in , ,

Mr. Bie Penyanyi Asal Lagu AISYAH ISTRI RASULULLAH

AISYAH ISTRI RASULULLAH merupakan single pertama Mr Bie di bawah naungan Map Music. Mr Bie atau nama sebenar beliau Hasbi Haji Muh.Ali adalah seorang penyanyi nasyid indie yang berasal dari kumpulan Feelhoney.

Feelhoney merupakan nama kumpulannya yang disertai oleh lima (5) orang penuntut Universiti Malaya yang telah lama bergerak secara sendiri. Mr Bie, kemudiannya mengembangkan bakatnya melalui platform Youtube, iaitu menghasilkan parodi yang menjurus kepada lirik yang diubah berbentuk nasihat dan teguran. Hampir kesemua lirik lagu yang dinyanyikan Mr Bie diubah mengikut kesesuaiannya dan berkonsep ketuhanan.

Lagu Aisyah Istri Rasulullah yang bergenre nasyid ini adalah hasil ciptaan daripada beliau sendiri. Lirik diolah dari lagu Aisyah yang dinyanyikan oleh Projector Band. Lagu Aisyah Istri Rasulullah ini menceritakan tentang kisah cinta antara Aisyah dan Rasullulah SAW. Lirik yang menyentuh hati dan naluri, penuh perasaan kasih dan sayang pasti memukau pendengar di luar sana.

Mr. Bie

Aisyah Istri Rasulullah dilancarkan pada April 2020 di semua platform digital muzik. Diharapkan lagu ini mendapat tempat di hati peminat dan sokongan daripada para media. Teruskan menyokong Mr Bie untuk terus mewarnai industri muzik.

Mr. Bie
Mr. Bie

Lirik Aisyah Istri Rasulullah – MR. BIE

Lagu: Razif (Media Asia Production Sdn Bhd)

Lirik: Razif  & Mr. Bie (Media Asia Production Sdn Bhd)

Mulia indah cantik berseri

Kulit putih bersih merah dipipimu

Dia Aisyah putri Abu Bakar

Istri Rasulullah

Sungguh sweet Nabi mencintamu

Hingga Nabi minum di bekas bibirmu

Bila dia marah, Nabi kan bermanja

Mencuit hidungnya

Aisyah…

Romantisnya cintamu dengan Nabi

Dengan baginda kau pernah main lari-lari

Selalu bersama hingga ujung nyawa

Kau disamping Rasulullah…

Aisyah…

Sungguh manis oh sirah kisah cintamu

Bukan persis novel mula benci jadi rindu

Kau istri tercinta Ya Aisyah, ya Humairah…

Rasul sayang, kasih, Rasul cintamu

Mulia indah cantik berseri

Kulit putih bersih merahnya pipimu

Dia Aisyah putri Abu Bakar

Istri Rasulullah

Sungguh sweet Nabi mencintamu

Bila lelah Nabi baring di ribamu

Seketika kau pula bermanja

Menyikat rambutnya

Aisyah…

Romantisnya cintamu dengan Nabi

Dengan baginda kau pernah main lari-lari

Selalu bersama hingga ujung nyawa

Kau disamping Rasulullah…

Aisyah…

Sungguh manis oh sirah kasih cintamu

Bukan persis novel mula benci jadi rindu

Kau istri tercinta Ya Aisyah,  Ya Humairah…

Rasul sayang, kasih, rasul cintamu

Follow Mr Bie

Instagram: mrbie_
Facebook: Mr Bie
Youtube: vitaminbie

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

SENYUMAN RAMADHAN Bingkisan Hael Husaini Seru Peminat Supaya Ceria Selalu

Tonton Video Panduan Imam & Bilal Tarawih Sempena Ramadan PKP