in ,

Acara Mencari Harta Karun LEGOLAND Malaysia Pertama di Asia

Pelanggan Nissan menikmati Acara Mencari Harta Karun yang pertama di Asia di LEGOLAND Malaysia

Edaran Tan Chong Motor Sdn. Bhd. telah bekerjasama dengan LEGOLAND Malaysia untuk acara Mencari Harta Karun Nissan pada 2 Mac 2013. Ia merupakan aktiviti Mencari Harta Karun pertama di Asia yang diadakan di LEGOLAND® Malaysia khas untuk pelanggan Nissan.

Meluahkan rasa teruja mengenai kerjasama dengan LEGOLAND Malaysia, Pengarah Eksekutif Edaran Tan Chong Motor Sdn. Bhd., Dato’ Dr. Ang Bon Beng berkata, “Sejak tahun lalu, kami telah bekerjasama dengan Sekolah Memandu LEGOLAND Malaysia untuk memberi peluang kepada kanak-kanak belajar mengenai peraturan lalu lintas dan memandu di atas litar berdasarkan kepada trafik sebenar.

Dato' Dr Ang (middle) poses with the happy top three winners

Dato’ Dr Ang (middle) bersama dengan tiga kumpulan pemenang utama dalam acara Mencari Harta Karun Nissan 2013.

Kali ini, kami berbesar hati kerana dapat menganjurkan acara Mencari Harta Karun Nissan 2013 di Taman Tema LEGOLAND Malaysia. Pelanggan kami merupakan penyokong yang hebat and kami menghargai sokongan mereka dengan menganjurkan aktiviti yang unik dan menarik ini.”

ETCM adalah komited terhadap pemberian ganjaran kepada pelanggan-pelanggan melalui penganjuran aktiviti-aktiviti yang menarik sepanjang tahun

Acara Mencari Harta Karun Nissan 2013 bermula pada pukul 9.00 pagi di bilik pameran ETCM, Johor Jaya hingga ke LEGOLAND Malaysia. Para peserta memandu kereta masing-masing dan berkonvoi seperti sebuah keluarga Nissan yang besar. Sejumlah 117 peserta yang terdiri daripada 33 kereta Nissan telah bersiap sedia untuk permulaan acara ini.

Sebaik sahaja tiba di LEGOLAND Malaysia, mereka disambut oleh pelbagai aktiviti menarik. Terdapat aktiviti ‘Cari Perbezaan’ yang memerlukan para peserta mengenal pasti perbezaan di antara dua buah kenderaan; Nissan Almera 1.5L (A) E vs. Nissan Almera 1.5L (A) VL dan 2013 Nissan Teana 2.0L (A) vs. 2013 Nissan Teana 2.5L (A).

Peserta-peserta juga perlu mencari petunjuk melalui papan tanda yang boleh dilihat sepanjang perjalanan untuk menemui lokasi tertentu dan bertemu dengan marshal bagi membolehkan pasport mereka dicop. Rasanya seperti kembali ke zaman kanak-kanak apabila sebahagian peserta berseronok dan cuba membina model-model Lego sehampir mungkin dengan patung asal menggunakan kepingan-kepingan logo yang diberikan.

Setiap pasukan yang mengambil bahagian kemudian perlu merakam sekeping gambar bersama dengan model yang baru dilancarkan iaitu 2013 Nissan TEANA 2.5L dengan ruang dalaman berwarna hitam yang anggun dan Sistem Amaran Titik Buta (Blind Spot Warning System) yang dipamerkan di Sekolah Memandu. Lebih daripada 100 pelanggan telah mengambil bahagian dalam acara sulung ini.

Majlis penyampaian hadiah dan cabutan bertuah pula diadakan pada penghujung hari di Horizon Hills Golf & Country Club. Tiga pemenang utama telah menerima hadiah wang tunai sebanyak RM1000 (hadiah utama), RM700 (hadiah kedua) dan RM500 (hadiah ketiga).

“Selain acara Mencari Harta Karun Nissan 2013 di LEGOLAND Malaysia, kami juga bakal menganjurkan aktiviti perhimpunan dengan para pelanggan menerusi program Nissan Jurassix Park 4×4 Adventure di Sarawak pada akhir bulan Mac 2013. Dalam acara ini, semua pemilik kenderaan 4×4 Nissan berpeluang untuk memahami ciri-ciri dan kapasiti kenderaan mereka dengan lebih baik,” tambah Dato’ Dr. Ang.

Bermula April 2013, ETCM juga akan menganjurkan Bengkel-bengkel Keselamatan Jalan Raya dan Ikhtiar Hidup di Bandar untuk Wilayah Tengah, Selatan, Timur, Utara Sabah dan Sarawak. Acara-acara ini diadakan berikutan maklum balas memberangsangkan daripada bengkel-bengkel sebelumnya yang dianjurkan pada tahun lalu berkaitan pentingnya mencegah daripada menjadi mangsa jenayah serta keselamatan jalan raya.

Maklumat lanjut, sila layari laman web: www.nissan.com.my

Group shot of Nissan participants and ETCM staffs before the flag-off

Sesi gambar bersama peserta-peserta dan kakitangan ETCM sebelum permulaan acara Mencari Harta Karun Nissan 2013.

All geared-up for flag-off

Semua bersiap sedia untuk permulaaan acara Mencari Harta Karun Nissan 2013.

What do you think?

73 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

TV3 Tayang Supernatural Musim Ke-7

TV2 Siar Telemovie Khas Hari Wanita Antarabangsa