in , ,

Aafiyah Tertinggi Suara Masa Teruja Main, Terus Pujuk Tokti

Gelagat Aafiyah yang merupakan anak tunggal kepada Dato’ Seri Siti Nurhaliza sering menjadi tumpuan penuh para peminat khususnya di Instagram.

Baru menginjak ke usia 2 tahun pada 2020, kanak-kanak berkenaan sudah sangat mahir berkata-kata terutamanya saat menghabiskan masa dengan ibu tercinta. Ia juga dibuktikan menerusi sebuah rakaman yang dikongsikan kembali oleh akaun @ctsharina ini. Namun apa yang dipaparkan pula cukup membuatkan barisan peminat ‘cair hati’.

Aafiyah Tertinggi Suara Masa Teruja Main, Terus Pujuk Tokti

Sama seperti kanak-kanak lain, Aafiyah dilihat begitu gembira saat berseronok dengan alat permainannya. Kononnya sedang membina sebuah bangunan istana, tiba-tiba permainan kayu berkenaan telah jatuh ke lantai.

Dalam tidak sedar, kedengaran nada suaranya menjadi agak kuat sebelum Tokti sempat membuat reaksi sayu. Semacam sedar ibunya sedang bersedih, dia terus berhenti bermain dan terus memujuk dengan manja.

Aafiyah Tertinggi Suara Masa Teruja Main, Terus Pujuk Tokti

Tidak ketinggalan, Aafiyah juga menghadiahkan satu kucupan manis kepada ibu kesayangannya.

Sejak dimuat naik beberapa hari lalu, rakaman pendek berkenaan sudah meraih lebih 100 ribu jumlah tontonan daripada netizen.

Bukan sahaja senang hati melihat ukhuwah kedua-dua anak beranak tersebut, malahan mereka memuji kecerdikan Aafiyah ketika memujuk Tokti yang sedang bersedih.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

“It’s Okay, Saya Tidak Mahu Terbabit,” – Zizan Razak

Cabaran Haiwan Dalam Kehidupan Menerusi Dokumentari A YEAR IN THE WILD – ALASKA & YORKSHIRE