in ,

Muzik Video ABANG NAK TEGUR 3.0 Aliff Syukri feat Sajat & Shahida Trending di Youtube Malaysia

Tahniah Budiey ucapkan kepada Datuk Aliff Syukri yang telah berjaya menghasilkan sebuah lagi muzik video ABANG NAK TEGUR versi mewah dan nampak mahal. Haa, mana nak cari kat Malaysia, ada penyanyi buat tiga buah muzik video? Rasanya takde dan Datuk Aliff Syukri catat rekod. Kalau ada pun paling banyak dua buah muzik video. Tu pun campur dengan muzik video lirik je.

Cakap pasal muzik video ni, Budiey suka sentuh sikit kenapa ramai yang tengok muzik video versi 3.0 ni. Walaupun dikecam hebat, nampaknya Datuk Aliff Syukri tak patah semangat untuk bikin gempak untuk muzik video terbaharu ini di mana ia dirakam di Sepanyol. Dengan kerjasama dari produksi KRU, muzik video ini menelan kos perbelanjaan yang cukup tinggi.

Sebelum ini, muzik video untuk lagu ini mencatat rekod di mana ia mendapat jumlah dislike yang paling tinggi di Youtube. Dikatakan antara sebab ia mendapat dislike paling banyak adalah kerana penampilan Sajat. Teruk jugak kena kecam. Dalam pada kena kecam tu, lagi ramai lah orang tengok kan? Nampak tak strategi pemasaran kat situ?

Cakap pasal Datuk Aliff ni, beberapa hari lalu, Budiey dihubungi oleh pihak usahawan berjaya ini di mana Datuk Aliff telah menjemput Budiey untuk menyertai trip ke Lombok. Bagaikan pucuk dicita ulam mendatang, Budiey terus menyahut jemputan tersebut sebab Budiey tak pernah sampai di Lombok. Terima kasih banyak-banyak Datuk Aliff, semoga dikurniakan rezeki yang melimpah ruah lagi selepas ini. Trip selama 4 hari 3 malam itu akan bermula pada 27 Januari ini. Haa, tak sabar rasanya nak bercuti bersama Datuk Aliff.

Jom kita tengok senarai Top 5 video manakah yang trending di Youtube Malaysia minggu lalu.

Weekly YouTube Top 5 Trending searches in Malaysia

Last 7 days (January 12)

1. Abang Nak Tegur 3.0 – Aliff Syukri feat Sajat & Shahida

The third version of the music video by local entrepreneur Aliff Syukri has garnered over 1.4 million views but also over 106,000 dislikes since its release on January 2.

2. Khai Bahar pegang mic terbalik sewaktu nyanyi LIVE MeleTOP

During his live performance of the song ‘Luluh’ on the entertainment show, the local singer accidentally held his microphone upside down, to the amusement of fans.

3. Pabila Iqram Dinzly Live Video Bersama Elyana, Pecah Perut!

The antics of celebrities Iqram Dinzly and Elyana on a recent shared livestream captured the attention of local entertainment fans.

4. [Namewee Tokok] 080 Prohibited Only In Singapore

In the latest episode of Namewee’s Tokok series, he talks about Singapore’s legal prohibitions as a precaution for people planning to visit the country.

https://youtu.be/nV5CvfNE3lQ

5. Pelajar Perempuan Pandu Nissan GTR R35 Ke Sekolah Hingga Menjadi Viral?

A recent viral video of a sports car-driving school student was revealed to be fake after the car owner stated that she merely dressed as a student for the video.

* These are separate but related search items, so we grouped them into one line.

Note: This list shows the fastest rising searches, meaning these were the search terms that saw the largest spike in video searches this week.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Pelakon Ridzuan Hashim Pernah Ditampar Oleh Farid Kamil 10 Januari Lalu

Kes Farid Kamil Tampar Polis, Sofi Jikan Syak Mungkin Ada Provokasi