in , ,

Acara Festival Muzik OOO 2025 Bakal Himpunkan Bintang Pop Paling Hangat

Gabungan Muzik, Teknologi Dan Gaya Hidup Dalam Satu Malam Penuh Energi, Bersama MASDO Yang Bakal Panaskan Pentas Sebelum Konsert Besar Mereka

Bersiap sedia untuk sebuah malam yang bakal mencipta memori paling ‘lit’ tahun ini! Festival Muzik OOO 2025 akan berlangsung dengan penuh gaya dan gegaran di Heritage Valley, Kuala Lumpur pada 1 Julai 2025, menandakan bukan sahaja sambutan budaya moden Malaysia, tetapi juga pertembungan tiga dunia: muzik, teknologi dan gaya hidup – dalam satu pengalaman yang immersive dan luar biasa.

Dianjurkan hasil kolaborasi mantap antara OPPO dan Warner Music Malaysia, festival ini bukan sekadar malam hiburan, tetapi satu pentas besar yang meraikan identiti muzik tanah air, tempat di mana suara generasi muda Malaysia bergema dalam bentuk beat, melodi dan semangat kebersamaan.

Barisan Line-Up Gempak, Nama-Nama Yang Sedang Panas

Kalau korang peminat muzik lokal, memang wajib datang sebab line-up kali ini terlalu padat dengan bintang-bintang yang tengah trending dan konsisten deliver persembahan berkualiti. Bayangkan satu pentas, satu malam, tapi dihiasi oleh Noh Salleh, MASDO, Bunga, Luqman Podolski, Zynakal, TUJU, Naki, emptypage., Iman Troye, FUGŌ, Jo Vynn, Priscilla Abby, dan Steadygang – ini bukan sekadar persembahan, ini adalah pertembungan genre, vibe dan semangat.

Dari pop ke hip-hop, indie ke rock, semua dilanyak dalam satu ruang yang eksklusif untuk generasi yang tahu apa itu muzik sebenar. Korang yang tengah craving untuk hiburan ‘live’ yang betul-betul real, inilah tempatnya.

Festival Muzik OOO 2025 Bakal Himpunkan Bintang Pop Paling Hangat

MASDO Datang Bawa Aura 10 Tahun Dalam Industri

MASDO – nama yang tak perlu diperkenalkan lagi – antara highlight utama malam itu. Dikenali dengan aura retro yang digabung dengan gaya moden, MASDO bukan sahaja akan perform, tapi mereka juga anggap ini sebagai medan latihan sebelum menjayakan konsert besar mereka pada 30 Ogos 2025, bersempena satu dekad penglibatan mereka dalam dunia muzik tanah air.

Dalam satu temu bual eksklusif bersama Budiey, Ali yang mewakili Ceri dan Mawi, berkongsi rasa keterujaan mereka menyertai festival ini:

“Sebenarnya ada yang menarik perhatian kami untuk menyertai Festival Muzik OOO 2025! Memandangkan barisan penyanyi yang terlibat juga hebat dan mempunyai pengaruh besar dalam industri. Rugi kalau kami tak turut serta untuk bersama-sama mereka menghiburkan peminat.”

“Kami anggap ini merupakan acara pemanas badan sebelum ‘berperang’ dengan konsert kami sendiri pada 30 Ogos depan sempena satu dekad MASDO dalam industri. Insya-Allah ada sesuatu yang menarik akan kami umumkan kepada semua peminat yang hadir nanti.”

Yang pasti, peminat MASDO tak patut lepaskan peluang untuk jadi antara yang terawal mendengar sneak peek eksklusif tentang projek baharu mereka malam tu nanti.

Festival Muzik OOO 2025 Bakal Himpunkan Bintang Pop Paling Hangat

OPPO Ubah Konsert Jadi Pengalaman Teknologi Masa Hadapan

Apa yang menjadikan Festival Muzik OOO 2025 ini unik adalah keterlibatan OPPO, bukan sekadar penaja, tetapi sebagai pencipta pengalaman digital dalam acara secara fizikal. Festival ini akan menjadi platform pelancaran rasmi siri baharu OPPO Reno, menampilkan ciri-ciri inovatif dalam dunia telefon pintar yang kini menjadi gaya hidup.

Menurut Pengarah A&R Warner Music MalaysiaRaqeem Brian, festival ini adalah satu simbol peralihan dunia hiburan ke fasa yang lebih berani dan berdaya saing:

“Kami sangat teruja untuk bekerjasama dengan OPPO dalam menjayakan festival yang unik ini, yang mengetengahkan bakat luar biasa yang kita miliki di Malaysia.”

“Festival Muzik OOO 2025 bukan sekadar konsert. Ia adalah satu sambutan budaya yang menyatukan orang ramai melalui muzik, kreativiti dan inovasi.”

Roda Karaoke: Bila Artis, Kereta Dan Muzik Bertemu

Tak cukup dengan pentas ‘live’, OPPO turut menghasilkan satu kandungan digital eksklusif bersama Proton e.MAS, iaitu ‘Roda Karaoke’. Konsep dia? Gaya carpool karaoke yang fun, penuh punchline, dengan artis-artis festival seperti Bunga, MASDO, Noh Salleh dan FUGŌ menyanyikan lagu-lagu hit sambil mempromosikan kereta elektrik terbaru Proton e.MAS.

Bukan itu sahaja, pengunjung festival juga berpeluang untuk singgah di booth pameran Proton e.MAS dan lihat sendiri teknologi canggih yang bakal mengubah cara kita memandu. Interaktif, relevan, dan ‘future-forward’ – itulah vibe sebenar festival ini.

Dari 6 Petang Sampai 11:30 Malam – Ini Bukan Sekadar Konsert

Festival akan bermula jam 6 petang dan dijangka tamat sekitar 11:30 malam, tapi Budiey yakin – pengalaman malam tu akan melekat dalam kepala sampai minggu depan. Bukan sahaja muzik mantap, tapi ada juga gerai makanan dan minuman, aktiviti interaktif, photobooth dan pelbagai ruang untuk lepak, chill dan networking dengan pencinta muzik lain.

Yang paling best? Harga tiket hanya RM50 – bukan sekadar affordable, tapi sangat berbaloi kalau dibandingkan dengan jumlah artis dan kualiti pengalaman yang ditawarkan. Memang win-win untuk semua!

Apa Kata Budiey?

Budiey rasa Festival Muzik OOO 2025 ini ialah lambang betapa pentingnya sinergi antara teknologi dan seni muzik dalam era digital. Bila OPPO dan Warner Music Malaysia bersatu tenaga, hasilnya bukan sekadar satu malam hiburan biasa – tapi satu movement yang menolak sempadan kreativiti.

MASDO pula terus menunjukkan kematangan mereka sebagai band legenda generasi baharu, dan Budiey tak sabar nak lihat apa kejutan yang mereka maksudkan nanti.

Sebagai seorang influencer yang dah banyak kali hadiri pelbagai festival dalam dan luar negara, Budiey boleh katakan – Festival Muzik OOO 2025 ini bakal jadi benchmark untuk acara hiburan anak muda di Malaysia. Kalau korang tak datang, percayalah, korang akan rasa FOMO maksimum.

Jumpa di sana! Dan jangan lupa – siapkan outfit paling drip, sebab malam tu akan penuh dengan kamera, vibe dan kenangan yang tak mungkin diulang.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Shatirah Amanda Tampil Lebih Matang Dalam Single ‘Kasih Tersayang’