

Syuk segak bergaya dalam persembahan minggu kedua

Kemunculan pertama Dzawin di TV3 bersama Issey

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Rahsia Enot Jadi Kurus Kini Terbongkar

Pelawak Sharul Buat Lawak Kahwin Dengan Diri Sendiri di Temple Of Fine Arts