in ,

Acara Absolut Bazaar Gaya Raya 2026 Kembali Dengan Skala Lebih Mega

Festival Raya Paling Berprestij Malaysia Kini Lebarkan Sayap Ke Pulau Pinang, Brunei Dan London Sambil Membawa Usahawan Tempatan Ke Peringkat Global

Bila sebut tentang sambutan Raya, mesti kita terbayang suasana meriah, pakaian serba baru, makanan sedap dan paling penting, aktiviti membeli-belah yang tak pernah mengecewakan. Tahun depan,Absolut Bazaar x Festival Gaya Raya (ABxFGR 2026) bakal kembali dengan skala yang lebih besar dan lebih berpengaruh. Festival ini bukan sekadar acara membeli-belah, tetapi sudah menjadi satu fenomena budaya yang dinanti-nantikan setiap kali musim perayaan.

Sejak empat tahun lalu, ABxFGR telah mencatatkan pelbagai rekod, malah berjaya mendapat pengiktirafan Malaysia Book of Records sebagai Pameran Festival Raya Terbesar di Malaysia untuk dua tahun berturut-turut. Tahun 2026 bakal menyaksikan festival ini melangkah lebih jauh dengan menambah tiga destinasi baharu iaitu Pulau Pinang, Brunei Darussalam, dan buat julung kalinya di London.

Pra Pelancaran Absolut Bazaar Gaya Raya 2026

Tiga Destinasi Baharu Dengan Tarikan Berbeza

Menurut pihak penganjur, ABxFGR 2026 akan dimulakan di Bridex International Convention Centre, Brunei pada 27 Februari hingga 1 Mac 2026, diikuti dengan edisi Pulau Pinang di PICCA Convention Centre dari 6 hingga 8 Mac 2026, sebelum kembali ke ibu negara di MITEC, Kuala Lumpur pada 13 hingga 16 Mac 2026. Ketiga-tiga lokasi ini dipilih kerana permintaan yang tinggi dan potensi besar untuk menarik pengunjung dalam dan luar negara.

Yang lebih menarik, buat pertama kali festival ini akan menembusi pasaran antarabangsa melalui Absolut Bazaar x MYExpo yang bakal berlangsung di Exhibition White City, London pada 2 hingga 3 Mei 2026. Platform baharu ini bukan sekadar untuk pengunjung membeli-belah, tetapi dicipta khusus bagi memperkasa usahawan tempatan di pentas global.

Usahawan Tempatan Ke Pasaran Antarabangsa

Penganjuran di London bakal menjadi pintu masuk kepada kerjasama strategik peringkat global, khususnya untuk sektor halal dan gaya hidup Muslim. Menariknya, edisi London ini memberi fokus kepada peluang perniagaan B2B (business-to-business). Peserta akan dapat bertemu dengan pengedar, pembeli antarabangsa dan rakan strategik, membuka ruang untuk eksport produk Malaysia ke pasaran Eropah.

Kami mahu ABxFGR bukan sekadar festival membeli-belah Raya, tetapi menjadi platform antarabangsa untuk usahawan PKS Malaysia mengembangkan sayap mereka,” jelas wakil penganjur dalam kenyataan.

Dengan gabungan produk halal asli, makanan unik Malaysia, budaya tempatan, serta promosi pelancongan, inisiatif ini turut menyokong Visit Malaysia Year 2026. Secara tidak langsung, ia memperkukuh jenama Malaysia sebagai hub gaya hidup halal yang progresif di mata dunia.

Pra Pelancaran Absolut Bazaar Gaya Raya 2026

Pencapaian Luar Biasa Empat Tahun Berturut-Turut

Sejak edisi pertamanya, ABxFGR telah mencapai pelbagai angka yang cukup mengagumkan. Antaranya:

  • RM62.6 juta hasil jualan berjaya dicatatkan.
  • 2,365 tapak reruai telah diisi sepanjang penganjuran.
  • Lebih 7.95 juta pengunjung membanjiri festival ini.
  • 224 vendor F&B120 selebriti48 rakan kongsi dan penaja, serta lebih 2,000 usahawan dan 400 jenama tempatan terlibat.

Angka ini bukan kecil, malah ia membuktikan ABxFGR telah menjadi nadi penting dalam menjana ekonomi usahawan tempatan serta meningkatkan keyakinan masyarakat terhadap produk buatan Malaysia.

Tarikan Istimewa: Mini Absolut FoodFest Dan Aktiviti Sampingan

Seperti tahun sebelumnya, edisi kali ini juga menjanjikan pengalaman lengkap. Selain kategori fesyen, kecantikan, dan dekorasi rumah, antara tarikan utama ialah Mini Absolut FoodFest yang menghimpunkan lebih 30 vendor makanan dengan hidangan berbuka puasa dan sahur.

Pengunjung juga berpeluang membawa pulang hadiah tunai melalui aktiviti seperti Wheel of Fortune, Money Chamber, dan Happy Hour Sales – sesuatu yang sudah menjadi trademark festival ini.

Sambutan Hangat, Slot Booth Hampir Penuh

Disebabkan sambutan luar biasa, ruang pameran untuk ABxFGR 2026 kini hampir penuh. Untuk edisi Kuala Lumpur, hanya 5% slot booth masih berbaki, manakala di Pulau Pinang hanya tinggal 25% ruang. Ini jelas membuktikan keyakinan peniaga dan jenama terhadap prestij festival ini.

Pihak penganjur mengingatkan usahawan yang berminat agar tidak menunggu lama kerana peluang penyertaan semakin terhad.

Pra Pelancaran Absolut Bazaar Gaya Raya 2026

Siapa Di Sebalik Kejayaan ABxFGR?

Festival ini dianjurkan oleh dua nama besar: My Events International dan Absolut Events & Management.

My Events International, dengan pengalaman lebih 18 tahun, dikenali sebagai syarikat pengurusan acara bertaraf dunia, mengendalikan pameran, persidangan dan konsert besar. Sementara itu, Absolut Events & Management pula lahir daripada jenama Absolut Chocolat, yang diasaskan oleh Nur Ali Nadzwan dan Sharifah Nadiyah. Dari perniagaan kek dalam talian, mereka kini berjaya meluaskan empayar ke dalam dunia penganjuran acara besar seperti Absolut Food Fest yang pernah memecah rekod di Shah Alam dan Singapura.

Apa Kata Budiey?

Bagi Budiey sendiri, ABxFGR bukan lagi sekadar festival Raya biasa – ia sudah jadi satu ikon budaya moden Malaysia. Keputusan untuk bawa acara ini ke Brunei dan London adalah langkah berani yang membuktikan usaha Malaysia menjenamakan budaya dan produk halal di peringkat dunia.

Budiey rasa inisiatif ini mampu menjadi batu loncatan kepada usahawan PKS, terutama mereka yang mungkin sebelum ini hanya berniaga dalam negara. Dengan strategi B2B di London, ia bukan mustahil untuk kita lihat produk tempatan terpampang di rak-rak pasar raya antarabangsa.

Namun, Budiey juga berharap penganjur dapat mengekalkan roh asli festival ini – suasana mesra, penuh warna-warni, dan dekat dengan hati rakyat. Bila melangkah ke luar negara, jangan sampai identiti tempatan hilang. Sebab itu kekuatan sebenar ABxFGR – ia bukan sekadar tempat membeli-belah, tetapi satu platform yang mengangkat cerita, budaya dan identiti Malaysia ke persada global.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Konsert Grasshopper Bakal Ubati Rindu Peminat di Arena of Stars